Selasa, 29 Disember 2009

MEREALISASIKAN IMPIAN 2010 - BEBERAPA PRINSIP KECEMERLANGAN PERIBADI

Selamat tinggal tahun 2009.. Tirai penutup 2009 telah hampir dilabuhkan dan kita akan beralih ke tahun 2010  dengan impian dan harapan yang membara untuk memburu kecemerlangan.Kadangkala kita ditipu oleh nostalgia lampau sehingga ia mengikat kita daripada melangkah ke tahap yang lebih hebat. Jika memori lalu itu indah dan manis kita berfikir ia akan sentiasa seperti itu sehingga kita "terlelap" dibuai mimpi. Namun jika ia pahit dan mengecewakan emosi dan minda kita pula "dipenjarakan" oleh kekecewaan sehingga tidak mampu melihat jalan keluar daripada permasalahan itu.Kita melihat tiada harapan lagi dan ini melumpuhkan jiwa kita. Nah sama ada memori itu manis atau sakit mari kita keluar dan melangkah dengan penuh keyakinan bahawa tahun 2010 merupakan tahun yang penuh dengan pengharapan dan menjanjikan kejayaan yang lebih baik dari tahun 2009. Sebagai pendidik (sebagai insan) mari kita mulakan dengan azam yang betul untuk mengapai kecemerlangan peribadi dan institusi sekolah. Berikut adalah antara beberapa prinsip atau resepi kejayaan


1.BINA DAN CATATKAN MATLAMAT ATAU VISI ANDA
Matlamat adalah sangat penting, siapapun kita jika ingin kejayaan bina dan catat matlamat anda. Mungkin matlamat dalam kerjaya, matlamat dalam keluarga, matlamat dalam pengurusan kewangan yang baik, matlamat dengan pasangan kita dan sebagainya.  Tidak kira matlamat kita besar atau kecil ia masih perlu dicatat.Matlamat itu haruslah bersifat realistik,  boleh dicapai tetapi bukan mudah dan ada jangka masanya. Pendek kata bervisilah kerana anda tidak akan rugi untuk melakukannya. Malah ia akan menjadi "motivasi dalaman" bagi kita untuk berusaha mencapainya kejayaan.
2.SENARAIKAN PELAN STRATEGI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT ANDA
Bagaimanakah anda dapat mencapai matlamat itu, persoalannya ialah "strategi". Jadilah perancang yang bijak. Langkah demi langkah sehingga matlamat yang digariskan itu dapat menjadi realiti. Dalam merancang kaedah kita memerlukan sumber samada manusia ataupun bukan, majikan kita ataupun rakan sekerja kita ataupun dengan siapapun. So..jalinkan perhubungan yang bijak dan baik dengan semua orang, kerana semua itu akan dapat membantu kita untuk mencapai impian kita.
3. BERUSAHA UNTUK MEMPRAKTIKKAN STRATEGI ANDA 
Matlamat dan strategi tidak akan membawa apa-apa kejayaan, kecuali ada pelaksanaan strategi. Kombinasi tiga perkara ini amat penting dalam usaha mencapai kejayaan.Jika hanya sekadar matlamat, ia lebih berbentuk mimpi di siang hari ataupun seperti "angan-angan mat jenin" sahaja. Oleh yang demikian laksanakan strategi tersebut dengan sabar dan jangan biarkan kemalasan atau ketidaktahuan membelenggu kita.
4. SENTIASA MEMBUAT REFLEKSI DAN PENAMBAHBAIKAN
Dalam proses untuk mencapai visi yang telah ditetapkan kemungkinan ada hal-hal yang kurang  memuaskan ataupun isu-isu yang menghambat anda untuk mencapai kejayaan. Dalam hal ini amat perlu bagi anda untuk berhenti sebentar, merenung,memantau,menilai,dan seterusnya membuat penambahbaikan terhadap kekurangan yang ada. Dengan adanya penilaian dan penambahbaikan  ini secara berterusan maka peluang untuk merealisasikan matlamat anda akan lebih mudah.
5. KUASAI ILMU SEBANYAK MUNGKIN
Dalam zaman di mana ilmu dianggap sebagai "kuasa penting" bagi tamadun manusia, maka persoalan menguasai ilmu dianggap satu kemestian. Kekuatan dan kekayaan ilmu dianggap satu nilai tambah seseoang. Ilmu boleh terdiri daripada pelbagai misalnya pengetahuan, kemahiran berbahasa, kemahiran ICT, kemahiran mengurus dan sebagainya tidak dapat dipinggirkan. Oleh itu mari kita kejar ilmu itu, samada secara formal, tidak formal ataupun bukan formal.
6. KEMBANGKAN KEBOLEHAN DAN KEKUATAN ANDA
Setiap kita ada kekuatan dan kebolehan yang lebih menonjol. Justeru itu carilah, gilapkan dan kembangkan kekuatan itu. Kekuatan dan kebolehan yang anda ada merupakan satu aset yang penting untuk perkembangan peribadi kita.  Kekuatan dan kebolehan yang anda anggap kecil itu mampu menjadi "bintang" atau "tarikan" pada personaliti anda.
7. MILIKI MORAL YANG TINGGI
Nilai-nilai murni perlu dimiliki untuk menjadi warganegara yang baik. Nilai-nilai murni apabila ditanam dan dipraktik akan memberikan kekuatan kepada kita untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam usaha untuk mencapai kejayaan.Selain itu apabila kita memiliki moral yang mantap kita akan dapat memiliki jati diri dan mampu menangkis pengaruh-pengaruh yang kurang baik dan "tidak berkualiti" seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya.Seseorang yang memiliki moral yang tinggi tidak angkuh dengan jawatan yang dimilikinya. Ia juga tidak mementingkan diri sendiri.
8.JADILAH ORANG YANG BOLEH DIPERCAYAI DAN BOLEH MEMPERCAYAI
Jadilah seseorang yang boleh dipercayakan dan dipercayai. Biarlah bos kita meyakini kemampuan dan kebolehan kita. Malah biarlah mereka mempercayai kekuatan moral yang ada pada kita.Kita tidak akan berjaya dengan hanya bersandarkan pada kebolehan kita sendiri. Kita tidak dapat hidup sebatang kara, kita memerlukan orang lain. Dalam dunia ini kita harus saling melengkapi dan saling memerlukan. Apabila kita mempraktikkan "pendelegasian" tugas bukan kerana kita memperkuda atau mepergunakannya tetapi kerana kita mempercayai kemampuannya.Dalam hal ini hormati dan "hargailah bos" anda sama seperti kita ingin dihargai dan dihormati oleh rakan sejawatan kita atau yang lebih rendah dari kita.
9. MILIKILAH PRESTASI KERJA YANG HANDAL
Jadilah pengusaha atau pekerja yang handal. Bukan sahaja handal dari segi kerajinan, kebolehan dan hasil akhirnya tetapi juga dari segi ketelusan, kebolehpercayaan dan moral. Kombinasi semua itu akan menghasilkan apa yang dipanggil "kecemerlangan peribadi" yang akan membezakan anda dengan orang lain.


Langkah2 sederhana ini jika dipraktik, akan membuatkan kita berbeza dengan orang lain. Mungkin anda akan lebih terampil dan menonjol berbanding tahun sebelumnya ataupun daripada rakan-rakan yang lain. Sesuatu kejayaan itu akan ditandai dengan pencapaian visi atau matlamat yang anda telah tetapkan. Walau bagaimanapun satu hal yang tidak wajar diabaikan ialah mengikut sertakan Tuhan dalam segala perencanaan anda. Siapalah kita ini tanpa DIA.



Kepada Semua Selamat Menyambut Tahun Baru 2010.

Isnin, 21 Disember 2009

HORMATI, HARGAI DAN SAYANGI AYAH KITA ..

Semasa bulan puasa dan seterusnya musim perayaan hari raya tahun ini terdapat  iklan yang berbentuk cerita ditayangkan di peti televisyen. Iklan ini banyak yang memberikan pengajaran yang baik kepada manusia terutama dalam aspek pembentukan institusi keluarga.

Misalnya paparan cerita yang amat menarik perhatian saya ialah cerita tentang seorang ayah (datuk pada dua cucu) yang sudah tua, mula nyanyuk dan tuli (perlu alat khas untuk mampu mendengar) yang tidak dipedulikan oleh anak dan menantu lelakinya (saya tidak ingat saluran siarannya).  Semasa makan si ayah yang terketar2 tangannya tanpa sengaja telah menjatuhkan makanan dari mulut akibat ketidakmampuannya menggunakan sudu, bahkan kadangkala piring dan mangkuk juga terjatuh akibat kesihatannya yang uzur. Sang ayah juga terceret di seluarnya kerana tidak memakai "pampers" dan akibatnya dia disindir dan diketawakan oleh darah dagingnya sendiri.  Akhir sekali tanpa belas kasihan, sang ayah mereka  asingkan tempat makannya dengan meja/kerusi sendiri dan menggunakan cawan dan mangkuk yang tidak mudah pecah walaupun terjatuh. Ini mungkin disebabkan anak / menantunya merasa jijik dan "geli" terhadap keadaan ayah/mertuanya yang uzur.  Ironiknya, bentuk mangkuk yang digunakan sama seperti mangkuk makan si kucing.  Anak dan menantu yang tidak berbudi ini tidak sedar bahawa si ayah yang mereka anggap nyanyuk sebenarnya mampu mendengar, memerhati, menyelami dan merasai kerana dia memiliki hati dan jiwa. Dia tahu yang dia dilayan dengan buruk oleh anaknya yang selama ini telah dijaganya seperti menatang minyak yang penuh sehingga berjaya. Kesedihan dan kekecewaan hati sang bapa ini dapat dilihat melalui titisan air mata yang mengalir pada pipinya.

Pada plot yang berikutnya si cucu yang masih polos dan bersih hatinya, meminta ayah dan ibunya  menyimpan meja dan kerusi makan datuk mereka, kerana mereka mahu menggunakannya untuk ibu dan bapa mereka apabila mereka sudah tua dan uzur (sama seperti datuk mereka). Ini satu tamparan hebat bagi anak dan menantu yang tidak mengenang budi ..akhirnya mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan pada ayah mereka akan dilakukan juga oleh anak-anak mereka  apabila mereka sudah tua dan uzur nanti.Ini seolah-olah satu " kitaran perlakuan" berdasarkan" konsep sebab dan akibat"

Persoalannya, kenapa iklan dalam bentuk cerita-cerita yang sangat baik seperti ini hanya dipaparkan semasa musim puasa/hari raya dan tidak diteruskan selepas perayaan?. Adakah insan hanya perlu menjadi "baik" pada musim berkenaan sahaja?.. Adakah ia benar2 merugikan dari segi kos jika sekiranya ditayang sepanjang masa...kemana perginya konsep tanggungjawab sosial para syarikat dan mungkin kerajaan. Bukankah pembentukan nilai itu perlu berterusan dan antara kaedah yang paling berkesan ialah melalui televisyen. Saya yakin ramai yang disedarkan melalui iklan cerita pendek tersebut supaya lebih bertanggungjawab terhadap ibubapa dan keluarga. Anak saya yang baru berumur 6 dan 11 tahun pun masih tercari-cari iklan ini  dan mereka menghargainya.

Moral daripada iklan ini ialah..mari kita kasihi orang tua / datuk nenek kita...jangan sisih ataupun abaikan mereka..mari tunaikan tanggungjawab kita sebagai anak dan menantu..walaupun orang tua kita sudah lanjut usia, mereka ada hati dan perasaan, mereka tahu menilai sejauhmana anak-anaknya menjaga mereka dalam keadaan ketidakmampuan mereka. INGAT apa yang kita lakukan pada orang tua kita mungkin akan dilakukan oleh anak-anak kita pula dan kitapun akan merasai penderitaan yang dialami oleh orang tua kita. Ya..hukum karma menyatakannya...

Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru 2010

Rabu, 16 Disember 2009

ANAK - ANAK MARI KITA MENGHARGAI DAN MENGHORMATI IBUBAPA KITA

Baru-baru ini saya menonton satu rancangan TV bertajuk The Dim Sum Funeral. Ia menceritakan sikap anak-anak yang mengabaikan ibu mereka, namun mereka mula berubah sikap di penghujung cerita setelah mengetahui ibu mereka didapati mengidap kanser dan boleh meninggal dunia pada bila-bila masa. Mereka mula menunjukkan kasih sayang pada ibu mereka. Kata-kata sang ibu sungguh memberikan kesan kepada saya. Antaranya "apabila kita hampir pada kematian, kita akan merasakan betapa bernilainya hidup ini", "sementara orang yang kita miliki masih ada (hidup) hargai, kasihi dan jagailah mereka dengan baik-baik". Cerita ini menggerakkan hati saya untuk mencoret sedikit pandangan yang diharap dapat memberikan manfaat pada kita semua.


Sebenarnya banyak ibubapa (orang tua) yang kecewa kerana sikap anak-anaknya yang tidak "mengenang budi". Anaknya yang dulunya dibelai, disayangi, dimanja, dididik, dibesarkan, dan dijaga makan minumnya  bagai "ditatang bagai minyak yang penuh",  malangnya apabila dewasa, sudah  berkerjaya, ada keluarga sendiri mereka sanggup meminggir dan mengabaikan orang tua mereka. Sungguh malang kerana reputasi, kereta dan wang ringgit seolah-olah lebih bernilai daripada menghargai dan mengasihi orang tua.Ya..kita semua adalah anak daripada ibu dan bapa kita, sama ada kita sudah jadi "orang besar", berkerjaya, masih bersekolah ataupun masih kanak-kanak taraf kita masih sama iaitu" kita anak-anak kepada orang tua kita".Ada banyak alasan mengapa kita perlu menghormati dan menghargai orang tua kita, antaranya ialah;
  1. Menghormati orang tua kita adalah satu perintah daripada Pencipta. Semua agama di dunia mengajar agar anak-anak menghormati orang tua kita. Perbuatan tidak taat  tidak menghormati dan menghargai orang tua dianggap sebagai satu kesalahan serius. Malah ia  dianggap sebagai satu dosa besar.Sebenarnya taat dan menghormati orang tua adalah salah satu bukti bahawa seseorang itu mengamalkan ajaran agamanya.Inilah sebabnya ada kata-kata yang menyatakan kepercayaan tanpa perbuatan buahnya kosong, ya..beragama  perlu dipraktikan dan dibuktikan dengan amalan iaitu menghargai orang tua kita.
  2. Menghormati orang tua sumber kebahagian. Malah terdapat juga kepercayaan bahawa perbuatan ini juga memberikan umur panjang kepada anak-anaknya. Apakah kita ingin berbahagia di dunia..salah satu prinsipnya hargailah dan taatlah pada orang tua kita. Ada kata-kata yang sungguh indah tentang ini, iaitu "sorga di bawah telapak kaki ibu".Ibu adalah orang tua kita. Jika ibubapa kita masih ada inilah peluang terbaik kita iaitu mengasihi mereka.
  3. Melalui orang tua, kita berpeluang dilahirkan dan menjadi seperti sekarang ini. Justeru itu kerana merekalah kita dapat melihat ciptaan Tuhan yang indah ini. Tanpa perantaran mereka, kita tidak akan dapat menikmati kehidupan baik yang kita kecapi selama ini. Kita bukan sahaja dilahirkan, tetapi kita telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Pada waktu itu atau pun pada masa ini, orang tua kita tidak kaya harta, tetapi mereka kaya kasih sayang. Mereka banyak berkorban demi kita anak-anaknya dengan satu impian agar kita berjaya dan menjadi anak yang dibanggakan. Mungkin orang tua kita bukanlah orang yang sempurna, banyak kekurangan dan kelemahan serta tidak sempurna. Namun siapakan manusia yang benar-benar sempurna di dunia ini?.Rasanya tidak ada..
  4. Orang tua kita lebih mendambakan kasih sayang dan penghargaan daripada anak-anak dan bukan harta bendanya. Kadang-kadang kita tersilap, sehingga memikirkan ibubapa kita lebih memerlukan wang ringgit daripada kasih sayang anak-anaknya. Sebenarnya mereka lebih memerlukan "kita".Wang ringgit itu hanya sekadar tempelan sahaja, ada atau tidak, banyak atau sedikit bukan ukuran yang muktamad, kerana realitinya orang tua lebih inginkan kasih sayang dan penghargaan anak-anaknya. Jadi jangan khuatir jika adakalanya kita tidak dapat memberi wang ringgit kepada mereka, kerana dengan kehadiran kasih sayang kita itupun akan membuatkan orang tua kita bahagia.
Mahukah kita menjadi bencana buat orang tua yang telah membesarkan kita atau menjadi sumber kebahagian bagi mereka. Ingat kita juga ada anak atau bakal memiliki anak satu masa nanti  dan ini bererti kita juga adalah orang tua. Setiap orang tua memerlukan hal yang sama iaitu ingin dihormati, dihargai, disayangi dan ditaati oleh anak-anaknya. Kita tidak ingin kealpaan kita terhadap orang tua kita akan menjadi satu kitaran yang menyedihkan yang akan kita lalui juga, sehingga kita juga diabaikan dan dipinggirkan oleh anak-anak kita. Ya..selagi orang tua kita masih ada, marilah kita mengasihi dan menghargai mereka. Ada ketikanya, kita terpaksa terima hakikat yang kita tidak dapat berjumpa dengan orang tua kita di alam ini.


Salam





Khamis, 3 Disember 2009

CERITA KURA-KURA DAN KALAJENGKING

Cerita binatang  ini disampaikan oleh Pegawai PPD Kota Kinabalu ketika merasmikan Majlis Perjumpaan antara para Pengerusi PIBG dengan Penolong Kanan Hem beberapa minggu yang lalu. Moral daripada cerita ini sangat menarik dan boleh dijadikan ingatan

Diceritakan bahawa pada zaman dahulu terdapat perkampungan yang didiami oleh binatang. Di kampung itu juga terdapat seekor kalajengking dan kura-kura yang bersahabat. Pada suatu hari keluarga dan sahabat handai kalajengking berkenaan  mengadakan satu pesta di sebuah kampung yang terletak di seberang sungai, keluarganya turut menjemput kalajengking untuk  menghadiri pesta berkenaan. Namun agak malang kerana sungai itu tidak ada jambatan dan kalajengking itu pula tidak tahu berenang. Kalajengking berkenaan memerlukan seseorang untuk membawanya ke seberang sungai. Kalajengking itu meminta pertolongan sahabatnya sang kura-kura. Sang kura-kura yang baik hati itu pun memberikan persetujuannya  membantu   sang kalajengking berkenaan untuk menyeberangi sungai tersebut supaya dapat menghadiri pesta berkenaan. Kura-kura yang baik hati itupun meminta  sang kalajengking naik ke bahagian lehernya yang tidak diliputi cengkerang agar dapat memautnya dengan selesa. Sang kura-kura itupun berenang membawa kalajengking berkenaan menyeberangi sungai tersebut. Tiba-tiba semasa berada di pertengahan sungai, Sang kalajengking yang terkenal busuk hati, pentingkan diri dan tidak tahu menghargai kebaikan binatang  lain   mula menyepit dan meracuni leher kura-kura berkenaan, akibatnya kura-kura tersebut mula kesakitan dan ia pun mati sebelum sampai di seberang sungai. Kalajengking yang bodoh itu juga turut tenggelam dan seterusnya mati lemas.
Akibatnya kalajengking tersebut bukan sahaja gagal sampai ke destinasinya yang penuh KEMERIAHAN iaitu ke PESTA,malah ia juga mati lemas disebabkan kebodohan, sikap busuk hati dan kejahatannya.Bayangkan kalau sang kalajengking tahu menghargai kebaikan dan pertolongan sang kura-kura, sudah pasti ia berjaya menyeberangi sungai berkenaan.

Moral daripada cerita ini menurut tuan PPDKK ialah,  kegagalan sesuatu institusi mencapai misi dan visinya kerap kali  disebabkan ketiadaan kerjasama dan lagi teruk apabila wujudnya manusia-manusia yang mempunyai hati dan sikap seperti KALAJENGKING. Mungkinkah ini juga penyebab kepada kegagalan lain-lain organisasi, pertubuhan dan sebagainya ?

Salam perpaduan




    Rabu, 18 November 2009

    MASIH ADAKAH YANG AKAN MENDOAKAN KITA?

    Seorang pengarah sebuah syarikat terkemuka terjatuh dan akhirnya stroke. Dia sudah 7 malam dirawat di unit ICU sebuah hospital swasta. Saat orang lain terlelap dengan mimpi indah, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah dan berkata "kalau dalam waktu 24 jam, ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup.Tetapi jika tidak, itu bererti kau akan meninggal dunia". Si pengarah menjawab.."kalau sekadar 50 orang itu sangat mudah, jumlah pekerja aku sahaja sudah melebihi 1000 orang".
    Tepat pukul 11.00 malam, malaikat kembali mengunjunginya;dengan bangga si pengarah bertanya, "adakah esok pagi aku akan pulih?, pasti banyak yang berdoa buat aku", dengan lembut malaikat berkata, "wahai anakku, aku sudah berkeliling aku mencari suara hati yang berdoa buatmu, tetapi sampai saat ini hanya 3 orang yang ku temui iaitu isterimu dan 2 orang anakmu". Malaikatpun menunjukkan satu layar besar yang memperlihatkan isteri dan anak2nya yang sedang khusuk berdoa dan menangis. "Ya, Tuhan, aku tahu kalau selama ini suamiku bukanlah suami dan ayah yang baik, aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk populoriti dan menaikkan namanya saja, untuk menutupi perbuatanya yang salah di hadapanMu. Tapi tolonglah pada anak-anak yang Engkau berikan pada kami, kerana mereka masih memerlukan seorang ayah". Doa isterinya yang tidak putus-putus memohon kepada Tuhan dengan linangan air mata. Melihat peristiwa itu,timbul penyesalan si pengarah kerana ketidakjujuran terhadap isteri dan anak-anaknya selama ini.Dia menyedari betapa besarnya cinta dan pengorbanan isteri dan anak-anaknya.

