Apabila kita membenci dan berdendam pada seseorang dengan apa alasan sekalipun, bererti kita telah memberikan kebenaran dan kekuatan kepadanya untuk menghancurkan hidup kita. Ini kerana kebencian dan dendam akan menghancurkan tidur kita, nafsu makan kita, kesihatan kita serta kebahagian kita. Mungkin orang berkenaan akan menari dengan gembira apabila mengetahui mereka berjaya telah membuatkan kita bimbang, marah, kacau, benci dan sebagainya. Apa yang pasti kebencian dan dendam kita tidak akan melukakan hati mereka, sebaliknya kebencian dan dendam kita telah menutup sama sekali kebahagian yang kita miliki selama ini, malah ia mengubah suasana siang dan malam kita menjadi seperti neraka di dunia.
Mengikut majalah Life.."ciri utama orang yang mempunyai tekanan darah tinggi ialah suka menyimpan dendam dan kebencian. Apabila dendam dan kebencian itu berlarutan, akan mengakibatkan tekanan darah juga meningkat dan kemudian diikuti oleh sakit jantung". Rasa benci dan dendam terhadap orang lain membuat kita tidak dapat menikmati hidup ini, bahkan makanan pun kita tidak dapat rasakan kelazatannya. Ia juga akan merosakkan kemesraan hubungan kita dengan keluarga serta pasangan hidup kita.
Memang amat sukar untuk melupakan apa yang telah dilakukan oleh orang lain terhadap kita. Walau bagaimanapun jika kita tidak dapat mencintai seseorang kerana ia telah menyakitkan kita, paling tidak kita harus mencintai diri kita sendiri. Mari kita cintai diri kita semaksimum mungkin, sehingga orang tidak boleh merosakkan kebahagian, kesihatan dan kehidupan kita. Shakespeare pernah mengatakan; "jangan menyalakan api untuk membakar musuh kita sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus oleh kerananya".
Sebenarnya, tidak ada orang yang boleh menggangu kehidupan bahagia kita, kecuali kalau kita membenarkannya. Daripada menyimpan benci lebih baik kita mengasihi mereka, daripada memupuk dendam lebih baik kita memberi kefahaman, simpati, pertolongan, pengampunan serta doa untuk mereka. Ya.. mari kita belajar melakukannya. Janganlah kita mensia-siakan waktu satu minit pun untuk memikirkan orang yang tidak kita senangi, kerana perasaan benci dan dendam itu tidak akan menambah walau seminit pun hayat kita.
5 ulasan:
sangat betul saudara. :)
mengasihi lebih baik drp membenci...mengubati lebih baik drp melukai...apa yg kita tabur, itulah yg kita akan tuai balik.
thnks ison, Mimie..apabila kita berharap dan bergantung sepenuhnya kepada Dia kita mampu melakukannya..
Good posting! Salam kenal juga yah!
Sangat bagus utk ingatan kita semua..Kita seringkali "terlepas pandang" bahawa 'kebencian dan balas dendam' sebenarnya merupakan pembunuh utama(secara senyap) kepada manusia!
Catat Ulasan