Jumaat, 11 September 2009

MABUK, MABUK DAN MABUK LAGI

Menurut Utusan Pengguna (Sept-Okt 2009), Malaysia merupakan negara kesepuluh  terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia dan ia semakin meningkat setiap tahun. Rakyat Malaysia dikatakan berbelanja lebih daripada RM2 bilion ke atas alkohol dalam bentuk bir dan arak murah(samsu). Mungkin data ini tidak mengambilkira arak buatan tradisi seperti bahar, kinomol, gantangon, lihing, tapai dan sebagainnya. Menurut  akhbar ini lagi meminum alkohol  sehingga mabuk memudaratkan masyarakat kita terutama diri dan kelurga pemabuk.

Bahaya yang berkaitan dengan mabuk ini sudah lama diketahui.  Antaranya ia berpotensi menjejaskan kesihatan peminum secara peribadi, dikaitkan dengan insiden kemalangan jalan raya, penderaan dan pengabaian kanak-kanak, keganasan rumah tangga, pembunuhan, kemiskinan, tidak hadir bekerja, keruntuhan rumah tangga, produktiviti yang rendah dan seribu satu macam lagi keburukannya.

Saya masih ingat beberapa kejadian ketika berada di bangku sekolah.  Pernah terjadi semasa musim perayaan pesta menuai, dan terdapat beberapa orang yang mabuk kerana aramaiti. berlaku perselisihan faham suami mabuk memukul isterinya (sungguh memalukan) ending daripada aramaiti ialah si suami menabrak dinding rumah mereka (dibuat daripada bambu).  Setelah sedar dari mabuk, dia membaiki semula rumahnya.., nasib juga rumahnya diperbuat daripada bambu sahaja dan tidak susah untuk membaikinya. Menurut orang-orang kampung kejadian seumpama itu sudah berulang beberapa kali akibat kemabukan tapai yang tidak berkesudahan..

Kejadian yang kedua ialah pada hari pertama para pelabur dibenar mengeluarkan bonus ASN, ramai pelabur kecil2an dari kampung yang mengeluarkan wang mereka di Pejabat Pos KM. Setelah penat berbaris dan menunggu merekapun  "menabur  wang" mereka dengan membeli minuman keras di kedai  Km....(tak perlu sebut nama kedai berkenaan), beberapa di antara mereka yang terlalu mabuk kepayang tidur bergelimpangan di kaki lima kedai berkenaan..Sungguh menyedihkan dan memalukan apalagi kesemua mereka adalah orang kita (istilah Ampal)...kasihan


Persoalannya,  setelah berpuluh atau berbelas tahun adakah kejadian seumpama ini masih berlaku?. Masih adakah yang tidur bergelimpangan di kaki lima kedai, tidur di tepi jalan, memukul anak bini, merosakkan rumah sendiri dan menjadikan anaknya gelandangan tidak menentu di kota2 kerana melarikan diri dari seorang bergelar bapa yang pemabuk?..ya..kesannya negatifnya terlalu banyak..mungkin kata aramaiti diganti dengan kata arahmati...kerana "mungkin" kemabukan itu membawa kehancuran bangsa..

Saya Mencintai Malaysia, Saya Mencintai Sabah dan Saya Mencintai Kota Marudu..

3 ulasan:

IsOn berkata...

Banar ino aman. Saya juga sudah beberapa kali menyentuh tentang tabiat minum arak dan mabuk ni di dalam blog Kimaragang Wagu. Harap2 dengan paparan2 seperti ini akan terus menyedarkan orang2 kita agar tidak terus menjadi hamba kepada arak.

Gaaman berkata...

mabuk-mabukan bukan la budaya "orang kita"

MINDAGURU berkata...

Saya setuju gaaman, mabuk2 bukan budaya baik. Dr.. ini antara kenangan masa kecik2 dulu. Ia timbul semula apabila terbaca tulisan2 berbentuk nostalgik..apapun tq dr.

PRINSIP KEHIDUPAN BERDASARKAN UCAPAN YBHG DATUK NORMAH GAGOH.

Salam, selamat berjumpa semula, ini catatan lama iaitu kira2 sembilan tahun yang lalu namun masih berbentuk draf, saya mengambil peluang  u...