    Dengan sedihnya si pengarah bertanya Apakah antara pekerjaku, kaum kerabatku, teman sekerjaku, teman seorganisasiku yang berdoa buat kesembuhanku?. Jawab Malaikat, "Ada..beberapa mereka berdoa buatmu tetapi tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini kerana selama ini kau mementingkan diri, sombong, menganiaya pekerja, kejam, salah guna kuasa dan bukanlah pihak atasan yang baik"....
    Ketika masa menunjukkan jam12.00 tengah malam, tiba-tiba si Malaikat berkata "anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu! kau tidak jadi meninggal, kerana ada 47 orang yang berdoa buat kesembuhanmu".
    Dengan hairan, si pengarah itu ingin tahu siapakah 47 orang itu.  Malaikat menjelaskan bahawa itu ialah sekumpulan anak yatim yang berada di sebuah Pusat Asuhan Anak Yatim yang pernah engkau lawati dan beri bantuan beberapa bulan yang lalu. Malaikat itu menambah, dia tahu tujuannya untuk memberi bantuan berkenaan adalah untuk populariti agar mendapat perhatian daripada kerajaan dan masyarakat.
    Bagaimanapun, setelah salah seorang daripada anak yatim itu terbaca tentang  pengarah yang terkena stroke dan sudah 7 hari berada di unit ICU melalui suratkhabar, dan yakin bahawa pengarah inilah yang telah membantu pusat asuhan mereka, lalu bersepakat untuk berdoa buat kesembuhanmu.

    Ps:Teman2..bagaimanakah sikap kita terhadap isteri dan anak2?, bagaimanakah sikap kita terhadap rakan sekerja, bawahan kita ataupun kaum kerabat kita? dan masih adakah orang yang akan mendoakan kita apabila kita memerlukannya?

    Cerita ini disampaikan oleh KETUA saya semasa Mesyuarat Staf Akhir Tahun persekolahan 2009. Ia mungkin sekadar rekaan semata-mata tetapi mempunyai mesej yang amat bermakna.

    Ahad, 15 November 2009

    PRASYARAT YANG PERLU ADA PADA SESEORANG PENDIDIK YANG HEBAT

    Guru adalah ejen kepada keberkesanan pendidikan sesebuah negara. Betapa baik sistem pendidikan dan  moleknya falsafah pendidikan, jika ejen yang menyampaikannya tidak efektif, ia tidak akan mencapai matlamat pembangunan dan kesempurnaan insan. Peribahasa Melayu seperti "berguru dahulu sebelum bergurau", "guru kencing berdiri murid kencing berlari" ataupun "berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi" merupakan satu pengesahan terhadap mahabesarnya tanggungjawab guru sebagai golongan pembawa perubahan kepada sikap dan minda pelajar. Justeru itu antara nilai-nilai sejagat yang mampu memantapkan profesionalisme keguruan ialah:
    • BERDISIPLIN - Sebagai guru, disiplin diri adalah amat penting. Guru haruslah berkeupayaan mendahulukan yang lebih penting dalam tugasnya.  Ini dapat dilakukan dengan mengutamakan perkara yang lebih penting dalam pekerjaannya. Selain itu guru juga perlu mengamalkan cara kerja yang kemas dan terancang disamping menghargai setiap detik masa dalam pekerjaannya. Ini bermakna pembaziran masa bukan menjadi amalan guru yang cemerlang.
    • AMANAH - Pendidik juga harus sedar tugas mendidik adalah amanah yang perlu dilaksanakan. Memandangkan ia satu amanah, maka guru haruslah memiliki nilai amanah  seperti yang digariskan oleh agama masing-masing. Ia harus menentukan tidak ada penyelewengan dalam tugasnya samada penyelewengan dari segi masa, kuasa, kewangan, peralatan dan sebagainya.
    • IKHLAS - Pendidik yang ikhlas adalah mereka yang melaksanakan tugas tanpa mengharapkan imbuhan.Ia mempunyai niat bertugas kerana Tuhan dan mencari rezeki yang halal. Ia bermakna tugas mengajar tidak dibatasi oleh faktor agama, bangsa,budaya dan warna kulit. Malah ia mengikis sebarang unsur kepentingan diri dalam melaksanakan tugas sebagai asas mengisi amanah yang diberikan.
    • BENAR - Pendidik juga perlu jujur dalam melaksanakan tugas. Ia haruslah seorang yang dipercayai bukan sahaja pada kata-katanya tetapi pada tindakannya. Pendidik juga harus cermat dan berhemah ketika memutuskan sesuatu yang berkaitan  dengan pendidikan demi kebaikan anak muridnya.
    • BEKERJASAMA - Pendidik yang bijak, sedar bahawa mereka berada dalam satu institusi pendidikan yang ada struktur organisasinya. Untuk menjadikan institusi itu cemerlang memerlukan kerjasama semua pihak.  Justeru itu sikap tolong-menolong, hormat menghormati dan saling mempedulikan menjadi prasyarat terhadap kejayaan organisasi. Guru juga memiliki hati yang rela menyertai aktiviti di sekolah sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan permuafakatan, disamping mengelakkan konflik peribadi.
    • BERTANGGUNGJAWAB - Sebagai pendidik, guru harus menerima hakikat yang akauntabiliti akhirnya adalah terhadap Tuhan, disamping pekerjaan itu sendiri dan majikan. Ia juga melakukan tanggunjawab dengan kesedaran terhadap implikasi setiap perlakuan ataupun tindakannya sebagai pendidik. Bukan sahaja perbuatan dan usahanya dinilai oleh para pelajar, rakan setugas, masyarakat, majikan tetapi juga oleh Tuhan.
    Pendek kata, sebagai seorang guru, kita haruslah menyedari bahawa pekerjaan yang ada pada kita merupakan satu amanah mulia yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Para pelajar berhak mendapat
    didikan yang terbaik kerana tanpa pelajar tidak mungkin ada guru. Pendidik dan pendidikan  itu sebenarnya akan menentukan pembanguanan modal insan yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa akan datang.  Kepada para pendidik, selamat melaksanakan amanah. Salam.

    Khamis, 12 November 2009

    BUDAYA YANG SEMAKIN DIABAIKAN -UCAPAN TERIMA KASIH DAN TAHNIAH

    Selamat bertemu kembali , sudah lama saya tidak berkesempatan untuk menulis dan membaca entri tuan-tuan ekoran komitmen tugas, kuliah serta tugasan lain yang menimbun baru-baru ini.Walau bagaimanapun pada kesempatan ini saya akan membicarakan tentang satu budaya mulia yang semakin dipinggirkan yakni kata-kata penghargaan dan pengiktirafan iaitu ucapan terima kasih dan tahniah.

    Melafazkan ucapan terima kasih kepada seseorang sebagai penghargaan serta ucapan tahniah kepada mereka sebagai pengiktirafan sering kali diabaikan.Walaupun perbuatan ini kelihatan amat mudah tetapi amat payah untuk dilakukan. Melafazkan kata-kata ini sebenarnya tidak memerlukan modal kewangan. Oleh yang demikian kata-kata seperti ini wajar diterapkan dalam kehidupan seharian kita serta dibudayakan setiap waktu. Semasa di sekolah apabila guru telah selesai memberikan ilmu kepada anak muridnya,  murid-murid akan berdiri dan memberikan ucapan terima kasih,.. terima kasih cikgu. Adakah pelajar-pelajar ini melakukan hal yang sama di luar kelas?  Adakah kita juga menjadikan budaya berterima kasih ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita?

    Penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada rakan sekerja seperti merakamkan ucapan terima .kasih dan tahniah sebenarnya satu keperluan untuk menjaga dan meningkatkan hubungan kemanusiaan dalam organisasi dan komuniti kita. Perbuatan yang sekecil ini memberi impak besar kepada pembangunan jiwa kepada kedua belah pihak. Malah dalam organisasi tempat kerja, budaya memberi penghargaan dalam bentuk kata-kata adalah penyumbang kepada peningkatan kualiti peribadi modal insan. Justeru itu budaya ini perlu "mendarahdaging" dalam masyarakat kita.

    Penghargaan dan pengiktirafan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara.  Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi memberikan banyak ruang dan pilihan bagi kita untuk menunjukkan penghargaan dan pengiktirafan yang kita berikan pada orang yang sememangnya "layak"..Tetapi salah satu cara yang paling murah dan asas ialah secara lisan..Ia percuma tetapi amat berkesan. Apabila kita tidak berpeluang untuk melakukannya secara lisan, kita boleh praktikkannya melalui SMS. Pada saya cara ini juga amat ampuh kerana ia lebih bersifat peribadi.
    Selamat mempraktikkan budaya mulia ini.

    Ahad, 1 November 2009

    SABAH NEEDS A BIG DREAM:BLUE OCEAN GURU

    Sabah should have a dream to build an economic empire respected by all, say world renowned Blue Ocean Strategy guru, Professor W Chan Kim. "You need to all start with a dream: That Sabah will be the most powerful state in entire Asia, that Japan, China and Korea all respect you", Prof Kim saiid at the Blue Ocean Strategy Conference on 22 October at sutera Magellan Grand Ballroom.

    "If you don't have such a dream, the dream will never arrive,"Prof Kim delivered a sobering message to Sabah. Advisive but also blunt at some point, he said:"You need a common dream. You need to figure out how to actualise that dream. That strategic vision. Without such a desire, it is not going to happen," Kim made clear. That dream is also his dream to build a powerful Sabah for future, but a dream is just the beginning of journey, he said. "Hunger for learning to learn anything while we can but do it,"said Prof Kim. I am not in Sabah to "preach concepts or theories." "That not what i want. I want this reality to arrive," he insisted.

     "Red Ocean Strategy is competing. It uses a lot of competition, plenty of competition. They talk competitive advantage, competition, competitiveness". he noted.  "In Sabah , i hope and i pray that you don't use those languages," he said. Sabah-who is competing with you? Who do you compete with?, no body," he asserted. "You should never compete. You need to make competition irrelevant. You need to go elsewhere. You need to create you own space that no body can compete (with you). That important!. That what we call Blue Ocean", prof Kim remarked.
    "Blue Ocean is creating uncontested market space, make competition irrelevent, attracting non-customers, create and capture new demand,"he explained. " Once you build an economic empire, its very hard to imitate because you don't compete any more," he elaborated.

