Sebelum krismas 2017, saya ke Semenanjung Malaysia dan menginap di Sun Inn Hotel dekat Sunway Lagoon. Sewa hotel yang agak murah dan lokasi yang berhampiran dengan pusat Sunway amat sesuai bagi mereka yang yang ingin membeli belah dan melawat tempat2 yang menarik. Dari KLIA ke Sun Inn tambang grabnya sekitar Rm70.00 termasuk bayaran tol. Tetapi kalau naik bas dari Klia ke KL Sentral hanya RM10 dan dari KL Sentral ke hotel Sun Inn hanya RM20 tambang grabnya. Saya ingin ceritakan pekongsian seorang pemandu grab berketurunan Cina yang berasal dari Kelantan yang saya naiki. Katanya pendapatan sebagai pemandu grab agak lumayan dan lebih baik daripada makan gaji. Walau bagaimanapun sebagai pemandu grab ada beberapa isu yang perlu diberi perhatian agar pelanggan berpuas hati. Antaranya ialah:
- Kereta perlu dalam keadaan yang kemas, bersih dan wangi.
- Pemandu grab perlu bijak berkomunikasi dengan pelanggan, iaitu pandai mengambil hati seperti bercerita.
- Tak perlu pasang lagu2 hiburan dll, sebab bukan semua pelanggan berminat, apabila pelanggan minta baru pasang.
- Keselamatan penumpang perlu diberi keutamaan. Oleh itu jangan memandu laju.
- Sebagai pemandu gran perlu mencari dan menunggu di tempat2 yang strategik spt hotel, pusat beli belah dll.
Strategi ini perlu juga menjadi amalan kepada pemandu2 lain. Malah formula ini sesuai diamalkan dalam setiap usaha niaga atau apa-apa yang bersangkutan dengan perhubungan dengan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan