Selamat bertemu, sudah lama saya tidak menemui rakan-rakan dalam blog ini. Ini disebabkan oleh kesibukan tugas dan kuliah yang menjadi keutamaan saya, baru-baru ini ramai di kalangan guru yang merasa lega kerana mendapat surat kenaikan pangkat. Ada yang menjadi penolong kanan, ketua bidang, guru cemerlang ataupun menjadi pengetua. Apapun grednya, samada DG44 ataupun DG48 ini merupakan pengiktirafan yang ditunggu-tunggu. Sebagai rakan seperjuangan saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah pada mereka yang terlibat.
Bagi mereka teruskan perjuangan mendidik anak-anak agar tercapai visi memanusiakan insan, manakala mereka yang rezekinya belum sampai jangan putus asa sebab akan tiba masanya giliran cikgu-cikgu. Berkaitan dengan kenaikan pangkat ini ada banyak andaian. Andaian yang bersifat negatif ini kadangkala menjadi buah mulut di kalangan pendidik. Tetapi sebagai pendidik kita harus berfikiran positif dan belajar untuk berprasangka baik. Saya memyakini tawaran kenaikan pangkat yang melibatkan penempatan itu lebih disebabkan oleh faktor prestasi kerja.
Saya percaya mitos negatif tentang kenaikan pangkat tidak semestinya betul. Seorang pegawai pelajaran daerah yang baru (PPD yang termuda gred DG52) ada memberikan tips/nasihat kepada kami iaitu kesungguhan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di sekolah, lulus peperiksaan PTK dan merebut peluang dengan cara memohon kenaikan pangkat juga amat penting dilakukan oleh para pendidik. Justeru, sebagai pendidik beragama saya percaya ketekunan dan dedikasi para pendidik dalam tugasan seharian akan mendapat imbalanNya pada masa yang ditetapkanNya kerana Dia mampu melihat jerih payah cikgu-cikgu. Sudah pastinya, Dia akan membalas usaha cikgu-cikgu dengan sebaik-baiknya. Mari kita bertugas dengan penuh dedikasi.
Selamat bertugas buat guru-guru yang dedikasi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan