Ahad, 18 Oktober 2009

PRINSIP KEJAYAAN DARIPADA MANTAN "DO"

Pada 27 September 2009, saya berpeluang " berkongsi idea" dengan seorang mantan Pegawai Daerah Penampang yang kini lebih banyak terlibat dalam bidang kebajikan dan keagamaan. Sebenarnya pertemuan ini secara tidak sengaja. Beliau dijemput untuk menerima sumbangan satu set meja marmar atas kapasitinya sebagai pengerusi projek pembinaan gedung yang menempatkan muzium , ruangan sembahyang dan ruang menempatkan pusat bantuan bagi golongan kurang bernasib baik. Manakala saya sedang menunggu cabutan tiket bertuah setelah membeli almari kain.  Penampilan insan ini cukup sederhana namun saya mendapati beliau sangat yakin dengan apa yang dilakukannya. Dalam perbualan dengan beliau, beberapa prinsip kejayaan telah saya perolehi, ilmu, antaranya ialah;
  • Usaha beliau membantu 32 kanak-kanak berasal dari pedalaman Penampang agar dapat meneruskan persekolahan,  kini dua daripadanya sudah masuk Universiti. Kemurahan hati beliau telah mengingatkan saya tentang kebaikan YB Datuk Maximus  J. Ongkili sebelum beliau terlibat dalam politik sebagai MP/ADUN, beliau telah membantu ramai anak-anak muda dari pedalaman  Sabah untuk meneruskan persekolahan mereka sehingga ke manara gading,  kini ramai antara mereka yang sudah berkerjaya.  Mereka ini tidak mewar-warkan kebajikan yang mereka lakukan samada pada orang lain ataupun melalui surat khabar..Tetapi melaksanakan tanggungjawab itu atas nama kasih sayang dan keprihatinan terhadap orang lain. 
  • Apabila merancang projek pembinaan (dan yang lain2) perlu ada kertas kerja mudah difahami dan praktikal.  Jika  kertas kerja sukar difahami membuatkannya sulit untuk dilaksanakan .  Sebagai contoh ketika mereka memulakan projek pembinaan gedung kebajikan dan keagamaan , mereka mulakan dengan "kantong kosong" kecuali tanah yang didermakan oleh seorang insan budiman sebagai tapak pembangunan. Tetapi hanya dalam tempoh setahun mereka  sudah berjaya mengumpul satu juta ringgit.
  • Untuk melaksanakan projek, perlu ada "team yang mempunyai visi yang sama". Kumpulan ini dapat berbincang, bertukar pendapat  ataupun sama-sama memikirkan kaedah yang paling mantap untuk melaksanakannya (Think Tank). Melakukan kerja-kerja  bersendirian membuatkan anda mudah lesu dan tidak bersemangat, malah sukar untuk berjaya.
  • Dalam perancangan tetapkan sasaran yang ingin dicapai. Jangan meletakkan sasaran yang terlalu kecil  sehingga tidak memerlukan usaha dan kerja keras serta kreativiti untuk mencapainya. Misalnya untuk baazar mencari dana bagi tujuan membina gedung berkenaan  yang diadakan hujung tahun nanti, sasaran mereka ialah sebanyak RM300,000 (kalau saya tidak silap).  Ada  kalangan teman2nya berpendapat  sasaran itu terlalu besar,  tetapi bagi beliau target yang besar amat penting untuk menjadi dorongan kepada mereka yang terlibat menguruskan baazar berkenaan. Pada waktu itu taukeh perabot telah menyumbang satu set meja makan yang diperbuat daripada marmar untuk tujuan baazar.
  • Akhir sekali, beliau menyatakan keyakinan bahawa usaha yang dilakukan itu adalah kehendak Tuhan  dan percaya bahawa Dia akan menyertai dan membantu akan memberikan kekuatan kepada kita untuk melaksanakannya.  Kalau kita tidak yakin bahwa apa yang kita lakukan itu adalah kehendak Tuhan dan apalagi kita tidak meyakini penyertaan dan pertolonganNya maka sukar juga bagi kita untuk meneruskan rancangan itu dengan tenang.
    Sebenarnya,  ilmu ada di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Samada melalui pemerhatian, pembacaan, pengalaman ataupun perkongsian orang lain.Walaupun tiket cabutan saya tidak menang, namun saya beruntung kerana mendengar perkongsian daripada gundohing ini. Malah ideanya ini boleh diaplikasikan. Pounsikou gundohing...

    4 ulasan:

    dardie berkata...

    Salam mindaguru,

    Kamu sangat beruntung kerana mempunyai moment yang sangat berisi dengan seorang yang mempunyai kredibiliti minda dan jiwa..say setuju sangat bahawa kasih sayang, keprihatinan, kerjasama dan ketelusan perlu tebal dalam diri seseorang insan..alangkah bertuahnya sekiranya majmuk masyarakat kita dapat memantulkan keperibadian seperti ini...

    MINDAGURU berkata...

    Tq dardie..Pertemuan itu secara kebetulan, dia berada di kedai perabot untuk menerima sumbangan bagi bagi projek mereka, manakala saya berada di sana untuk maksud yang lain. Ya..beruntung dapat petua2 pengurusan darinya.

    Masyarakat kita perlu lebih ramai yang insan2 ada keprihatinan membantu.

    anak sungai berkata...

    prinsip kejayaan yang boleh dijadikan panduan...

    MINDAGURU berkata...

    thks..as, pelajaran kita boleh dapat daripada pelbagai sumber..termasuklah melalui "perbualan" dengan orang lain.

    PRINSIP KEHIDUPAN BERDASARKAN UCAPAN YBHG DATUK NORMAH GAGOH.

    Salam, selamat berjumpa semula, ini catatan lama iaitu kira2 sembilan tahun yang lalu namun masih berbentuk draf, saya mengambil peluang  u...