Sudah hampir genap ke-100 hari ayah yang kami sayangi telah meninggalkan kami. Pastinya kami tidak akan dapat menemuinya lagi di alam ini(kecuali di sorga nanti). Walaupun demikian kenangan dan ingatan kami terhadapnya sentiasa kekal. Saya akui saya merasa kehilangannya, kenanagan lalu kadangkala bermain diingatan saya ketika hidup bersama misalnya ketika bersama pergi menoreh getah,ke sawah padi bersama, berborak ketika bersama, menjaganya semasa di hospital dan pelbagai perkara lain. Kenangan ini membuatkan saya teringat kata-kata yang berbunyi hargailah apa dan siapapun yang ada dalam hidup kita atau apa yang kita miliki selagi ada kesempatan ataupun peluang kerana mungkin bukan selama-lamanya kita akan bersama dengan mereka. Isteri, ibubapa, anak-anak, keluarga, kesihatan dan sebagainya merupakan sesuatu yang kita perlu hargai. Jika tidak, ia mugkin akan tercicir,terpinggir ataupun kita mungkin akan kehilangannya. Tuhan, sebagai insan beri saya kekuatan untuk dapat terus mengasihi dan mencintai ibu, isteri, anak, keluarga, kesihatan, jiwa saya dan terlebih mengasihi sesama kami juga.Amin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PRINSIP KEHIDUPAN BERDASARKAN UCAPAN YBHG DATUK NORMAH GAGOH.
Salam, selamat berjumpa semula, ini catatan lama iaitu kira2 sembilan tahun yang lalu namun masih berbentuk draf, saya mengambil peluang u...
-
Sabah should have a dream to build an economic empire respected by all, say world renowned Blue Ocean Strategy guru, Professor W Chan Kim. ...
-
Salam dan selamat menjalani ibadah puasa kepada keluaraga saya yang beragama Islam, rakan-rakan dan juga semua pembaca yang beragama Islam....
-
Bahagian Pertama.. Baru-baru ini keputusan UPSR dan peperiksaan PMR telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kepada para ibuba...
4 ulasan:
Memang sukar utk memahami kehidupan ini. Apapun kita umatNya harus takluk kepada kehendakNya. Mungkin kita kesali masa lalu kerana merasa 'terlalu kurang perhatian' yg diberikan kepada yg telah 'pergi'. Namun tebuslah itu dgn memberi perhatian, penghargaan dan mengasihi(tanpa syarat) kepada yg masih hidup(spt ibu,isteri, anak2 dan saudara mara).Tuhan memberkati sdr dan keluarga.
Salam merdeka. Harapan kita .Kita Bebas mengasihi orang yang kita perlu hargai. Dunia ini perlu dijaga agar dapat memberi sesuatu yang terbaik untuk hidup ...yang singkat ini. tq
memang menyedihkan apabila mengenang kembali orang tersayang yang telah dipanggil Tuhan......namun kita harus teruskan kehidupan ini dengan tabah dan mempercayai Tuhan sentiasa....
Bro..Robert, benar hidup kitarang yang kita sayangipun amat singkat..mari kita hargai masa yang diberikan kepada kita untuk mengasihi ..Eric Tuhan itu sentiasa di samping kita.
Catat Ulasan