Dalam posting sebelum ini, penulis telah memberikan contoh tentang pemberian hadiah sempena perayaan yang sebenarnya pada andaian saya ia ada maksud tersembunyi. Bagi saya ia lebih wajar dianggap sebagai suapan. Sebenarnya usaha memberi suapan ini telah berlaku berulang-ulang kali dan jika diambil nilainya memang amat lumayan berbanding gaji penulis pada waktu itu yang hanya sekitar Rm395.00 sahaja . Sementara menolak rasuah, saya juga sentiasa berusaha untuk membantu mempercepatkan urusan pelanggan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Bukanlah tujuan penulis untuk membanggakan diri, tetapi saya berani mengatakan bahawa penulis berjaya mengelakkan diri daripada budaya buruk ini sepanjang bertugas dalam tahun 1980-an. Ketika saya meminta pandangan daripada" orang yang lebih tua" tentang pemberian ini, salah seorang memberikan nasihat agarpemberian(wang) itu boleh diterima sebab itu adalah tanda "ucapan terima kasih", manakala seorang lagi berpendapat bahawa itu perbuatan itu adalah rasuah dan salah untuk menerimanya.Moral daripada peristiwa ini ialah kita perlulah berhati-hati apabila mendapatkan nasihat, kerana mungkin kita akan mendapat nasihat yang kurang tepat.
Berbalik pada topik hari ini , harus diakui bahawa siapapun kita, kita sama sahaja iaitu "berhutang budi" kepada seseorang yang bergelar guru .Sebagai insan pasti ada sahaja guru yang pernah mengajar dan mendidik kita. Di manapun kita berada dan apapun kerjaya kita pada masa ini pasti kerana diajar dan dididik oleh seseorang yang dipanggil cikgu. Pada saya, ramai guru yang telah bertanggungjawab mendidik dan telah memberikan impak yang mendalam dalam hidup saya. Misalnya, seorang guru besar (en. Sampaladon) telah bersusah payah berurusan dengan pegawai di JPN Kota Kinabalu agar saya dapat diterima masuk ke tingkatan enam di salah sebuah sekolah dalam daerah Kota Kinabalu (sebenarnya nama saya tercicir). Ada juga bekas guru saya yang membantu dan memberi dorongan dengan cara membenarkan saya tinggal di rumahnya semasa di sekolah rendah. Seorang bekas guru saya (cikgu Nusiah Gimbun) telah membantu saya dengan cara memberi peluang kepada saya untuk menjadi pengawas perpustakan, pengerusi dalam kelab dan sebagainya. Malah, bekas guru besar saya (Awang Mahmud) juga pernah meminta penulis membantu berjualan mee / kuih dan upahnya ialah baju sekolah yang baru.Ya..betapa besarnya sumbangan dan pengorbanan guru kepada kita. Saya berharap dapat menjadi guru yang terbaik yang dapat diingat oleh pelajar-pelajar saya nanti. Buat semua bekas cikgu saya terima kasih banyak-banyak.Kalian begitu istimewa dalam hidup penulis dan semoga Tuhan terus melakukan yang terbaik untuk kalian.
Salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan