Impian sangat penting dalam hidup kita, ia menjadi pendorong kepada setiap orang untuk menggerakkan mindanya ke arah kejayaan. Kita ada berbagai impian. misalnya sebagai seorang ayah impian saya agar anak-anak saya membesar dan terdidik dalam agama malah mempraktikkannya dalam hidup mereka. Apabila mereka ada pegangan agama, mereka akan ada perasaan hormat terhadap orang lain, ada integriti dalam kehidupan, membenci rasuah serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Malah saya juga berimpian agar mereka akan menjadi insan yang berjaya kelak dalam hidup mereka. Sebagai seorang suami, impian saya agar sorga menjadi realiti dalam rumah tangga.Isteri dan anak-anak saya akan merasai nikmat kedamaian berkeluarga. Impian ini sentiasa saya pertahankan dan usahakan.Seterusnya sebagai seorang pendidik,saya mengimpikan setiap anak didik saya berjaya dalam persekolahan dan hidup mereka. Sama seperti bekas guru-guru saya yang telah mendoakan kejayaan saya , saya juga berdoa agar anak2 didik saya juga akan berjaya.Dalam pada itu, saya juga menaruh harapan agar negara malaysia, negara yang dicintai akan sentiasa dirahmati oleh kasih Tuhan. Pemimpinnya bijak dan penuh hikmat mentadbir serta rakyat jelatanya hidup rukun dan aman. Salam dan selamat membaca.
Sabtu, 20 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PRINSIP KEHIDUPAN BERDASARKAN UCAPAN YBHG DATUK NORMAH GAGOH.
Salam, selamat berjumpa semula, ini catatan lama iaitu kira2 sembilan tahun yang lalu namun masih berbentuk draf, saya mengambil peluang u...
-
Sabah should have a dream to build an economic empire respected by all, say world renowned Blue Ocean Strategy guru, Professor W Chan Kim. ...
-
Salam dan selamat menjalani ibadah puasa kepada keluaraga saya yang beragama Islam, rakan-rakan dan juga semua pembaca yang beragama Islam....
-
Bahagian Pertama.. Baru-baru ini keputusan UPSR dan peperiksaan PMR telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kepada para ibuba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan