Hanya tinggal empat hari saja lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan. Malaysia yang kita sayangi dan cintai akan mencapai umur 52 tahun, kira satu tahap umur yang dianggap sudah matang dan mantap. Sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah, pastinya semua rakyatnya berbangga bernegarakan Malaysia yang bukan sahaja aman, makmur tetapi juga kaya dengan sumber kekayaan yang mungkin tidak dimiliki oleh sesetengah negara lain.
Namun setiap kali kita menyambut hari keramat ini saya terfikir-fikir adakah kemakmuran dan keamanan ini akan kekal buat selama-lamanya. Keadaan ini perlu kita renungkan, lantaran laporan-laporan yang dimomokkan oleh media massa. Misalnya;
Namun setiap kali kita menyambut hari keramat ini saya terfikir-fikir adakah kemakmuran dan keamanan ini akan kekal buat selama-lamanya. Keadaan ini perlu kita renungkan, lantaran laporan-laporan yang dimomokkan oleh media massa. Misalnya;
- .Banyaknya laporan akhbar tentang penangkapan mereka yang guna maykad orang lain.Terdapat juga laporan yang PTI beli dokumen pengenalan diri dari mereka yang tidak bertanggungjawab..
- .Kelantangan beberapa NGO, termasuk beberapa pemimpin parti pembangkang serta parti pemerintah tentang kewujudan dan bahaya kebanjiran PTI seolah-olah masalah ini benar-benar wujud. Malah mereka juga seolah-olah mengesahkan mungkin berlakunya keciciran atau ketirisan sikap amanah rakyat Malaysia sehingga ada yang mendapat dokumen kerakyatan seperti maykad dan sijil kelahiran tulin. Ini sangat membahayakan kerana melibatkan keselamatan negara untuk jangka panjang.
4 ulasan:
memang kita bertuah hidup di negara Malaysia yang mana suasananya aman damai berbanding dengan negara-negara lain.....namun begitu,tarikh dan tempoh masa kemerdekaan negara ini yang dilaung-laungkan sentiasa di seluruh Malaysia iaitu 31/08/1957 dan 52 tahun adalah tidak adil kerana tarikh ini merupakan tarikh dan tempoh masa kemerdekaan bagi Semenanjung Tanah Malaysia sahaja dan bukannya Sabah/Sarawak yang mempunyai tarikh dan tempoh masa kemerdekaan yang berlainan iaitu 16/09/1963 dan bakal mencapai 46 tahun.....
..orang kampung macam saya masih tebal semangat patriotiknya, biasanya orang pangkat tinggi lebih pentingkan wang ringgit..., buktinya masih banyak PTI di sabah berkeliaran di sabah..
satu cetusan idea yg bernas..terusan menulis dan pasti bro akn mendapat kepuasannya. Idea2 yg bernas boleh dikongsi bersama di SAM.( Suara Anak Marudu) http://marudubloggers.blogspot.com
baru mau belajar menulis melalui blog, bezapula rasanya menulis karangan SPM dengan blog..apapun terimakasih kerana mendorong saya Tompinai.
Catat Ulasan