Catatan ini sepatutnya saya postkan pada awal 2012, walau bagaimanapun ia tidak kesampaian disebabkan oleh kesibukan sehingga pada hari ini jumaat 13 Nov 2015.
Salam rakan-rakan,
Tahun 2011 telah berlalu, ia juga sudah menjadi suatu sejarah kerana pastinya tidak akan berulang kembali. Kalaupun mungkin terdapat peristiwa yang serupa akan berlaku namun pastinya peristiwa itu akan berlaku pada tahun yang lain. Secara peribadi terdapat dua sisi pengalaman saya dalam tahun 2011. Pada sisi yang pertama, terdapat pengalaman-pengalaman pahit yang menyakitkan, ia merupakan tahun yang paling mencabar dalam perjalanan kehidupan saya. Kesakitan, kepedihan dan kekecewaan telah cuba mengoyakkan emosi ini. Ia hampir-hampir menghancurkan keyakinan dan mematahkan keberaniaan saya untuk menghadapi hari - hari mendatang. Namun syukur kepada Tuhan yang esa kerana 'dalam situasi yang amat sulit Tuhan memberikan jalan dan peluang baru', sentiasa ada matahari yang memberi sinar pada siang hari dan bulan ketika malam. Ada Peribadi yang sentiasa mendukung dan menuntun kita dan tidak pernah membiarkan kita sendirian hingga jatuh tergeletak. Ya..Dia begitu istimewa dan menjadikan kita sangat berharga di hadapanNya.

Sisi yang kedua pula, tahun 2011 merupakan tahun yang memberikan banyak kesempatan bagi saya untuk melihat pertolongan Tuhan. Antaranya pada tahun ini saya berkesempatan membentang kajian saya dalam Seminar Pendidikan Pasca Siswazah Kebangsaan. Ia suatu pengalaman baru bagi saya. Saya juga membantu dalam pengurusan seminar yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Masidi Manjun, exco pelajaran negeri. Selain itu pada tahun ini juga saya berpeluang mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan selama lima bulan anjuran IAB Genting, Saya juga berpeluang berguru dengan Puan Julia Willie Jock Pengetua Cemerlang JUSA C yang amat saya kagumi selama dua minggu. Seterusnya pada tahun 2011 ini juga saya berpeluang untuk menjejakkan kaki saya di negara China dan Hong Kong yang merupakan negara ke sembilan saya lawati bersama anak lelaki saya. Ya, jangan sekali-kali biarkan kepedihan itu menghantui kehidupan ..sentiasa bersikap positif dan percaya bahawa Dia sentiasa bersama kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan