Raya Aidilfitri hari ke-8 merupakan hari yang bermakna bagi saya. Pada hari berkenaan saya telah bertemu kembali dengan bekas cikgu dan guru besar yang pernah mengajar saya kira-kira 34 tahun yang lalu. Ya.. suatu jangka masa yang begitu lama, waktu itu saya baru berada di darjah 3. Lawatan ke rumah bekas guru besar kami sempena hari raya adilfitri ini kami telah rancang (saya dan abang saya) sejak beberapa hari yang lalu.
Kerana lawatan ini saya dengan "paksarela" membatalkan dua jemputan lain iaitu jemputan menghadiri perjumpaan keluarga besar kami di Kota belud dan jemputan hari jadi anak seorang kawan (untuk tidak menghampa kawan, isteri saya dan anak bongsu saya yang menghadirinya). Ya.. saya terpaksa membuat pilihan..(Kadang-kadang kita diperhadapkan dengan pilihan2 yang memerlukan kebijaksanaan) dan pada perkiraan saya melawat bekas guru yang tidak pernah saya temui sejak 34 tahun yang lalu merupakan pilihan yang terpenting.
Saya mengingati guru tersebut kerana ia banyak membantu saya (abang saya juga banyak dibantunya). Saya masih ingat pada waktu itu ( sekitar tahun 1975), kami dihantar oleh bapa kami untuk bersekolah di Kota Belud dan tinggal di rumah datuk dan nenek kami. Oleh kerana kami berjauhan daripada ibubapa, maka adakalanya rumah guru besar itulah tempat kami selalu bertandang.Kebaikan yang mereka curahkan pada saya mampu mengubat kerinduan pada ibubapa di kampung. Ada ketikanya saya diminta oleh isteri guru besar membantunya berjualan kuih dan mee goreng.
Sebagai budak ingusan yang baru berumur kira-kira 8 atau 9 tahun ini cukup mengembirakan saya.
Ada empat sebab kenapa saya gembira dan bangga membantunya; Pertama kerana dia guru besar kedua, saya gembira ada orang yang mempedulikan saya (ibu bapa saya tidak tinggal bersama kami), ketiga kerana saya dapat membantu guru besar saya dan keempat kerana dia akan memberi saya upah dalam bentuk wang ataupun mee/kiuh percuma. Mereka juga selalu membawa kami ( dengan abang saya) makan di rumah mereka (malah mereka pernah membelikan abang saya pakaian sekolah).
Selepas 34 tahun tidak bersua, memang pertemuan itu sesuatu yang mengharu dan menggembirakan kami. Isterinya juga kelihatan menitiskan air mata. Tapi saya percaya, itu adalah air mata kegembiraan dari seorang yang pernah membantu kami dan melihat anak kecil yang telah dibantunya sekarang sudah berkerjaya
( ..kearah kejayaan) Terima kasih cikgu, kerana berperanan sebagai ibu dan bapa kami, terima kasih kerana mendidik kami, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk membantu cikgu dan terima kasih atas semua pemberian cikgu..kerana cikgulah maka kami berjaya ...
( ..kearah kejayaan) Terima kasih cikgu, kerana berperanan sebagai ibu dan bapa kami, terima kasih kerana mendidik kami, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk membantu cikgu dan terima kasih atas semua pemberian cikgu..kerana cikgulah maka kami berjaya ...
Kalau bukan didikan cikgu, "mungkin" kami tidak "menjadi manusia" seperti sekarang...
3 ulasan:
Cikgu bertuah krna punya Gurubesar yg prihatin. Bekas gurubesar cikgu pula amat bertuah krna mempunyai bekas pelajar yg msh mengingati(dgn kata lain 'mengenang budi')..
Saya punya ramai guru yang saya sangat hargai di sepanjang perjalanan persekolahan saya. salah satu daripadanya yang telah mencetuskan kesedaran dalam diri saya, saya muatkan dalam buku yang saya tulis, 'Kerut di Wajah Ayah'.
Saya bukan penulis yang hebat, tetapi apa saja kesaksian hidup yang saya sampaikan dalam buku tersebut, semoga bakal memberkati semua pembaca, khususnya anak2 muda untuk berjuang bersungguh2 dalam persekolahan.
gaaman, memang benar kedua2nya ada peranan masing-masing.
Doc,kalau buku tuan sudah siap..pastikan ada satu untuk saya..tg
Catat Ulasan