10 Nov 2017 merupakan tarikh keramat bagi saya ... melalui proses Viva Voce sebagai ujian akhir untuk menentukan layak atau tidak dianugerahkan Doktor Pendidikan. Pada tarikh ini saya terlepas untuk dinner hujung tahun 2017 walaupun dinner ini sangat bermakna bagi saya .. apa lagi dengan kehadiran bos saya (Pegawai PPD).
Perasaan saya agak tidak menentu..gembira kerana ini adalah cabaran terakhir dan juga agak risau kerana banyak yang telah saya lupa lantaran tiada berita akan dipanggil Viva walaupun sudah hampir 3 bulan saya menghantar laporan disertasi saya. Untuk kali ini tiga orang yang dipanggil Viva dan giliran saya adalah yang terakhir. Proses Viva saya mengambil masa lebih dua jam, 20 minit pertama adalah tempoh pembentangan dan dua jam yang berikutnya adalah tempoh untuk saya mempertahankan data hasil kajian saya.
Ketika di bilik Viva macam-macam perasaan timbul.. agak berpeluh walaupun ada aircon, cemas, gementar, khuatir dan sebagainya. Tapi syukurlah dengan sokongan doa daripada rakan2 dan keluarga serta persiapan yang ada...akhirnya.. saya melaluinya dengan baik..kajian berjaya dibentangkan dan soalan yang power berjaya dijawab...
Terima kasih kepada isteri dan anak2 saya, adik beradik saya, rakan2 yang telah berdoa dan juga membantu saya..terima kasih banyak..saya akan sentiasa mengingati jasa kalian..Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang kepada saya untuk menikmati gelar Doktor Pendidikan ini.. walau bagaimanapun konvo secara rasmi hanya pada Nov tahun 2018.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan