Sabtu, 26 September 2009

PENGARUH RUMAH TANGGA TERHADAP ANAK-ANAK

Seorang tokoh Islam yang tersohor iaitu, Sheikh Al-Azhar pernah menyatakan 70 %  daripada kecemerlangan pelajar dipengaruhi oleh faktor rumah tangga,  Peter Mortimore pula berpendapat 60% kejayaan anak-anak/pelajar disebabkan oleh sokongan keluarga. Dalam Hadith juga ada menyebut "anak ibarat kain putih". Kenyataan-kenyataan  ini dipersetujui oleh M.Addler melalui tulisannya  Ten Philosophical Mistakes yang menjelaskan "insan pada asasnya mempunyai nature (tabiat) yang sesuai, yang membezakan kemudiannya adalah lantaran adanya kelainan dalam nurture (asuhan). Pendapat tokoh ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ibubapa dalam  kemenjadian anak-anak, remaja ataupun pelajar-pelajar.

Kejayaan ataupun kegagalan sesebuah rumah tangga membentuk anak-anak yang baik dan sesuai dengan nilai-nilai agama bergantung kepada corak bagaimana keluarga itu diurus oleh sang ayah dan juga sang ibunya. Dalam aspek mengurus rumah tangga, beberapa tokoh pendidikan  mengkategorikannya kepada tiga cara iaitu;
  • Jenis Menternak (Proses Penternakan)
Rumah tangga jenis ini ialah ibubapa yang memberikan terlalu banyak kebebasan pada anak-anak tanpa  kawalan. Ini bermakna anak-anak dibiarkan terlalu banyak hiburan . Anak-anak bebas melakukan apa sahaja,  bak seperti hewan yang melepaskan anak-anaknya berkeliaran mencari haluan masing-masing. Anak-anak juga mungkin dibiar melakukan apa sahaja walaupun dalam rumah sendiri. Tidak hairanlah perkataan seperti kau babi, kau monyet dan sebagainya sering juga terkeluar dari mulut ibubapa jenis ini. Apa yang penting bagi ibubapa ini ialah kepuasan (pandai beranak sahaja) dan kebebasan sendiri, anak-anak dilahirkan dan membesar tapi didikan agama dan nilai-nilai murni diabaikan.

  •  Jenis  Pembongsaian (Proses Pembongsaian)
Rumah tangga jenis ini berkecenderungan membantut kebolehan dan potensi anak-anak. Ibubapa jenis ini terlalu negatif, penakut dan pesimistik terhadap kehidupan.  Mereka banyak menggunakan perkataan yang bersifat tidak membina keterampilan dan perwatakan positif anak-anak. Penggunaan istilah-istilah dan perkataan seperti jangan buat bikin malu, kau bodoh, jangan tanya, kau tidak pandai, kau malas, kau tiada guna, menyesal akau beranak engkau dan pelbagai kata-kata negatif dan hinaan lain akan mematahkan semangat anak-anak. Akibatnya bakat dan potensi mereka tercantas oleh kesilapan  ibubapa mereka sendiri. Anak-anak atau remaja yang berhadapan dengan ini hanya memendamkan keinginan, hasrat dan kemampuan positif mereka yang akhirnya melahirkan produk insan yang serba tidak tahu  atau tidak peduli dengan keadaan persekitarannya.

  •  Jenis Proses Mendidik (Proses Memanusiakan)
Rumah tangga jenis ini merupakan rumah tangga idaman setiap anak-anak. Ia boleh dianggap sebagai rumah tangga yang berteraskan kasih sayang, saling memahami dan menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang perlu dikasihi, disayangi dan dididik serta dibentuk. Anak-anak dianggap insan yang sentiasa memerlukan bimbingan dan didikan agar boleh menjadi insan seimbang. Anak-anak dalam keluarga ini diajar nilai-nilai baik, murni, moral, adab, agama dan sebagainya. Ibubapa dalam kategori ini juga menggunakan perkataan-perkataan yang positif dan merangsang potensi anak-anak mereka. Mereka bukan sahaja dibelai malah kata-kata pujian, galakan dan teguran  bertempat juga diberikan oleh ibubapa.

