Dalam satu laporan akhbar bertarikh 27 september 2009, dinyatakan Indeks Persepsi Rasuah di Malaysia sekali lagi merudum, pada tahun 2007 indeks persepsi rasuah negara pada kedudukan ke-43, manakala 2008 ia jatuh lagi ke tangga 47. Singapura adalah antara tiga negara di dunia yang paling bersih dari gejala rasuah. Menurut akhbar ini juga negara kerugian kira-kira RM10 bilion? setahun akibat perbuatan rasuah. Kita bayangkan jika RM10 bilion itu digunakan untuk membantu rakyat. Nah.. bagaimana kita dapat membantu mengurangkan gejala buruk ini;
- Jika anda seorang ulamak, imam, padri, pastor, sami atau apa sahaja gelaran anda, ajarlah bahawa rasuah itu "dosa", war-warkanlah kepada umat manusia memberi makan pada anak-anak atau orang tua hasil rasuah akan menyebabkan "kutuk" akibat rasuah turut terpalit pada keluarganya. Jika anda berpeluang menyampaikan ajaran agama di masjid,surau, gereja, kuil dan sebagainya, selitkanlah bahawa rasuah itu "musuh negara".
- Jika anda seorang pendidik, ajarlah murid-murid tentang bahaya "najis rasuah". Jikapun anda bukan guru agama, sivik, pendidkan moral, tetapi bukankah pendidikan nilai murni itu merentasi kurikulum dan kokurikulum?. Salah satu elemen terpenting dalam nilai murni ialah membenci dan jijik terhadap perbuatan rasuah.
- Jika anda seorang ibu atau bapa ataupun bakal ibubapa tanamkanlah cara berurusan dan berurusniaga yang bersih, sihat serta mengikut hukum agama dan negara pada anak-anak. Anak-anak harus diajar perbuatan memberi dan menerima rasuah "sama sahaja takarannya". Implikasi buruk perbuatan rasuah pada negara, keluarga dan diri sendiri perlulah diterapkan pada anak-anak. Ia harus dilakukan sejak anak-anak itu masih kecil agar apabila dewasa, sikap jujur, ikhlas dan benci rasuah jadi amalan mereka
- Jika anda seorang kakitangan kerajaan atau swasta, laksanakan tugas dengan penuh integriti berasaskan "Bersih, Cekap dan Amanah". Bukan dengan omong-omong sahaja tetapi secara praktik. Jangan jadikan kata2 saya benci rasuah atau rasuah musuh negara hanya sebagai slogan penghias dinding pejabat tetapi hiasilah jiwa anda dengan kata2 ini dan lafazkan melalui perbuatan. Ya jangan terima pemberian yang bukan hak anda. Walaupun manusia tidak melihatnya tetapi Dia mampu melihatnya walaupun di tempat tersembunyi.
- Jika anda politikus atau tokoh terkenal atau bakal politikus jadilah seorang yang bersih, berpegang pada agama yang membenci rasuah. Jangan sekadar pada musim perayaan sahaja anda kelihatan "alim bak malaikat", tetapi biarlah seumur hidup. Tuhan telah berikan kedudukan yang tinggi pada anda untuk berkhidmat kepada rakyat juga mewakiliNya membantu rakyat. Jadilah idola yang terbaik kepada anak-anak muda dengan cara kerja yang berintegriti, transperan, bersih dan amanah .
- Jika anda cintakan negara, mari kita tanamkan sikap bermusuh dengan perbuatan rasuah. Elakkan terlibat samada memberi atau menerimanya kerana hukumnya tetap salah.Jika anda tercari-cari seorang idola atau " role model",jadikan mereka yang tulus, jujur, bersih, bersemangat tinggi yang berjaya dalam hidupnya dengan cara baik dan tidak terlibat dalam memberi atau menerima suapan sebagai idola. Jangan sekadar " kabur mata dan buta hati " menjadikan orang-orang jutawan yang kita tahu mendapatkan kekayaanya dengan penuh penipuan serta bergelumang dengan rasuah sebagai idola anda.
Teman2 saya bukan mengajar sekadar berkongsi tentang bahaya perbuatan makan suap terhadap diri, keluarga, bangsa dan negara kita. Mari kita mulakan kebencian terhadapnya, bukan esok tetapi hari ini, bukan oleh orang lain tetapi kita. Mari kita sama-sama "belajar"hidup dan beragama tanpa rasuah sebagai amalan.
.
6 ulasan:
sy amat bersetuju dgn cadangan pengurangan gejala rasuah ini. kempen kesedaran sedari kecil dan penekanan dlm nilai2 keagamaan bhw busuknya rasuah merupakan langkah yg praktikal lagi berkesan.
teruskan tuan!
Tapi kadang-kadang ada juga org yang cukup solatnya dan agak islamic, menerima rasuah...yelah duit ni kalau banyak, memang mudah kelabu mata...pendek kata memang kene kuat iman dan cekalkan hati. Yelah cuba bayangkan kita ditempat mereka, bagaimana agaknya cara kita menangkis dugaan ini...tapi mudah-mudahan kita dikuatkan hati utk menghadapi dugaan sebegini.
Selamat berkenalan dan silalah ke blog....
thks Umar dan Mila, kerana menyinggah di blog ini..
Saya setuju dengan Umar bahawa didikan agamalah antara senjata paling ampuh untuk menyedarkan insan tentang "terkutuknya" perbuatan rasuah.
Sdri mila, mungkin ada tetapi hanya sebahagian kecil sahaja. Kerana jika kita benar2 amalkan ajaran agama mungkin kita dapat mengelakkan diri daripa amalan songsang ini.
Ya jika kita diperhadapkan cabaran rasuah dipersekitaran kita perkara paling penting ialah, jangan!, jangan! dan jangan! lakukannya. Mohon Dia beri kekuatan..
artikel yang baik dan boleh dijadikan panduan..teruskan guru
as, itulah bah salah satu tujuan artikel agar dapat dijadikan panduan..thks as
Sudah terlalu lama budaya rasuah merasuah ini berlarutan di negara kita. Bukan pula semakin pulih tetapi semakin parah.
Masalahnya terlalau ramai yang berkompromi. Badan yang dipertanggungjawab untuk menangani rasuah juga sendiri terlibat dengan rasuah. Ini kerana kerajaan juga mengamalkan rasuah.
Apakah dengan bertukarnya pemerintah akan dapat memperbaiki keadaan? Kita tidak akan tahu jika tidak cuba. Kita fikirkan bersama.
Catat Ulasan