Related Posts with Thumbnails

http://jiwapendidik.blogspot.com

Foto Saya
sabah, Malaysia
Semua tulisan dalam blog ini merupakan hasil pemerhatian, pembacaan ataupun mungkin pengalaman penulis. Ia bersifat umum dan tidak bersikap prejudis terhadap mana-mana pihak. Ia juga tidak bermaksud menyentuh sensitiviti kaum, agama, budaya, politik dan hak orang lain. Diharap tulisan yang sederhana ini menjadi pendorong positif kepada mereka yang membacanya. Jika ada mana-mana pihak yang terluka perasaannya, harap dimaafkan, kerana ia tidak disengajakan.

SAYA BANGGA MENJADI PENDIDIK

Terima kasih kerana berkunjung di blog ini, diharap tuan2 dan puan2 dapat memberi input dalam bentuk komen atau cadangan yang membina terhadap semua entri yang anda telah baca..untuk percambahan minda..

ANAK GAGAL DALAM PEPERIKSAAN:BAGAIMANA IBUBAPA MENGHADAPINYA

>> Ahad, 3 Januari 2010

Bahagian Pertama..

Baru-baru ini keputusan UPSR dan peperiksaan PMR telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kepada para ibubapa yang anak-anaknya lulus cemerlang, saya mengucapkan tahniah dan syabas.  Namun buat mereka yang anak-anaknya kurang bernasib baik saya harap anda tidak terlalu kecewa, kerana kegagalan lalu tidak bererti mereka gagal untuk peperiksaan yang akan datang sebaliknya mari teruskan tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada para guru atas inisiatif kalian mendidik anak murid sepanjang tahun 2009.Tidak dapat dinafikan bahawa kegagalan turut mengecewakan banyak pihak termasuklah pelajar terbabit, ibubapa dan juga para guru.Namun sebagai ibubapa, kita sepatutnya tidak membiarkan diri kita terus dikuasai kekecewaan dan kemarahan akibat anak-anak yang gagal. Perbuatan ini dianggap tidak bertanggungjawab dan tidak adil buat anak-anak kerana ia hanya akan menambahkan beban keputusasaan mereka dan seterusnya menghasilkan kesan negatif pada mereka.

PUNCA KEGAGALAN ANAK-ANAK
Sebagai ibubapa apabila anak-anak kita mengalami kegagalan, maka wajar bagi kita untuk melakukan refleksi dan penelitian yang mendalam untuk mencari akarnya.Sebenarnya terdapat banyak alasan mengapa seseorang anak itu gagal dalam peperiksaan. Walau bagaimanapun dalam perkongsian ini saya hanya menyentuh tiga faktor sahaja yang ada hubungkait dengan rumah tangga..

1.   Komunikasi antara orang tua yang tidak harmonis.
Komunikasi hambar antara orang tua akan menggangu emosi anak-anak.Misalnya apabila sikap saling menghargai dan menghormati antara orang tua tidak ada akan menyebabkan bahang kemarahan, kebencian serta kekecewaan pula yang akan memenuhi ruang keluarga. Anak-anak mendambakan rumah yang aman, damai dan penuh sejahtera dan bukan tempat yang menggerikan, mengaibkan, menyedihkan dan mengecewakan dimana sering berlaku pertengkaran dan saling menyalahkan berlaku. Rumah tangga seperti ini tidak membantu kecemerlangan malah akan membantut potensi yang ada pada anak-anak kecil. Ia bukan sahaja menyebabkan persekitaran pendidikan yang tidak sihat bagi anak-anak malah ia sungguh melukakan emosi mereka. Jika rumah tangga seperti ini didiami oleh anak2, maka adalah tidak adil bagi para ibu bapa untuk menyalahkan anak-anak atau orang lain terhadap kegagalan mereka.

2.   Ibu bapa yang tidak memberikan teladan.
Orang tua kadangkala tidak menjdi teladan yang baik pada anak-anaknya terutama dalam soal belajar (dan membaca). Mungkin kesibukan bekerja membuatkan orang tua tidak lagi ada ruang untuk membaca dan memperlihatkannya pada anak-anak. Lebih malang lagi apabila ibubapa tidak mengambil peduli terhadap apa yang sedang dibaca atau dipelajari oleh anak-anak mereka semasa berada di rumah.Akibatnya anak-anak yang masih "setahun jagung" mendapati tiada orang tua yang boleh dijadikan contoh atau idola mereka dalam bab belajar. Dalam pada itu, ibu bapa juga wajar mencari kelebihan atau kekuatan anak-anak mereka  dan mengilapnya agar potensi dalam subjek berkenaan berkembang. Harus juga disedari bahawa orang dewasa pun tidak  mampu menguasai semua perkara dalam hidup mereka, apalagi anak-anak.

3.   Ibu bapa hanya menjadikan wang sebagai orientasi hidup dan tujuan akhir mereka.
Misalnya ada ibubapa yang mendorong anak-anak mereka belajar supaya mendapat keputusan cemerlang, berjaya menyambung pelajaran, mendapat pekerjaan yang baik dan seterusnya menghasilkan wang untuk ibu bapa. Akibatnya jika anak mereka gagal guru-guru akan dipersalahkan dan anak itu akan di "kambing hitamkan". Mereka akan dibandingkan dengan abang-abang dan kakak-kakak mereka yang hebat malah juga dengan orang lain. Situasi ini sungguh menyedihkan. Ibu bapa menjadikan anak-anak sebagai satu modal dalam perniagaan bukan sahaja untuk mendapat wang pada masa akan datang tetapi juga penhargaan dan pujian dari orang lain. Kasih sayang dan tanggungjawab sebagai orang tua bukan keutamaan buat mereka. Wang sememangnya amat penting dalam pendidikan anak..oleh itu kita juga perlu mendorong anak-anak terutamanya jika mereka sudah mampu berfikir untuk menyedarkan bahawa orang tua sudah mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk pendidikan mereka (anak-anak yang berumur 12 tahun ke atas). Tetapi asas yang menjadi keutamaan ialah membangun sikap positif anak-anak terhadap pelajaran dan kehidupan. Ibu bapa tidak seharusnya menjadikan wang itu sebagai tanda kasih sayang mereka pada anak-anak, kerana wang itu sendiri tidak dapat membeli kasih sayang yang sebenar.

Bersambung pada keluaran akan datang...

Salam.




        
        
        
      



4 ulasan:

Sue Dibah 5 Januari 2010 11:36 PTG  

hello cigu
sya sbg seorg guru tua tapi bujang, bolehkah menasihati ibubapa anak murid sebab apa yang cigu katakan itu agak benar. sya percaya ibubapalah yang banyak menagadunkan anak2 mrk tatapi d sekolah saya ibubapa banyak merosakan dan memanjakan anak2 mereka.

Sue Dibah

MindaGuru 6 Januari 2010 7:00 PTG  

Cikgu, terima kasih krna prihatin terhadap murid..Sebenarnya ada banyak cara kita dapat membantu ibubapa memahami situasi ini..secara peribadi saya berpendapat kalau ada peluang kita boleh berikan "nasihat" bubapa tapi perlu dalam suasana mesra dan bijaksana.
Selain itu kita boleh cadangkan agar PIBG atau Unit kaunseling boleh mengadakan ceramah keibubapaan atau aktiviti yang bersesuaian.

Salam dan selamat mendidik.

bapa pelajar 31 Januari 2010 12:56 PTG  

Posting yang baik..boleh dijadikan panduan bagi kami ibubapa

MindaGuru 31 Januari 2010 8:14 PTG  

terimakasih saudara..itulah harapan kita..

MUTIARA KATA

"GOD IS LOVE, GOD IS MERCIFUL, GOD IS FORGIVING, GOD LOVES YOU, WE LOVE YOU "

About This Blog

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP