Teguran, komen, kritikan atau aduan seringkali dilabel sebagai sesuatu yang negatif. Walau bagaimanapun kita harus mengubah paradigma pemikiran kita dengan menganggapnya sebagai perkara positif. Teguran, kritikan, komen atau aduan harus dianggap sebagai satu hadiah yang amat bernilai. Ia dianggap positif kerana memberi peluang kepada perubahan dan seterusnya membaiki kelemahan serta kekurangan seseorang atau sesebuah organisasi.. Pentingnya teguran ini dapat dijelaskan dengan kata-kata khalifah Abu Bakar ketika mula-mula memegang pimpinan Islam waktu itu. Antaranya dia katakan "ikutlah aku jika aku benar, namun jika salah tegurlah aku." Justeru itu kita harus melihat teguran itu sebagai satu tamadun dan bukan ancaman.
Dalam budaya masyarakat melayu lama, sesuatu teguran itu ditunggu-tunggu dan ia sepatutnya terus menjadi budaya kita. Ini dapat dibuktikan melalui peribahasa - peribahasa yang ada. Misalnya, "Buah Cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong betulkan". Pada pendapat saya, peribahasa ini mempunyai konotasi yang jelas iaitu sikap rendah hati seseorang yang "ada kedudukan" kerana menggangap dirinya "budak baru belajar" dan konotasi yang lain adalah kesediaan untuk ditegur dan pastinya juga kesediaan untuk membaiki kelemahannya.
Dalam memberi teguran, aduan dan komen ia haruslah dari A (penegur) kepada B (penerima teguran), ia tidak perlu menyinggah pada C. Ini kerana kalau teguran yang sepatutnya kepada B tetapi hanya disampaikan kepada C dan bukan kepada B maka kemungkinan teguran itu tidak diterima oleh B. Keadaan seperti ini lebih bersifat gosip alias fitnah, dan akibatnya perubahan dan pembaikan yang diharap tidak akan berlaku. Justeru teguran dan kritikan perlu diterima sebagai satu budaya untuk kebaikan bersama. Walau bagaimanapun teguran, komen dan kritikan yang baik juga perlu disusuli dengan pandangan dan cadangan yang membina.
Tetapi memberi kritikan , teguran dan komen memerlukan keberaniaan. Disamping itu kedua belah pihak mestilah bersedia. Sebab jika tidak, bukan perubahan dan pembaikan yang berlaku tetapi kemungkinan juga penegur dianggap musuh yang akhirnya memudaratkannya..Ada juga orang yang telah dijadikan kambing hitam kerana tegurannya, disebabkan penerima teguran itu belum bersedia menerima teguran..
(Artikel ini didasarkan pada rancangan Persepektif Awani pada 11/10/2009)
7 ulasan:
Pendek kata, penegur/pengomen/pengkritik dan orang yang menerima teguran/komen/kritikan haruslah bijak untuk menempatkan, mengetengahkan, dan mengendalikan teguran/komen/ktitikan.
Saya sentiasa suka pernyataan ini, "seperti besi mengasah besi, demikianlah orang mengasah sesama sendiri." :)
Benar memang, masukan baik itu berupa apresiasi positif maupun negatif (kritik) merupakan kebutuhan/hak/kewajiban bagi kedua belah pihak, dan apapun bunyi dan nadanya harus disampaikan/direspon dengan cara yang baik dan membangun, sehingga menghasilkan masukan yang tramsformatif untuk kebaikan bersama.
Terima kasih pd. Ison dan PA atas komen kalian.
Sebenarnya apabila komen dan teguran itu ditangapi dengan penuh hikmat maka barulah ia akan mebawa kebaikan, pembaikan dan perubahan yang menguntungkan sipenerima kritikan.
salam..
ehmmmm
bagi saya nih,
kritikan itu dapat membangun ke arah yg lebih maju ketimbang sebelum2nya..
hehehe
semangattt
Betul e2 MDS...Itu baru Tazkirah yg saya inginkan....Kalau MGS rajin Menulis apa2 juga Permasaalahan Pengundi/Rakyat d P.168 Kota Marudu silakan layari ke Blog saya: http://suararakyatp.168kotamarudu.blogspot.com. TQ MGS
Mgs..kedua-dua pihak perlu ambil peranan agar sipengkritik dan sipenerima kritik mendapat manfaatnya..
Yanuar, suara rakyat, as, thks menyinggah diblog ini..berkaitan dengan kritikan saya pernah terbaca satu petikan yang berbunyi "orang tidak akan menyepak anjing yang sudah mati"..so, apabila kita dikritik maksudnya kita masih hidup dan ada orang yang yang memberikan perhatian kepada kita..
salam..
Catat Ulasan