Sabtu, 12 September 2009

ISTIMEWANYA SABAH

Kelmarin (11.09.2009) saya telah menghadiri upacara perkahwinan seorang kawan di gereja St. Francis Xavier Keningau. Perkahwinan ini disempurnakan oleh Bishop Datuk Cornelius Piong. Kami sekeluarga pergi menghadirinya atas nama seorang kawan dan ingin turut bersama meraikannya, bukan apa sesuatu yang baik itu perlu dirai lagipun  perkahwinan yang merupakan satu ikatan kudus yang hanya sekali seumur hidup mereka. Rupa-rupanya pada waktu itu terdapat dua pasangan yang berkahwin serentak. Ini menambahkan kemeriahannya, tetapi yang lebih istimewa ialah kehadiran kawan2 dan saudara-mara pengantin yang beragama lain khususnya dari kalangan yang Islam (saya tidak pasti kalau ada yang budha).

Ketika melihat, bercerita dan berinteraksi saya dapati bangsa Sabah benar-benar unik, istimewa dan ada kesepaduan.  Semasa duduk dan menikmati acara tersebut, suara hati saya berbicara alangkah baiknya jika keikhlasan, kemurnian dan keterbukaan hati orang Sabah terus terpelihara. Walaupun mungkin kita berbeza dari segi agama, bahasa, dan kaum namun kita adalah saudara dan sahabat .Harapan kita agar persaudaraan dan persahabatan ini tetap utuh walaupun ada anasir2 luar yang cuba memporak-porandakannya.

Ya..saya benar-benar bersetuju bahawa Sabah ( juga Sarawak) adalah contoh negeri yang kukuh integrasi kaumnya. Seperti yang pernah kawan  saya katakan (teman semasa di Universiti dulu),  saudara maranya sendiri terdiri daripada pelbagai keturunan dan agama,  ada yang beragama Islam, Pagan , Kristian dan ada juga yang berkahwin dengan orang Cina atau India. Pendek kata Sabah sebenarnya sudah lama mempraktikkan  Satu Malaysia dari segi perpaduan..Ya..saya cinta Sabah.

4 ulasan:

eric92 berkata...

sama2 kita berharap dan berdoa agar keamanan dan perpaduan kaum terus berkekalan khasnya di negeri sabah dan malaysia amnya.

Gaaman berkata...

setuju, sabah/sarawak telah lama mengamalkan konsep 'perpaduan' ini. Tahap kefahaman/sensitiviti trhdp kepercayaan lainpun tinggi..

anak sungai berkata...

..patut west malaysian perlu belajar dari Sabah dan Sarawak

MINDAGURU berkata...

Syarat utama perpaduan itu ialah saling menghormati tanpa prejudis... thks sdr eric, gaaman dan anak sungai kerana menjenguk di blog ini.

PRINSIP KEHIDUPAN BERDASARKAN UCAPAN YBHG DATUK NORMAH GAGOH.

Salam, selamat berjumpa semula, ini catatan lama iaitu kira2 sembilan tahun yang lalu namun masih berbentuk draf, saya mengambil peluang  u...