     Kan Yaw Chong, Daily Express  1st November, 2009

    Ahad, 25 Oktober 2009

    RULES OF SUCCESS

    "TAKES PAIN",
    said the window.
    "KEEP COOL",
    said the ice.
    "DRIVE HARD",
    said the hammer.
    "BE UP TO DATE",
    said the calendar.
    "NEVER BE LED",
    said the pencil.
    "BE SHARP",
    said the knife.
    "MAKE LIGHT AROUND YOU",
    said the fire.
    "STICK TO IT",
    said the glue.
    "BE BRIGHT",
    said the lamp.




    (Ini saya ambil dari kata-kata hiasan yang isteri saya beli , maaf saya tidak tahu penulisnya..)

    Ahad, 18 Oktober 2009

    PRINSIP KEJAYAAN DARIPADA MANTAN "DO"

    Pada 27 September 2009, saya berpeluang " berkongsi idea" dengan seorang mantan Pegawai Daerah Penampang yang kini lebih banyak terlibat dalam bidang kebajikan dan keagamaan. Sebenarnya pertemuan ini secara tidak sengaja. Beliau dijemput untuk menerima sumbangan satu set meja marmar atas kapasitinya sebagai pengerusi projek pembinaan gedung yang menempatkan muzium , ruangan sembahyang dan ruang menempatkan pusat bantuan bagi golongan kurang bernasib baik. Manakala saya sedang menunggu cabutan tiket bertuah setelah membeli almari kain.  Penampilan insan ini cukup sederhana namun saya mendapati beliau sangat yakin dengan apa yang dilakukannya. Dalam perbualan dengan beliau, beberapa prinsip kejayaan telah saya perolehi, ilmu, antaranya ialah;
    • Usaha beliau membantu 32 kanak-kanak berasal dari pedalaman Penampang agar dapat meneruskan persekolahan,  kini dua daripadanya sudah masuk Universiti. Kemurahan hati beliau telah mengingatkan saya tentang kebaikan YB Datuk Maximus  J. Ongkili sebelum beliau terlibat dalam politik sebagai MP/ADUN, beliau telah membantu ramai anak-anak muda dari pedalaman  Sabah untuk meneruskan persekolahan mereka sehingga ke manara gading,  kini ramai antara mereka yang sudah berkerjaya.  Mereka ini tidak mewar-warkan kebajikan yang mereka lakukan samada pada orang lain ataupun melalui surat khabar..Tetapi melaksanakan tanggungjawab itu atas nama kasih sayang dan keprihatinan terhadap orang lain. 
    • Apabila merancang projek pembinaan (dan yang lain2) perlu ada kertas kerja mudah difahami dan praktikal.  Jika  kertas kerja sukar difahami membuatkannya sulit untuk dilaksanakan .  Sebagai contoh ketika mereka memulakan projek pembinaan gedung kebajikan dan keagamaan , mereka mulakan dengan "kantong kosong" kecuali tanah yang didermakan oleh seorang insan budiman sebagai tapak pembangunan. Tetapi hanya dalam tempoh setahun mereka  sudah berjaya mengumpul satu juta ringgit.
    • Untuk melaksanakan projek, perlu ada "team yang mempunyai visi yang sama". Kumpulan ini dapat berbincang, bertukar pendapat  ataupun sama-sama memikirkan kaedah yang paling mantap untuk melaksanakannya (Think Tank). Melakukan kerja-kerja  bersendirian membuatkan anda mudah lesu dan tidak bersemangat, malah sukar untuk berjaya.
    • Dalam perancangan tetapkan sasaran yang ingin dicapai. Jangan meletakkan sasaran yang terlalu kecil  sehingga tidak memerlukan usaha dan kerja keras serta kreativiti untuk mencapainya. Misalnya untuk baazar mencari dana bagi tujuan membina gedung berkenaan  yang diadakan hujung tahun nanti, sasaran mereka ialah sebanyak RM300,000 (kalau saya tidak silap).  Ada  kalangan teman2nya berpendapat  sasaran itu terlalu besar,  tetapi bagi beliau target yang besar amat penting untuk menjadi dorongan kepada mereka yang terlibat menguruskan baazar berkenaan. Pada waktu itu taukeh perabot telah menyumbang satu set meja makan yang diperbuat daripada marmar untuk tujuan baazar.
    • Akhir sekali, beliau menyatakan keyakinan bahawa usaha yang dilakukan itu adalah kehendak Tuhan  dan percaya bahawa Dia akan menyertai dan membantu akan memberikan kekuatan kepada kita untuk melaksanakannya.  Kalau kita tidak yakin bahwa apa yang kita lakukan itu adalah kehendak Tuhan dan apalagi kita tidak meyakini penyertaan dan pertolonganNya maka sukar juga bagi kita untuk meneruskan rancangan itu dengan tenang.
      Sebenarnya,  ilmu ada di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Samada melalui pemerhatian, pembacaan, pengalaman ataupun perkongsian orang lain.Walaupun tiket cabutan saya tidak menang, namun saya beruntung kerana mendengar perkongsian daripada gundohing ini. Malah ideanya ini boleh diaplikasikan. Pounsikou gundohing...

      Ahad, 11 Oktober 2009

      TEGURAN DAN KOMEN ADALAH SATU HADIAH

      Teguran, komen, kritikan atau aduan seringkali dilabel sebagai sesuatu yang negatif.  Walau bagaimanapun kita harus mengubah paradigma pemikiran kita dengan menganggapnya sebagai perkara positif.  Teguran, kritikan, komen atau aduan harus dianggap sebagai  satu hadiah yang amat bernilai. Ia  dianggap positif kerana memberi peluang kepada perubahan dan seterusnya membaiki kelemahan serta kekurangan seseorang atau sesebuah organisasi.. Pentingnya teguran ini dapat dijelaskan dengan kata-kata khalifah Abu Bakar ketika mula-mula memegang pimpinan Islam waktu itu. Antaranya dia katakan "ikutlah aku jika aku benar, namun jika salah tegurlah aku." Justeru itu kita harus melihat teguran itu sebagai satu tamadun dan bukan ancaman.

      Dalam budaya masyarakat melayu lama, sesuatu teguran itu ditunggu-tunggu dan ia sepatutnya terus menjadi budaya kita. Ini dapat dibuktikan melalui peribahasa - peribahasa yang ada. Misalnya, "Buah Cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong betulkan".  Pada pendapat saya,  peribahasa ini mempunyai konotasi yang jelas iaitu sikap rendah hati  seseorang yang   "ada kedudukan" kerana menggangap dirinya "budak baru belajar" dan konotasi yang lain adalah kesediaan untuk ditegur dan pastinya juga kesediaan untuk membaiki kelemahannya.

      Dalam memberi teguran, aduan dan komen ia haruslah dari A (penegur) kepada B (penerima teguran), ia tidak perlu menyinggah pada C. Ini kerana kalau teguran yang sepatutnya kepada B tetapi hanya disampaikan kepada C dan bukan kepada B maka kemungkinan teguran itu tidak diterima oleh B. Keadaan seperti ini lebih bersifat gosip alias fitnah, dan akibatnya perubahan dan pembaikan yang diharap tidak akan berlaku. Justeru teguran dan kritikan perlu diterima sebagai satu budaya untuk kebaikan bersama. Walau bagaimanapun teguran, komen dan kritikan yang baik juga perlu disusuli dengan pandangan dan cadangan yang  membina.

      Tetapi  memberi kritikan , teguran dan komen memerlukan keberaniaan. Disamping itu kedua belah pihak  mestilah bersedia. Sebab jika tidak, bukan perubahan dan pembaikan yang berlaku tetapi kemungkinan juga penegur dianggap musuh yang akhirnya memudaratkannya..Ada juga orang yang telah dijadikan kambing hitam kerana tegurannya, disebabkan penerima teguran itu belum bersedia  menerima teguran..


      (Artikel ini didasarkan pada rancangan Persepektif  Awani  pada 11/10/2009)

      Jumaat, 9 Oktober 2009

      PERTEMUAN SELEPAS 34 TAHUN....

      Raya Aidilfitri hari ke-8 merupakan hari yang bermakna bagi saya.  Pada hari berkenaan saya telah bertemu kembali dengan bekas cikgu dan guru besar yang pernah mengajar saya kira-kira 34 tahun yang lalu.  Ya.. suatu jangka masa yang begitu lama,  waktu itu saya baru berada di darjah 3. Lawatan ke rumah bekas guru besar kami sempena  hari raya adilfitri ini kami telah rancang (saya dan abang saya) sejak beberapa hari yang lalu.

      Kerana lawatan ini saya dengan "paksarela" membatalkan dua jemputan lain iaitu jemputan menghadiri perjumpaan keluarga besar kami di Kota belud dan jemputan hari jadi anak seorang kawan (untuk tidak menghampa kawan, isteri saya dan anak bongsu saya yang menghadirinya). Ya.. saya terpaksa membuat pilihan..(Kadang-kadang kita diperhadapkan dengan pilihan2 yang memerlukan kebijaksanaan) dan pada perkiraan saya  melawat bekas guru yang tidak pernah saya temui sejak 34 tahun yang lalu merupakan pilihan yang terpenting.

      Saya mengingati guru tersebut kerana ia banyak membantu saya (abang saya juga banyak dibantunya). Saya masih ingat pada waktu itu ( sekitar tahun 1975), kami dihantar oleh bapa kami untuk bersekolah di Kota Belud dan tinggal di rumah datuk dan nenek kami. Oleh kerana kami berjauhan daripada ibubapa,  maka adakalanya rumah guru besar itulah tempat kami selalu bertandang.Kebaikan yang mereka curahkan pada saya mampu mengubat kerinduan pada ibubapa di kampung. Ada ketikanya saya diminta oleh isteri guru besar  membantunya berjualan kuih dan mee goreng.

      Sebagai budak ingusan yang baru berumur kira-kira 8 atau 9 tahun ini cukup mengembirakan saya.
      Ada empat sebab kenapa saya gembira dan bangga membantunya; Pertama kerana dia guru besar kedua, saya gembira ada orang yang mempedulikan saya (ibu bapa saya tidak tinggal bersama kami), ketiga kerana saya dapat membantu guru besar saya dan keempat kerana dia akan memberi saya upah dalam bentuk wang ataupun mee/kiuh percuma.  Mereka juga selalu membawa kami ( dengan abang saya) makan di rumah mereka (malah mereka pernah membelikan abang saya pakaian sekolah).

      Selepas 34 tahun tidak bersua, memang pertemuan itu sesuatu yang mengharu dan menggembirakan kami. Isterinya juga  kelihatan menitiskan air mata. Tapi saya percaya, itu adalah air mata kegembiraan  dari seorang yang pernah membantu kami dan melihat anak kecil yang telah dibantunya sekarang sudah berkerjaya  
       ( ..kearah kejayaan) Terima kasih cikgu, kerana berperanan sebagai ibu dan bapa kami, terima kasih kerana mendidik kami, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk membantu cikgu dan terima kasih atas semua pemberian cikgu..kerana cikgulah maka kami berjaya ...

      Kalau bukan didikan cikgu, "mungkin" kami tidak "menjadi manusia" seperti sekarang...

      Jumaat, 2 Oktober 2009

      FOOTPRINTS  IN  THE  SAND


      One night a man had a dream. He dreamed he
      was walking along  the beach with the LORD.
      Across the sky flashed scene from his life.
      He noticed two sets of footprints in the sand.


      When the last scene of his life flashed before
      him  he noticed that many times there was only
      one set of footprints. He also noticed that it
      was at very lowest times in his life.


      He questioned the LORD about it, "LORD, you
      said that once I decided to follow you you'd walk
      with me all the way.  But I have noticed there's
      only one set of footprints.  I don't understand
      why when I needed you most you would leave me."


      The LORD replied, "My precious child, I love you
      and I would never leave you.  During your time of
      trial and suffering, when you see only one set of 
      footprints, it was then that I carried you."


      (Ini saya ceduk dari kata-kata hiasan di dapur yang isteri saya beli, maaf saya tidak siapa penciptanya)

      Selasa, 29 September 2009

      RASUAH....APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN

      Dalam satu laporan akhbar bertarikh 27 september 2009, dinyatakan Indeks Persepsi Rasuah di Malaysia  sekali lagi merudum, pada tahun 2007 indeks persepsi  rasuah negara pada kedudukan ke-43, manakala  2008 ia jatuh lagi ke tangga 47. Singapura adalah antara tiga negara di dunia yang paling bersih dari gejala rasuah. Menurut akhbar ini juga negara  kerugian kira-kira RM10 bilion? setahun akibat perbuatan rasuah. Kita bayangkan jika RM10 bilion itu digunakan untuk membantu rakyat. Nah.. bagaimana kita dapat membantu mengurangkan gejala buruk ini;
      • Jika anda seorang ulamak, imam, padri, pastor, sami atau apa sahaja gelaran anda, ajarlah bahawa rasuah itu "dosa",  war-warkanlah kepada umat manusia  memberi makan pada anak-anak atau orang tua  hasil rasuah akan menyebabkan "kutuk" akibat rasuah turut terpalit pada keluarganya. Jika anda berpeluang menyampaikan ajaran agama di masjid,surau, gereja, kuil dan sebagainya, selitkanlah bahawa rasuah itu "musuh negara".
      • Jika anda seorang pendidik, ajarlah murid-murid tentang bahaya "najis rasuah". Jikapun anda bukan guru agama, sivik, pendidkan moral, tetapi bukankah pendidikan nilai murni itu merentasi kurikulum dan kokurikulum?. Salah satu elemen terpenting dalam nilai murni ialah membenci dan jijik terhadap perbuatan rasuah.
      •  Jika anda seorang ibu atau bapa ataupun bakal ibubapa tanamkanlah cara berurusan dan berurusniaga yang bersih, sihat serta mengikut hukum agama dan negara pada anak-anak. Anak-anak harus diajar  perbuatan memberi dan menerima rasuah "sama sahaja takarannya". Implikasi buruk perbuatan rasuah pada negara, keluarga dan diri sendiri perlulah diterapkan pada anak-anak. Ia harus dilakukan sejak anak-anak itu masih kecil agar apabila dewasa, sikap jujur, ikhlas dan benci rasuah jadi amalan mereka
      • Jika anda seorang kakitangan kerajaan atau swasta, laksanakan tugas dengan penuh integriti berasaskan "Bersih, Cekap dan Amanah".  Bukan dengan omong-omong sahaja tetapi secara praktik. Jangan jadikan kata2  saya benci rasuah atau rasuah musuh negara hanya sebagai slogan penghias dinding pejabat tetapi hiasilah jiwa anda dengan kata2 ini dan lafazkan melalui perbuatan. Ya jangan terima pemberian yang bukan hak anda. Walaupun manusia tidak melihatnya tetapi Dia mampu melihatnya walaupun di tempat tersembunyi.
      • Jika anda politikus atau tokoh terkenal  atau bakal politikus jadilah seorang yang bersih, berpegang pada agama yang membenci rasuah. Jangan sekadar pada musim perayaan sahaja anda kelihatan "alim bak malaikat", tetapi biarlah seumur hidup. Tuhan telah berikan kedudukan yang tinggi pada anda untuk berkhidmat kepada rakyat juga mewakiliNya membantu rakyat. Jadilah idola yang terbaik kepada anak-anak muda dengan cara kerja yang berintegriti, transperan, bersih dan amanah .
      • Jika anda cintakan negara, mari kita tanamkan sikap bermusuh dengan perbuatan rasuah. Elakkan terlibat  samada memberi atau menerimanya kerana hukumnya tetap salah.Jika anda tercari-cari seorang idola atau " role model",jadikan mereka yang tulus, jujur, bersih, bersemangat tinggi yang berjaya dalam hidupnya dengan cara baik dan tidak terlibat dalam memberi atau menerima suapan sebagai idola. Jangan sekadar " kabur mata dan buta hati " menjadikan orang-orang jutawan yang kita tahu mendapatkan kekayaanya dengan penuh penipuan serta bergelumang dengan  rasuah sebagai idola anda. 
      Teman2 saya bukan mengajar sekadar berkongsi tentang bahaya perbuatan makan suap terhadap  diri, keluarga, bangsa dan negara kita. Mari kita mulakan kebencian terhadapnya, bukan esok tetapi hari ini, bukan oleh orang lain tetapi kita. Mari kita sama-sama "belajar"hidup dan beragama tanpa rasuah sebagai amalan.


      .

      Sabtu, 26 September 2009

      PENGARUH RUMAH TANGGA TERHADAP ANAK-ANAK

      Seorang tokoh Islam yang tersohor iaitu, Sheikh Al-Azhar pernah menyatakan 70 %  daripada kecemerlangan pelajar dipengaruhi oleh faktor rumah tangga,  Peter Mortimore pula berpendapat 60% kejayaan anak-anak/pelajar disebabkan oleh sokongan keluarga. Dalam Hadith juga ada menyebut "anak ibarat kain putih". Kenyataan-kenyataan  ini dipersetujui oleh M.Addler melalui tulisannya  Ten Philosophical Mistakes yang menjelaskan "insan pada asasnya mempunyai nature (tabiat) yang sesuai, yang membezakan kemudiannya adalah lantaran adanya kelainan dalam nurture (asuhan). Pendapat tokoh ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ibubapa dalam  kemenjadian anak-anak, remaja ataupun pelajar-pelajar.

      Kejayaan ataupun kegagalan sesebuah rumah tangga membentuk anak-anak yang baik dan sesuai dengan nilai-nilai agama bergantung kepada corak bagaimana keluarga itu diurus oleh sang ayah dan juga sang ibunya. Dalam aspek mengurus rumah tangga, beberapa tokoh pendidikan  mengkategorikannya kepada tiga cara iaitu;
      • Jenis Menternak (Proses Penternakan)
      Rumah tangga jenis ini ialah ibubapa yang memberikan terlalu banyak kebebasan pada anak-anak tanpa  kawalan. Ini bermakna anak-anak dibiarkan terlalu banyak hiburan . Anak-anak bebas melakukan apa sahaja,  bak seperti hewan yang melepaskan anak-anaknya berkeliaran mencari haluan masing-masing. Anak-anak juga mungkin dibiar melakukan apa sahaja walaupun dalam rumah sendiri. Tidak hairanlah perkataan seperti kau babi, kau monyet dan sebagainya sering juga terkeluar dari mulut ibubapa jenis ini. Apa yang penting bagi ibubapa ini ialah kepuasan (pandai beranak sahaja) dan kebebasan sendiri, anak-anak dilahirkan dan membesar tapi didikan agama dan nilai-nilai murni diabaikan.

      •  Jenis  Pembongsaian (Proses Pembongsaian)
      Rumah tangga jenis ini berkecenderungan membantut kebolehan dan potensi anak-anak. Ibubapa jenis ini terlalu negatif, penakut dan pesimistik terhadap kehidupan.  Mereka banyak menggunakan perkataan yang bersifat tidak membina keterampilan dan perwatakan positif anak-anak. Penggunaan istilah-istilah dan perkataan seperti jangan buat bikin malu, kau bodoh, jangan tanya, kau tidak pandai, kau malas, kau tiada guna, menyesal akau beranak engkau dan pelbagai kata-kata negatif dan hinaan lain akan mematahkan semangat anak-anak. Akibatnya bakat dan potensi mereka tercantas oleh kesilapan  ibubapa mereka sendiri. Anak-anak atau remaja yang berhadapan dengan ini hanya memendamkan keinginan, hasrat dan kemampuan positif mereka yang akhirnya melahirkan produk insan yang serba tidak tahu  atau tidak peduli dengan keadaan persekitarannya.

      •  Jenis Proses Mendidik (Proses Memanusiakan)
      Rumah tangga jenis ini merupakan rumah tangga idaman setiap anak-anak. Ia boleh dianggap sebagai rumah tangga yang berteraskan kasih sayang, saling memahami dan menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang perlu dikasihi, disayangi dan dididik serta dibentuk. Anak-anak dianggap insan yang sentiasa memerlukan bimbingan dan didikan agar boleh menjadi insan seimbang. Anak-anak dalam keluarga ini diajar nilai-nilai baik, murni, moral, adab, agama dan sebagainya. Ibubapa dalam kategori ini juga menggunakan perkataan-perkataan yang positif dan merangsang potensi anak-anak mereka. Mereka bukan sahaja dibelai malah kata-kata pujian, galakan dan teguran  bertempat juga diberikan oleh ibubapa.

      Ini gambaran tentang betapa besarnya tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak. Bukan sekadar melahirkannya, kemudian membesar malah perlu mendidik mereka menjadi manusia. Dalam rumah tanggalah titik permulaan kepada pembentukan cara hidup anak-anak apabila berada di luar sana. Jadi mari kita sama-sama praktikkan langkah ketiga daripada tujuh tabiat ibubapa cemerlang yang dikemukakan oleh Stephen R. Covey iaitu "Put First Thing First"..atau  "berikan keutamaan kepada yang terutama - keluarga".

      (Ini berdasarkan pembentangan penulis dalam satu Seminar Pendidikan yang diadakan di Keningau) .

      Rabu, 23 September 2009

      KEBENCIAN MEROSAKKAN, DENDAM MENGHANCURKAN...

