Beberapa tahun yang lalu saya ditegur oleh isteri gara-gara tidak mengingati tarikh pacaran kami yang pertama Begitu juga ketika memasukkan maklumat dalam susur galur keluarga di rumah abang saya ,sekali lagi saya terkena "tamparan kata" kerana gagal mengingati tarikh perkahwinan. Ya betapa pentingnya sesuatu tarikh itu kepada kita..
Setiap kali harijadi anak, kami akan membuat sedikit jamuan samada untuk kami sekeluarga sahaja, bersama saudara terdekat ataupun bersama rakan-rakan. Waktu itu kek akan disediakan dan anak-anak akan didoakan agar terus dekat dengan Tuhan. Oleh kerana harijadi itu sangat penting bagi mereka, saya tidak boleh melupakanya, jika terlupa mereka pasti akan marah. Ulang tahun perkahwinan juga biasanya akan diingati. Ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10, kami raikan dengan merakam photo bersama anak-anak di studio. Kalau semasa kahwin kami hanya dua orang dalam photo, namun selepas 10 tahun berlalu kami ditemani oleh anak-anak.
Ini semua gambaran betapa pentingnya sesuatu tarikh. Seseorang yang tidak mengetahui tarikh kelahirannya mungkin boleh dianggap tidak siuman . Jika seseorang itu berumur 20 tahun, tetapi mengaku umurnya 35 tahun mungkin boleh dianggap separuh tiang alias gila, begitu juga disebaliknya. Mungkin ada kekecualiaan bagi mereka yang masih "ingusan" ataupun yang sememangnya ada masalah mental. Walaupun golongan ini tidak mengetahui dan tidak mengingati umurnya ia masih boleh diterima akibat keterbatasan akalnya. Namun bagi mereka yang cukup dewasa kealpaan terhadap umurnya sukar diterima. Ya.. sesuatu tarikh itu teramat istimewa dan mempunyai makna yang tersendiri .
Salah satu tarikh yang amat penting ialah 16 September 1963. Ia penting kerana pada tarikh inilah terbentuknya negara Malaysia. Ia bukan sekadar rekaan dan jauh daripada retorik politik semata-mata. Malah ia tercatat dalam sejarah sebagai bukti bahawa ia berbentuk fakta. Pembentukan Malaysia pada tarikh ini juga bukan mitos atau sekadar khayalan sahaja tetapi ia adalah sah dan sahih. Justeru sebagai rakyat yang mencintai Malaysia mari kita terus mengingati dan menghargai tarikh 16 SEPTEMBER 1963. Dan sebagai warga Malaysia jangan sekali-kali kita melupakan TARIKH KERAMAT ini apa lagi tidak mengendahkannya.
Selamat Hari Malaysia..Saya mencintaimu Malaysia dan bangga menjadi salah seorang daripada wargamu.
3 ulasan:
patut la dulu-dulu(hingga sekarang) masa sekolah, subjek sejarah (negara) TIDAK pun menyentuh tentang 16 Sept 1963(or 'Pembentukan' Negara Malaysia). Memang "dorang" takut org Sabah/Sarawak mengetahui ttg(isi kandungan perjanjian) sejarah Pembentukan Malaysia..
setuju, mari kita sebarkan kepada generasi yang berikutnya tentang tarikh keramat ini...
Tarikh keramat??..16 Sept 1963!!
Catat Ulasan