Ini gambaran tentang betapa besarnya tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak. Bukan sekadar melahirkannya, kemudian membesar malah perlu mendidik mereka menjadi manusia. Dalam rumah tanggalah titik permulaan kepada pembentukan cara hidup anak-anak apabila berada di luar sana. Jadi mari kita sama-sama praktikkan langkah ketiga daripada tujuh tabiat ibubapa cemerlang yang dikemukakan oleh Stephen R. Covey iaitu "Put First Thing First"..atau  "berikan keutamaan kepada yang terutama - keluarga".

(Ini berdasarkan pembentangan penulis dalam satu Seminar Pendidikan yang diadakan di Keningau) .

8 ulasan:

MONOKROM berkata...

It's a good posting!
Betapa pentingnya pendidikan keluarga yang diinisiasi oleh orang tua terutaman sang ibu, sehingga akan selalu mempengaruhi perkemaban pendidikan anak selanjutnya dan di kemudian kelak.

Keberhasilan anak dalam meraih masa depan yang cermerlang memang tergantung dari keberhasilan pendidikan yang bermula dari keluarga atau home education.

Dengan semakin majunya kehidupan saat ini, juga semakin kuatnya dorongan konsumerisme, yang semakin membawa orang-tua (ibu) turut sibuk menggunakan waktunya untuk mencari nafkah tambahan atau sekedar beraktivitas melawan kejenuhan tingal di rumah, justeru menjadi tantangan pendidikan dasar dari keluarga dewasa ini.

Semoga ada jalan keluar trnasformatif yang bisa meringankan dampak negatif dari persoalan tersebut.

Salam kenal Pak!

MINDAGURU berkata...

tq.. sdri krna mampir di blog ini, saya setuju dengan pendapat sdri dalam dunia global sekarang para ibubapa diperhadapkan dengan banyak cabaran dan pilihan. Jadi tanggungjawab ibubapa ialah membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan anak-anak..Ia berikan keutamaan kepada yang terpenting sekali..

nol-pitu berkata...

Saya sangat sepakat dengan gagasan Babak juga comment Mbak Pelangi Anak...kedua orang-tua harus lebih berbagi waktu dan ilmu dengan anak-anaknya sejak dini, sehingga muncul generasi yang bahagia di rumah dan di luar rumah, yang pada akhirnya akan membantunya lebih berhasil.

MINDAGURU berkata...

Mas nol-pitu, tq kerana mengunjungi blog ini saya menghargainya. Anak-anak adalah harta terpenting dan termulia bagi para ibubapa..

Gaaman berkata...

Bagus cikgu!, kemahiran dan pengetahuan ttg kaedah mendidik anak-anak ini perlu dikongsikan dengan ibubapa. Masalah yang dihadapi oleh ibubapa sebenarnya adalah 'kedaifan' dari segi pengetahuan ttg tatacara/kaedah mendidik anak-anak.

JMimie berkata...

artikel yg informatif dan amat berguna utk mengingatkn para ibubpa akan tanggungjawab berat tapi sbnarnya 'enjoyable' jika tanggungjawab itu dihayati dgn penuh kesyukuran...

'nature vs nurture'...sya perna tulis artikel tajuk ni di SAM tapi dr sudut pendekatan yg berbeza...:D

anak sungai berkata...

baik dan perlu dihayati oleh semua...teruskan guru

MINDAGURU berkata...

Sdr gaaman,sebenarnya tatacara atau pengetahuan itu boleh didapati dalam buku, perkongsian dengan orang lain serta melalui pemerhatian kita. Tetapi yang terpenting bukan sekadar pengetahuan berkenaan tetapi mengamalkannya.

sdri Mimie, saya setuju menjadi seorang ayah atau ibu merupakan suatu
amanah dan memiliki anak menjadi satu kebahagian besar.. nanti saya baca artikel itu.
Tks anak sungai menyinggah di blog ini.

PRINSIP KEHIDUPAN BERDASARKAN UCAPAN YBHG DATUK NORMAH GAGOH.

Salam, selamat berjumpa semula, ini catatan lama iaitu kira2 sembilan tahun yang lalu namun masih berbentuk draf, saya mengambil peluang  u...