      Apabila kita membenci dan berdendam  pada seseorang dengan apa alasan sekalipun, bererti kita telah memberikan kebenaran dan kekuatan kepadanya untuk menghancurkan hidup kita.  Ini kerana kebencian dan dendam akan menghancurkan tidur kita,  nafsu makan kita, kesihatan kita serta kebahagian kita.  Mungkin  orang berkenaan akan menari dengan gembira apabila mengetahui mereka berjaya telah membuatkan kita bimbang, marah, kacau, benci dan sebagainya. Apa yang pasti  kebencian  dan dendam kita tidak akan  melukakan hati mereka,   sebaliknya kebencian dan dendam kita telah menutup sama sekali kebahagian yang kita miliki selama ini,  malah  ia  mengubah suasana siang dan malam kita menjadi seperti neraka di dunia.

      Mengikut majalah Life.."ciri utama orang yang mempunyai tekanan darah tinggi ialah suka menyimpan dendam dan kebencian.  Apabila dendam dan kebencian itu berlarutan, akan mengakibatkan tekanan darah juga meningkat dan kemudian diikuti oleh sakit jantung". Rasa benci dan dendam terhadap orang lain membuat kita tidak dapat menikmati hidup ini, bahkan makanan pun kita tidak dapat rasakan kelazatannya.  Ia   juga akan merosakkan kemesraan hubungan kita dengan keluarga serta pasangan hidup kita.

       Memang amat sukar untuk melupakan apa yang telah dilakukan oleh orang lain terhadap kita. Walau bagaimanapun jika kita tidak dapat mencintai seseorang kerana ia telah menyakitkan kita,  paling tidak kita harus mencintai diri kita sendiri.  Mari kita cintai diri kita semaksimum mungkin, sehingga orang tidak boleh merosakkan kebahagian, kesihatan dan kehidupan kita.  Shakespeare pernah mengatakan; "jangan menyalakan api untuk membakar musuh kita sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus oleh kerananya".

      Sebenarnya, tidak ada orang yang boleh menggangu kehidupan bahagia kita, kecuali kalau kita membenarkannya.  Daripada menyimpan benci lebih baik kita mengasihi mereka, daripada  memupuk dendam lebih baik kita memberi kefahaman, simpati, pertolongan, pengampunan serta doa untuk mereka.  Ya.. mari kita belajar melakukannya.    Janganlah kita mensia-siakan waktu satu minit pun untuk memikirkan orang yang tidak kita senangi,  kerana perasaan benci dan dendam itu tidak akan menambah walau seminit pun hayat kita.

      Selasa, 22 September 2009

      PITAS KELUAR DARI BELENGGU KEMISKINAN MELALAUI PROJEK AGROPOLITAN

      Dipetik dari Harian Ekspres bertarikh 22 Sept. 2009.

      PITAS: Pitas, yang dua tahun lepas dikategorikan sebagai daerah termiskin di Sabah dan kedua termiskin di Malaysia, kini mengorak langkah untuk keluar daripada belenggu itu melalui projek Agropolitan yang dimulakan tahun ini.

      Pegawai daerah Pitas Sapdin Ibrahim berkata projek itu melibatkan penanaman getah secara berkelompok seluas 10,000 hektar di Semenanjung Bengkoka.  Di bawah projek ini juga para peserta masing-masing diberkan seunit rumah.

      Sapdin berkata untuk tahun ini saja, kerajaan memperuntukkan RM72 juta untuk pembinaan infrastruktur seperti rumah, jalan raya, bekalan elektrik dan air di bawah projek ini, manakala peruntukan tahun depan adalah RM48 juta.

      Kalau dua tahun lalu Pitas merupakan daerah termiskin di Sabah, kini ia di tempat ketiga selepas Nabawan dan Kota Belud.  Beliau berkata ketika ini terdapat 1,491 Ketua Isi Rumah Masyarakat Termiskin (KIRMT) berbanding 2,381 KIRMT dua tahun lepas.

      Pitas yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan darat dari Kota Kinabalu, mempunyai 194 kampung dengan jumlah penduduk kira-kira 40,000 orang yang terdiri daripada kaum Sungai, Rungus, Bajau dan Suluk, yang kebanyakannya merupakan petani dan nelayan.

      Rabu, 16 September 2009

      TARIKH YANG PERLU DIHARGAI

      Beberapa tahun yang lalu saya ditegur oleh isteri gara-gara tidak mengingati tarikh pacaran kami yang pertama  Begitu juga ketika memasukkan maklumat dalam susur galur keluarga di rumah abang saya ,sekali lagi saya terkena "tamparan kata" kerana gagal mengingati tarikh perkahwinan.  Ya betapa pentingnya sesuatu tarikh itu kepada kita..

      Setiap kali harijadi anak, kami akan membuat sedikit jamuan samada untuk kami sekeluarga sahaja, bersama saudara terdekat ataupun bersama rakan-rakan. Waktu itu kek akan disediakan dan anak-anak akan didoakan agar terus dekat dengan Tuhan. Oleh kerana  harijadi itu sangat penting bagi mereka, saya tidak boleh melupakanya,  jika terlupa mereka pasti akan marah. Ulang tahun perkahwinan juga biasanya akan diingati. Ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10, kami raikan dengan merakam photo bersama anak-anak di studio. Kalau semasa kahwin kami hanya dua orang dalam photo, namun selepas 10 tahun berlalu kami  ditemani oleh anak-anak.

      Ini semua gambaran betapa pentingnya sesuatu tarikh. Seseorang yang tidak mengetahui tarikh kelahirannya mungkin boleh dianggap  tidak siuman . Jika seseorang  itu berumur 20 tahun, tetapi mengaku umurnya 35 tahun mungkin boleh dianggap separuh tiang alias gila, begitu juga disebaliknya. Mungkin  ada kekecualiaan bagi mereka yang masih "ingusan" ataupun yang sememangnya ada masalah mental. Walaupun golongan ini tidak mengetahui  dan tidak mengingati umurnya ia masih boleh diterima akibat keterbatasan  akalnya. Namun bagi mereka yang cukup dewasa kealpaan terhadap umurnya sukar diterima. Ya.. sesuatu tarikh itu teramat istimewa dan mempunyai makna yang tersendiri .

      Salah satu tarikh yang amat penting ialah 16 September 1963. Ia penting kerana pada tarikh inilah terbentuknya negara Malaysia. Ia bukan sekadar rekaan dan jauh daripada retorik politik semata-mata. Malah  ia tercatat dalam sejarah sebagai bukti bahawa ia berbentuk fakta.  Pembentukan Malaysia pada tarikh ini juga bukan mitos atau sekadar khayalan sahaja tetapi  ia  adalah sah dan sahih.  Justeru sebagai rakyat yang mencintai Malaysia mari kita terus mengingati dan  menghargai tarikh 16 SEPTEMBER 1963. Dan sebagai warga Malaysia jangan sekali-kali kita melupakan TARIKH KERAMAT ini apa lagi tidak mengendahkannya.

      Selamat  Hari Malaysia..Saya mencintaimu Malaysia dan bangga menjadi salah seorang daripada wargamu.

      Sabtu, 12 September 2009

      ISTIMEWANYA SABAH

      Kelmarin (11.09.2009) saya telah menghadiri upacara perkahwinan seorang kawan di gereja St. Francis Xavier Keningau. Perkahwinan ini disempurnakan oleh Bishop Datuk Cornelius Piong. Kami sekeluarga pergi menghadirinya atas nama seorang kawan dan ingin turut bersama meraikannya, bukan apa sesuatu yang baik itu perlu dirai lagipun  perkahwinan yang merupakan satu ikatan kudus yang hanya sekali seumur hidup mereka. Rupa-rupanya pada waktu itu terdapat dua pasangan yang berkahwin serentak. Ini menambahkan kemeriahannya, tetapi yang lebih istimewa ialah kehadiran kawan2 dan saudara-mara pengantin yang beragama lain khususnya dari kalangan yang Islam (saya tidak pasti kalau ada yang budha).

      Ketika melihat, bercerita dan berinteraksi saya dapati bangsa Sabah benar-benar unik, istimewa dan ada kesepaduan.  Semasa duduk dan menikmati acara tersebut, suara hati saya berbicara alangkah baiknya jika keikhlasan, kemurnian dan keterbukaan hati orang Sabah terus terpelihara. Walaupun mungkin kita berbeza dari segi agama, bahasa, dan kaum namun kita adalah saudara dan sahabat .Harapan kita agar persaudaraan dan persahabatan ini tetap utuh walaupun ada anasir2 luar yang cuba memporak-porandakannya.

      Ya..saya benar-benar bersetuju bahawa Sabah ( juga Sarawak) adalah contoh negeri yang kukuh integrasi kaumnya. Seperti yang pernah kawan  saya katakan (teman semasa di Universiti dulu),  saudara maranya sendiri terdiri daripada pelbagai keturunan dan agama,  ada yang beragama Islam, Pagan , Kristian dan ada juga yang berkahwin dengan orang Cina atau India. Pendek kata Sabah sebenarnya sudah lama mempraktikkan  Satu Malaysia dari segi perpaduan..Ya..saya cinta Sabah.

      Jumaat, 11 September 2009

      MABUK, MABUK DAN MABUK LAGI

      Menurut Utusan Pengguna (Sept-Okt 2009), Malaysia merupakan negara kesepuluh  terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia dan ia semakin meningkat setiap tahun. Rakyat Malaysia dikatakan berbelanja lebih daripada RM2 bilion ke atas alkohol dalam bentuk bir dan arak murah(samsu). Mungkin data ini tidak mengambilkira arak buatan tradisi seperti bahar, kinomol, gantangon, lihing, tapai dan sebagainnya. Menurut  akhbar ini lagi meminum alkohol  sehingga mabuk memudaratkan masyarakat kita terutama diri dan kelurga pemabuk.

      Bahaya yang berkaitan dengan mabuk ini sudah lama diketahui.  Antaranya ia berpotensi menjejaskan kesihatan peminum secara peribadi, dikaitkan dengan insiden kemalangan jalan raya, penderaan dan pengabaian kanak-kanak, keganasan rumah tangga, pembunuhan, kemiskinan, tidak hadir bekerja, keruntuhan rumah tangga, produktiviti yang rendah dan seribu satu macam lagi keburukannya.

      Saya masih ingat beberapa kejadian ketika berada di bangku sekolah.  Pernah terjadi semasa musim perayaan pesta menuai, dan terdapat beberapa orang yang mabuk kerana aramaiti. berlaku perselisihan faham suami mabuk memukul isterinya (sungguh memalukan) ending daripada aramaiti ialah si suami menabrak dinding rumah mereka (dibuat daripada bambu).  Setelah sedar dari mabuk, dia membaiki semula rumahnya.., nasib juga rumahnya diperbuat daripada bambu sahaja dan tidak susah untuk membaikinya. Menurut orang-orang kampung kejadian seumpama itu sudah berulang beberapa kali akibat kemabukan tapai yang tidak berkesudahan..

      Kejadian yang kedua ialah pada hari pertama para pelabur dibenar mengeluarkan bonus ASN, ramai pelabur kecil2an dari kampung yang mengeluarkan wang mereka di Pejabat Pos KM. Setelah penat berbaris dan menunggu merekapun  "menabur  wang" mereka dengan membeli minuman keras di kedai  Km....(tak perlu sebut nama kedai berkenaan), beberapa di antara mereka yang terlalu mabuk kepayang tidur bergelimpangan di kaki lima kedai berkenaan..Sungguh menyedihkan dan memalukan apalagi kesemua mereka adalah orang kita (istilah Ampal)...kasihan


      Persoalannya,  setelah berpuluh atau berbelas tahun adakah kejadian seumpama ini masih berlaku?. Masih adakah yang tidur bergelimpangan di kaki lima kedai, tidur di tepi jalan, memukul anak bini, merosakkan rumah sendiri dan menjadikan anaknya gelandangan tidak menentu di kota2 kerana melarikan diri dari seorang bergelar bapa yang pemabuk?..ya..kesannya negatifnya terlalu banyak..mungkin kata aramaiti diganti dengan kata arahmati...kerana "mungkin" kemabukan itu membawa kehancuran bangsa..

      Saya Mencintai Malaysia, Saya Mencintai Sabah dan Saya Mencintai Kota Marudu..

      Isnin, 7 September 2009

      Si Tukang Mimpi Yang Hanya Berangan-angan

      Saya teringat satu cerita yang tentang Mat Jenin. Saya percaya kawan2 pun pernah mendengarnya. Mat Jenin seorang pemuda kampung yang miskin dan hanya bekerja sebagai pengutip buah kelapa namun berangan-angan untuk berkahwin dengan puteri raja yang kononnya sangat cantik. Kemudian diceritakan Mat Jenin ini mula berimaginasi, mungkin "proses interior monolog dan monolog" berlaku dalam jiwanya yang sedang bergelora dengan rindu dendam pada puteri berkenaan. Sebenarnya angan-angan si tukang mimpi ini tidak diketahui oleh orang lain apalagi oleh tuan puteri.

      Ketika Mat Jenin berangan-angan, dia sebenarnya berada di atas pokok kelapa. Diapun membuat perancangan (dalam khayalannya saja) yang cukup tersusun untuk mendapatkan wang bagi tujuan mengawini puteri tersebut.  Rancangannya ialah dia akan memetik banyak buah kelapa kemudian menjualnya,hasil jualan itu akan digunakan untuk membeli ayam yang akan diternaknya., kemudian dia akan menjualnya dan menternak kambing pula.  Selepas itu, kambing-kambing itu akan dijual dan mula menternak lembu.  Selepas lembu bertambah  banyak dia akan menjualnya dan daripada hasil jualan itu dia akan mampu menghawini puteri berkenaan.  ...kemudian mereka berkahwin. Dalam kegembiraan palsu berkenaan dia melepaskan pelukan pada batang pokok kelapa lalu terjatuh dan meninggal dunia., kerana semasa dia berangan-angan dia telah alpa bahawa dia masih berada di atas pokok kelapa berkenaan, masih miskin dan masih pengutip buah kelapa...pendek kata Mat Jenin benar-benar mati dalam kerana khayalannya.

      Moral cerita jenaka berikut ialah angan-angan sahaja tanpa perancangan dan tindakan tidak membawa apa-apa perubahan. Perancangan yang hanya ada dalam fikiran hanya bersifat teori dan tidak berfaedah sebelum ia direalisasikan dalam bentuk tindakan. Impian tanpa perancangan dan tindakan sekadar dianggap angan-angan di siang hari. Walaupun keinginannya hebat (berkahwin dengan puteri raja),tetapi malangnya dia bukanlah seorang pejuang sebenar, kerana hanya berupaya untuk bermain-main dengan imaginasinya tanpa tindakan untuk merealisasikannya. .

      Tapi kalaulah perancangan khayalannya itu diusahakan dalam bentuk nyata, mungkin penghujung  ceritanya berubah. Bukan kematian tetapi kejayaan, bukan kegagalan tetapi kecemerlangan, dia bukan lagi digelar si Tukang Mimpi , tetapi si Penakluk Impian.  Kalaupun mungkin dia masih gagal berkahwin dengan puteri raja, tapi tidak mustahil dia akan menjadi usahawan kaya-raya yang menjadi rebutan gadis-gadis kampung pada zamannya, ataupun menjadi seorang pemimpin muda  yang membantu bangsanya bagaimana merealisasikan sebuah impian. Selamat berimpian dan selamat merealisasikannya melalui tindakan kita.

      Jumaat, 4 September 2009

      NASIHAT ORANG-ORANG TUA

      Nasihat orang-orang  tua biasanya mujarab. Ini kerana mereka dianggap lebih berpengetahuan, berilmu atau sekurang-kurangnya lebih berpengalaman daripada golongan yang lebih muda.  Itulah sebabnya ada ungkapan seperti "lebih dahulu makan garam, lebih dahulu melihat bumi" dan sebagainya. Maksudnya paling tidakpun mereka lebih dahulu berada di bumi ini daripada golongan muda.   Saya percaya kita banyak kali mendengar nasihat daripada mereka.. Di sini saya kongsikan beberapa nasihat yang pernah diberikan oleh orang-orang tua kepada saya untuk tatapan kita semua;

      • Semasa  melaporkan diri untuk bertugas kepada pengetua, beliau telah memberikan nasihat kepada saya agar berhati-hati agar tidak terperangkap dan diperangkapkan oleh tiga perkara iaitu wanita, judi dan arak.  Menurut tuan pengetua berkenaan ramai yang hidup dan keluarganya berantakan kerana pengaruh tiga perkara berkenaan.
      • Semasa saya dikejutkan oleh budaya penyakit rasuah (lama-lama dulu semasa bekerja di salah satu jabatan...), saya telah meminta nasihat daripada seorang pemimpin gereja..nasihatnya ialah jangan sekali-kali menerimanya kerana ia akan mengikat kita hingga kita akan terhutang budi. Akibatnya kita akan terperangkap dan rantaian perbuatan rasuah itu akan berterusan hingga sukar bagi kita untuk melepaskan diri. Nasihat beliau menjadi pegangan saya hingga kini.
      • Dalam satu seminar, seorang pemimpin sebuah organisasi memberi nasihat tentang sikap pekerja dan pengikut yang baik. Selagi kita berada dalam sesebuah organisasi, jangan sesekali memburukkan nama  organisasi kepada orang luar, kerana kita adalah sebahagian daripada organisasi berkenaan. Sebagai pengikut, jangan perkecilkan dan jejaskan nama baik pemimpin kita kerana satu masa nanti kita juga mungkin akan menjadi pemimpin dalam organisasi berkenaan.Biasanya pemimpin melihat ke bawah dalam ruang yang lebih luas,  manakala pekerja/pengikut hanya melihat dalam ruang yang lebih sempit.
      • Semasa pertunangan saudara saya, nasihat daripada orang tua ialah menjaga tertib pertunangan.  Pertunangan tidak bererti sudah boleh hidup seperti suami isteri. Perlu berhati-hati,  kerana walau sekuat mana pendirian untuk menjaga kesucian diri tetapi jika tidak menjaga tertibnya akan kecundang juga.Umpamanya" batang pisang walaupun basah, namun jika dibakar lama kelamaan ia akan hangus juga"(Ini macam peribahasa,  tetapi tiada pula dalam buku..di mana agaknya orang tua mengaji..)
      Setelah saya imbas kembali dan renung-renungkan nasihat orang-orang tua ini ada juga kebenarannya. Mungkin ini disebabkan pandangan dan nasihat mereka adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka seharian.

      Khamis, 3 September 2009

      TITIPAN BUAT BAKAL PEMENANG

      Setiap orang ingin berjaya dalam hidup mereka. Samada sebagai seorang pelajar,  pentadbir,  guru, peniaga, pemimpin dan sebagainya. Walau bagaimanapun untuk berjaya memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Ini kerana untuk mencapai kejayaan kita akan berhadapan dengan kegagalan. 

      Kegagalan sebenarnya merupakan kejayaan yang tertunda. Kejayaan lahir dari kegagalan. Orang-orang berjaya seperti kolonel Sanders (pendiri KFC) tidak takut terhadap kegagalan, kerana setiap kegagalan membawanya menghampiri kejayaan. Orang berjaya tidak hidup dalam kegagalan tetapi mereka akan menguburnya dalam-dalam.

      Di depan setiap harapan pasti ada cabaran. Jika anda hanya melihat pada masalahnya, anda akan kehilangan harapan. Para Pemenang melihat pada apa yang mereka impikan( destinasi), tetapi golongan gagal hanya melihat apa yang mereka alami.  Setiap orang harus berhadapan dengan banyak hal, tetapi mampu mengatasinya merupakan perbezaan antara mereka yang mencapai keunggulan dengan mereka yang berkubang dalam kegagalan.
        Hal terburuk dalam hidup ini bukanlah kegagalan itu, tetapi keputusasaan apabila berhadapan dengan kegagalan berkenaan. Para juara, bukanlah orang yang tidak pernah mengalami kegagalan, melainkan orang yang tidak pernah menyerah pada kegagalan. Jadi bertahanlah dan berusaha sehingga anda menang.

        Rabu, 2 September 2009

        RENUNG-RENUNGKAN....DAN FIKIR-FIKIRKAN

        Setiap kali kempen pilihan raya kita dipertontonkan oleh "perbuatan mulia" calon.  Calon sanggup duduk bersimpuh di lantai usang para warga emas yang daif, calon memeluk kanak-kanak istimewa, calon meredah lumpur dan selut untuk sampai di rumah para balu yang melarat, dan bermacam-macam perbuatan baik mereka. Semua perbuatan baik ini dirakam yang kemudiannya akan dijadikan berita utama dalam media massa.  Bahkan semasa bantuan dihulurkan, "tukang gambar" berebut-rebut untuk mengambil gambar pada posisi yang paling mengujakan. Kadang2, kita berfikir adakah ia benar2 ikhlas atau dibuat-buat sahaja?, tetapi apabila ia terlalu dipublisitikan semacam ia lebih melucukan dan membuatkan para khalayak yang pandai berfikir merasa muak...yakkk..                                                
        Persoalannya adakah amalan mulia dan "sepatutnya" ini seperti  melawat dan memberi bantuan kepada yang kurang bernasib baik tetapi berhak untuk mendapatkannya akan berterusan selepas pilihan raya...Ramai "bekas calon" yang tidak mengamalkan amalan2 mulia ini selepas pilihanraya...

        Sebagai warga biasa, kita mengharapkan agar amalan ini benar-benar ikhlas dan bukan sekadar wayang kulit sahaja. Saya ada seorang bekas murid yang setiap minggu menderma makanan dan barang keperluan di salah satu rumah kebajikan di Likas (rumah orang cacat),  tetapi tidak pernah mewar-warkannya..,ada juga yang memberi derma yang agak banyak kepada rumah-rumah ibadat tetapi meminta agar nama mereka dirahsiakan. Selain itu, ada kawan saya (bukan Islam, guru ja) yang setiap hari raya akan memberi angpau kepada tukang sapu dan pengawal keselamatan sekolah (tentunya mka beragama Islam) tetapi orang lain tidak tahu.  Apabila direnung....mungkin golongan ini lebih ikhlas sumbangannya..kepada orang yang memerlukan..

        Ahad, 30 Ogos 2009

        SELAMAT HARIJADI BUAT ISTERI TERSAYANG

        Isteriku,selamat menyambut harijadimu yang ke- 38 tahun pada 30 ogos ini. Sebagai seorang suami saya bangga kerana kita telah berjaya mengemudikan rumah tangga kita selama ini. Kau telah berjaya mengharungi semuanya malah berjaya menjadi pendamping dan penolong saya serta ibu kepada anak-anak yang manis. Kau jadi pelengkap terhadap kekurangan saya dalam banyak keadaan.
        Benarlah kata-kata yang berbunyi "rumah dibina dari batu dan bata tetapi rumah tangga dibina dari 2 hati yang menjadi satu".Anda tetap menjadi kebanggaan saya dengan anak-anak. Walaupun mungkin saya tidak sempurna tetapi yang pasti saya mencintaimu dan mengasihimu dengan sepenuh hati. Sebenarnya tiada seorangpun manusia di alam iniyang benar-benar sempurna, juga tidak ada seorangpun yang tiada cacat celanya, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti memahami, mengasihi dan mencintaimu.
        Itulah sebabnya saya berani menyatakan; isteriku, saya mencintaimu dan mengasihimu. Sungguh kasih itu menutupi banyak kelemahan. Ikatan cinta sebagai suami isteri telah dimeteraikan semasa ikrar perkahwinan kita, "walaupun dalam keadaan susah dan senang, kaya atau miskin serta sakit dan sihat saya akan tetap bersamamu kerana kita sudah menjadi satu darah dan satu daging". Jika ada kekurangan, Tuhanlah yang akan mencukupinya.
        Sekali lagi, selamat harijadi. Tuhan memberkati dan mengasihimu serta memagari dan menyelimutimu dengan kasihNya yang begitu besar. Selamat harijadi..selamat harijadi..

        Khamis, 27 Ogos 2009

        SEKADAR RENUNGAN


        Hanya tinggal empat hari saja lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan. Malaysia yang kita sayangi dan cintai akan mencapai umur 52 tahun, kira satu tahap umur yang dianggap sudah matang dan mantap. Sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah, pastinya semua rakyatnya berbangga bernegarakan Malaysia yang bukan sahaja aman, makmur tetapi juga kaya dengan sumber kekayaan yang mungkin tidak dimiliki oleh sesetengah negara lain.
        Namun setiap kali kita menyambut hari keramat ini saya terfikir-fikir adakah kemakmuran dan keamanan ini akan kekal buat selama-lamanya. Keadaan ini perlu kita renungkan, lantaran laporan-laporan yang dimomokkan oleh media massa. Misalnya;
        • .Banyaknya laporan akhbar tentang penangkapan mereka yang guna maykad orang lain.Terdapat juga laporan yang PTI beli dokumen pengenalan diri dari mereka yang tidak bertanggungjawab..
        • .Kelantangan beberapa NGO, termasuk beberapa pemimpin parti pembangkang serta parti pemerintah tentang kewujudan dan bahaya kebanjiran PTI seolah-olah masalah ini benar-benar wujud. Malah mereka juga seolah-olah mengesahkan mungkin berlakunya keciciran atau ketirisan sikap amanah rakyat Malaysia sehingga ada yang mendapat dokumen kerakyatan seperti maykad dan sijil kelahiran tulin. Ini sangat membahayakan kerana melibatkan keselamatan negara untuk jangka panjang.
        Kita mengharapkan ini hanya khabar-khabar angin sahaja, sebab jika ia benar-benar berlaku ia menjadi satu bencana yang lebih menggerikan daripada Tsunami atau Greg, kerana ia akan menghancurkan serta melumpuhkan bangsa dan negara secara jangka panjang. Malah ia akan merugikan negara kerana mampu mengubah lanskap sosial, ekonomi dan politik negara buat selama-lamanya. Mungkin ada yang untung untuk jangka pendek tetapi jangkapanjangnya semua akan rugi, apa yang ada mungkin sekadar catatan sejarah ataupun pertunjukan kebudayaan semata-mata. Selamat hari merdeka untuk seluruh warga malaysia tercinta.

        Khamis, 30 Julai 2009

        HARGAILAH APA YANG ANDA MILIKI

        Sudah hampir genap ke-100 hari ayah yang kami sayangi telah meninggalkan kami. Pastinya kami tidak akan dapat menemuinya lagi di alam ini(kecuali di sorga nanti). Walaupun demikian kenangan dan ingatan kami terhadapnya sentiasa kekal. Saya akui saya merasa kehilangannya, kenanagan lalu kadangkala bermain diingatan saya ketika hidup bersama misalnya ketika bersama pergi menoreh getah,ke sawah padi bersama, berborak ketika bersama, menjaganya semasa di hospital dan pelbagai perkara lain. Kenangan ini membuatkan saya teringat kata-kata yang berbunyi hargailah apa dan siapapun yang ada dalam hidup kita atau apa yang kita miliki selagi ada kesempatan ataupun peluang kerana mungkin bukan selama-lamanya kita akan bersama dengan mereka. Isteri, ibubapa, anak-anak, keluarga, kesihatan dan sebagainya merupakan sesuatu yang kita perlu hargai. Jika tidak, ia mugkin akan tercicir,terpinggir ataupun kita mungkin akan kehilangannya. Tuhan, sebagai insan beri saya kekuatan untuk dapat terus mengasihi dan mencintai ibu, isteri, anak, keluarga, kesihatan, jiwa saya dan terlebih mengasihi sesama kami juga.Amin

        Khamis, 16 April 2009

        ANAKKU, ISTERIKU KALIAN ISTIMEWA DALAM HIDUPKU

        Sepanjang minggu ini saya mendapat banyak pengalaman yang menarik, saya menjadi bapa dan sekaligus bertindak sebagai ibu kepada putera dan puteri yang masih setahun jagung. Ini kerana isteri sedang berkursus bersama pengetua-pengetua lain di negeri Sarawak.Ketiadaannya memaksa saya melayani karenah anak-anak yang pelbagai. Menangis, berkelahi, gembira,ingin perhatian, manja, merindui mama mereka, komplen terhadap rakan-rakan di sekolah dan sebagainya. Kadang2 menyakitkan hati dan menjelekkan lantaran saya perlukan kesabaran. Syukurlah isteri hanya seminggu berada di luar.Walaupun demikian, mereka adalah permata hatiku yang tidak ada bandingan nilainya. Mereka istimewa,comel,handsome,cantik dan saya sangat menghargai pemberian Tuhan ini.

        Anak-anak ku, saya mencintai kalian dan berbangga memiliki kalian.Dalam pada itu selama seminggu menjadi ibu sementara saya dapati tugas seorang ibu berkerjaya untuk mendidik anak-anak sangat mencabar.Bukan mudah dan memerlukan pengorbanan besar. Justeru itu saya tabik pada isteri saya kerana mampu menjaga serta mendidik anak-anak kami. Saya tabik juga pada para isteri2 yang berusaha mendidik anak-anak di rumah tanpa memikirkan penat lelah.

        Mari, wahai lelaki kita hargai usaha yang para isteri kita lakukan. Mereka ada hati dan perasaan bukan untuk disakiti atau dimusuhi tetapi disayangi dan dihargai.Tanpa mereka amat sukar bagi kita untuk mengurus anak-anak kita.Isteriku kau adalah jantung hatiku. Walaupun banyak wanita di muka bumi ini, namun kaulah yang terbaik antara yang terbaik.Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkannya kepada saya.

        Sabtu, 11 April 2009

        Naik pangkat..Tahniah

        Selamat bertemu, sudah lama saya tidak menemui rakan-rakan dalam blog ini. Ini disebabkan oleh kesibukan tugas dan kuliah yang menjadi keutamaan saya, baru-baru ini ramai di kalangan guru yang merasa lega kerana mendapat surat kenaikan pangkat. Ada yang menjadi penolong kanan, ketua bidang, guru cemerlang ataupun menjadi pengetua. Apapun grednya, samada DG44 ataupun DG48 ini merupakan pengiktirafan yang ditunggu-tunggu. Sebagai rakan seperjuangan saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah pada mereka yang terlibat.

        Bagi mereka teruskan perjuangan mendidik anak-anak agar tercapai visi memanusiakan insan, manakala mereka yang rezekinya belum sampai jangan putus asa sebab akan tiba masanya giliran cikgu-cikgu. Berkaitan dengan kenaikan pangkat ini ada banyak andaian. Andaian yang bersifat negatif ini kadangkala menjadi buah mulut di kalangan pendidik. Tetapi sebagai pendidik kita harus berfikiran positif dan belajar untuk berprasangka baik. Saya  memyakini  tawaran kenaikan pangkat yang melibatkan penempatan itu lebih disebabkan oleh faktor  prestasi kerja.

        Saya percaya mitos negatif tentang kenaikan pangkat tidak semestinya betul. Seorang pegawai pelajaran daerah yang baru (PPD yang termuda gred DG52) ada memberikan tips/nasihat kepada kami iaitu kesungguhan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di sekolah, lulus peperiksaan PTK dan merebut peluang dengan cara memohon kenaikan pangkat juga amat penting dilakukan oleh para pendidik. Justeru, sebagai pendidik beragama saya percaya ketekunan dan dedikasi para pendidik dalam tugasan seharian akan mendapat imbalanNya  pada masa yang ditetapkanNya kerana  Dia mampu melihat jerih payah cikgu-cikgu. Sudah pastinya, Dia akan membalas usaha cikgu-cikgu dengan sebaik-baiknya. Mari kita bertugas dengan penuh dedikasi.

        Selamat bertugas buat guru-guru yang dedikasi

        PRINSIP KEHIDUPAN BERDASARKAN UCAPAN YBHG DATUK NORMAH GAGOH.

        Salam, selamat berjumpa semula, ini catatan lama iaitu kira2 sembilan tahun yang lalu namun masih berbentuk draf, saya mengambil peluang  u...