Khamis, 3 September 2009

TITIPAN BUAT BAKAL PEMENANG

Setiap orang ingin berjaya dalam hidup mereka. Samada sebagai seorang pelajar,  pentadbir,  guru, peniaga, pemimpin dan sebagainya. Walau bagaimanapun untuk berjaya memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Ini kerana untuk mencapai kejayaan kita akan berhadapan dengan kegagalan. 

Kegagalan sebenarnya merupakan kejayaan yang tertunda. Kejayaan lahir dari kegagalan. Orang-orang berjaya seperti kolonel Sanders (pendiri KFC) tidak takut terhadap kegagalan, kerana setiap kegagalan membawanya menghampiri kejayaan. Orang berjaya tidak hidup dalam kegagalan tetapi mereka akan menguburnya dalam-dalam.

Di depan setiap harapan pasti ada cabaran. Jika anda hanya melihat pada masalahnya, anda akan kehilangan harapan. Para Pemenang melihat pada apa yang mereka impikan( destinasi), tetapi golongan gagal hanya melihat apa yang mereka alami.  Setiap orang harus berhadapan dengan banyak hal, tetapi mampu mengatasinya merupakan perbezaan antara mereka yang mencapai keunggulan dengan mereka yang berkubang dalam kegagalan.
    Hal terburuk dalam hidup ini bukanlah kegagalan itu, tetapi keputusasaan apabila berhadapan dengan kegagalan berkenaan. Para juara, bukanlah orang yang tidak pernah mengalami kegagalan, melainkan orang yang tidak pernah menyerah pada kegagalan. Jadi bertahanlah dan berusaha sehingga anda menang.

    7 ulasan:

    JR Omega berkata...

    Wow..dah cantik blog tuan ni!..Ngam la tu, teruskan mencoret agar bakat yg terpendam tu dikeluarkan. Kongsi-kongsi la pengalaman mengajar di seberang lautan.

    jiwapendidik berkata...

    akan sampai masanya saya kongsi pengalaman tentang itu..sabar dulu..

    jiwapendidik berkata...

    terimakasih tuan atas pujian..baru mau belajar bah..tompinai yang jadi sifu saya..

    IsOn berkata...

    Terus berjuang jiwapendidik...

    jiwapendidik berkata...

    ya..tq dr. kerana banyak memberi dorongan melalui blogmu..

    Unknown berkata...

    syabas friend..banyak info mudah dibaca...

    MINDAGURU berkata...

    Thks Jmsry krn menyinggah di blog ini..

    PRINSIP KEHIDUPAN BERDASARKAN UCAPAN YBHG DATUK NORMAH GAGOH.

    Salam, selamat berjumpa semula, ini catatan lama iaitu kira2 sembilan tahun yang lalu namun masih berbentuk draf, saya mengambil peluang  u...