Isnin, 1 Februari 2010

NASIHAT DARIPADA SEORANG TOKOH PENDIDIK...

Seminar Integriti Perkhidmatan Pendidikan yang telah diadakan pada 28.01.2010 di Kota Kinabalu telah   memberikan banyak maklumat yang boleh dijadikan panduan bagi para pendidik agar mengamalkan integriti dalam perkhidmatan.Penulis bukanlah mewakili pihak penganjur seminar tetapi hanya sekadar ingin berkongsi dengan para pembaca tentang beberapa teras perkhidmatan yang pada anggapan penulis amat penting untuk direnung bersama. Oleh yang demikian posting ini tidak akan menghurai satu persatu isi kandungan ceramah, tetapi sekadar memaparkan ilmu yang telah menyentuh sanubari keguruan dalam diri penulis.  

Salah seorang penceramah seminar ini ialah Datuk Mary Yap, seorang tokoh pendidik, mantan pengetua dan seorang konsultan di Institiut Aminuddin Baki.Menurut beliau dalam satu kajian yang telah dibuat oleh Intan pada tahun 2005 berkaitan dengan sikap para pemohon pekerjaan mendapati, "lebih 40% daripada mereka sanggup menerima rasuah jika ada peluang". Dapatan ini sungguh mengejut dan mengecewakan, ini menggambarkan betapa buruknya nilai yang ada pada sesetengah masyarakat di negara kita. Oleh yang demikian semua pihak terutamanya golongan pendidik haruslah berusaha untuk memupuk sifat integriti, nilai agama dan  moral yang mantap untuk dijadikan pegangan hidup, bukan sahaja untuk dirinya sebagai penjawat awam tetapi harus juga disebarkan pada anak didik. Dalam pada itu, para pegawai perkhdimatan pendidikan  termasuklah guru-guru perlu mempraktikkan nilai integriti dengan berpandukan pada etika perkhidmatan yang ada. Pada akhir seminar tokoh pendidik ini telah menitipkan dua prinsip yang amat penting kepada para peserta seminar, prinsip berkenaan ialah; 
  • Pertama: Jangan ambil rasuah, elakkan dan jauhi rasuah. Sebagai penjawat awam termasuk pegawai dalam perkhidmatan pendidikan, apabila kita mula terlibat dalam rasuah maka kita sudah mula terikat atau diikat oleh seseorang. Akibatnya salahguna kewangan itu akan berterusan dan amat sukar untuk menyembunyikannya. Ini juga akan menggangu prestasi kerja mereka.Malah akan membawa seribu satu macam keburukan kepada organisasi. Mereka  yang terlibat dengan perbuatan rasuah ini sentiasa dikejar mimpi ngeri , diburu rasa takut, gelisah dan cemas perbuatan mereka dikesan oleh pihak yang berwajib. 
  • Kedua: Jangan terlibat dalam perhubungan yang tidak sihat atau jangan mengkhianati pasangan hidup anda.Perbuatan terlibat dalam hubungan yang tidak sihat ataupun hubungan sulit merupakan gambaran ketidakjujuran seseorang. Jika anda seorang lelaki yang sudah beristeri, wajar jujur dan mengelakkan diri daripada terlibat dengan hubungan sumbang  dengan wanita lain.Begitu juga jika anda adalah seorang  wanita yang bersuami,seharusnya anda perlu elakkan daripada berselingkuh dengan lelaki lain. Ini kerana apabila kita mengkhianati pasangan hidup kita bererti kita telah kehilangan nilai kejujuran, ketulusan dan kesetiaan dalam hidup kita. Dan apabila nilai-nilai asas ini luput dalam diri seorang pegawai perkhidmatan pendidikan maka  implikasinya terhadap profesion pendidikan dan perguruan juga amat buruk. 
Nasihat daripada tokoh pendidik ini amat sesuai berdasarkan situasi dan cabaran yang dihadapi oleh   dunia pendidikan pada ketika ini.Menurut beliau seseorang itu mungkin boleh menyembunyikan perbuatan rasuah  atau pengkhianatan terhadap pasangan hidupnya untuk sementara waktu tetapi bukan untuk selama-lamanya. Atau walaupun kita berjaya menyembunyikannya di hadapan manusia, tetapi kita tidak mungkin dapat menyembunyikannya daripada Tuhan kita.

Salam

6 ulasan:

MONOKROM berkata...

PETUAH-PETUAH YANG HARUS KITA IKUTI DAN INDAHKAN, AGAR KITA MENJADI PRIBADI YANG LEBIH BAIK...

SELAMA INI SEBENARNYA KITA SELALU DISUGUHI DENGAN BANYAK CONTOH BAIK DAN BURUK, DIMANA DAN KAPANPUN, DAN KITA SUDAH SEPATUTNYA UNTUK MEMILIH YANG TERBAIK UNTUK KITA, YANG SESUAI DENGAN KARAKTER KITA, YANG PALING PENTING BISA MENJADI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA, SYUKUR-SYUKUR BISA JAUH LEBIK DARI MEREKA YANG DIANGGAP BAIK, TENTUSAJA AKAN SULIT, KARENA ITU PETUAH DAN KEARIFAN YANG DIBERIKAN ORANG LAIN MENJADI PETUNJUK YANG SANGAT PENTING...

JMimie berkata...

Sangat setuju dgn artikel ini. Secara jujur, sya perhatikan semakin ramai warga pendidik skrg yg terlalu mudah mencurangi ikatan suci perkahwinan kerana terjebak dlm affair dgn lelaki/prempuan luar...sungguh amat memalukan profesion perguruan. Mungkin bagus jga klu punca2 dan cara mengatasinya dpt dikongsikan oleh tuan MG...amat bermanfaat utk direnungkan oleh setiap suami/isteri. TQ

Note:Harap2 tuan Tom dapat publish artikel ini di SAM :)

MINDAGURU berkata...

Thks..Pelangi anak dan Jmimie,pendapat dan ulsan kalian sungguh bernas..kita tidak sempurna tetapi mari kita menjadi lebih baik dari kelmari.
Ikatan perkahwinan adalah sungguh suci, mari kita hargainya dan sayangi pasangan kita dan jangan kita bohongi anak-anak kita.

Salaam

anon berkata...

Posting berkesan..Para pemimpin guru, pemimpin mana2 jabatan atau organisasi juga harus mengelakkan diri daripada dua perbuatan yang tidak baik. tahniah guru.

MINDAGURU berkata...

tq anon..saya bersetuju dengan pendapatmu masalah rasuah dan affair ini berlaku di mana2 sahaja. Senua pihak wajar membenaskan diri daripada belenggunya..

salam

anon berkata...

mari mengamalkan integriti sebab akan meningkatkan nilai dan reputasi..

PRINSIP KEHIDUPAN BERDASARKAN UCAPAN YBHG DATUK NORMAH GAGOH.

Salam, selamat berjumpa semula, ini catatan lama iaitu kira2 sembilan tahun yang lalu namun masih berbentuk draf, saya mengambil peluang  u...