Sambungan
Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah
Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009,
memberi atau menawarkan rasuah adalah kesalahan yang boleh dihukum sama berat
dengan kesalahan Seksyen 17(a) iaitu menerima rasuah, iaitu penjara maksimum 20
tahun dan didenda tidak kurang lima kali nilai suapan jika suapan dapat dinilai
atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010
Akta ini diwartakan pada 10 Jun
2010 berkuatkuasa sejak 15 Disember 2010 bertujuan melindungi identity pemberi
maklumat, imuniti daripada sebarang liabiliti sivil atau jenayah serta
perlindungan daripada sebarang tindak balas.
RUMUSAN
Akta di atas memberi jaminan
kepada setiap individu agar rela dan berani untuk membuat laporan jika mengetahui berlakunya amalan rasuah.Untuk
bersikap adil kita harus juga ingat bahawa seseorang yang disyaki itu belum
dianggap bersalah selagi mahkamah memutuskannya. Pun demikian apakah akta ini
dapat menyelesaikan masalah yang sudah sebati dengan cara hidup sesetengah
orang?. Penulis teringat cerita seorang teman yang juga seorang pendidik, beliau
telah membuat sedikit tinjauan terhadap pelajarnya berkaitan dengan rasuah.
Dapatan beliau ialah hampir semua pelajar “bersedia” untuk menjadi penerima
ataupun pemberi wang suapan setelah mereka bekerja jika itu dapat menyelesaikan
permasalahan mereka. Malah ia juga
mendapati para pelajar tidak menggangap perbuatan rasuah itu sebagai satu
kesalahan ataupun dosa. Tinjauan ini menunjukkan penekanan terhadap jenayah
rasuah harus dianggap penting untuk diajar di sekolah. Amalan rasuah sentiasa
berlawanan dengan nilai-nilai murni seperti sifat adil, jujur dan telus. Selagi
unsur2 rasuah diamalkan maka selama itulah nilai ketelusan, kejujuran dan
keadilan menjadi bahan jenaka dalam
masyarakat kita. Selain itu didikan ibubapa dan agama juga amat penting dalam
melahirkan generasi yang sifar rasuah. Kebencian dan perasaan bersalah apabila
melakukan rasuah harus ditanam dalam jiwa seseorang sejak ia keci lagi. Pendefinisian amalan rasuah dalam apa bentuk
sekalipun dengan tujuan untuk meringankan kesalahannnya perlulah sentiasa ditolak.Penguatkuasaan
terhadap undang-undang juga akan menjadi petunjuk kepada masyarakat tentang
kesungguhan pihak berwajib untuk membenteras amalan songsang ini. Sebagai warganegara Malaysia kita sama2 berdoa dan mengharapkan agar satu masa nanti segala urusan di negara kita yang tercinta
ini benar-benar bertunjangkan keadilan dan ketelusan serta sifar rasuah. Salam.