Moga dipercepatkan...
Rasanya semakin sesak, janji dan janji lagi..siap dengan tarikhnya sekali kemudian diumumkan kepada yang lain..bukan sekali , dua kali tetapi sudah berkali kali.. Barmula bulan Julai, kemudian ogos, kemudian sept sehingga hari ini belum juga menjadi kenyataan. Kadang-kadang wujud kebosanan, patah semangat, putus asa, geram dan sebagainya.. perasaan berbelah bagi antara mengharap dengan geram, antara putus asa dengan kemarahan..ia sudah memintal menjadi tali temali yang tidak teratur .. akhirnya ia mengundang kelukaan hati yang sangat mendalam..bahayanya ialah ia semakin melemaskan dan mengakibatkan apa-apa yang dikerjakan seolah-olah kosong tak bermakna... sampai satu ketika saya pasrah dan tidak mempedulikannya lagi.. benarlah apa yang dikatakan penantian itu adalah suatu penyiksaan.
Anak perempuan saya mengatakan ..papa mesti siapkan dalam tahun ini, saya sekadar menjawab papa sudah menyiapkan segalanya untuk viva, malangnya sehingga kini belum dipanggil juga. Anak lelaki pula sering mengingatkan bahawa seluruh keluarga akan turut bersama ke majlis konvo pada bulan Nov nanti. Konvokesyen adalah awal Nov, namun panggilan untuk viva belum diterima. Kepada Tuhan sajalah saya menyerah dan berdoa..moga dipercepatkan dan dimudahkan segalanya..saya masih percaya bahawa segala sesuatu itu ada waktunya .. dan ia indah pada waktunya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan