Baru-baru ini seorang rakan menerima tiga jemputan perayaan untuk menghadiri krismas keluarga..sebelum itu ketika menghadiri perkahwinan seorang guru saya.. saya bertemu dengan seorang pengunjung yang memaklumkan pada hari itu sahaja terdapat enam majlis perkahwinan di daerah berkenaan..adakah dia perlu menghadiri kesemua majlis perkahwinan berkenaan?..anda perlu dan terpaksa membuat pilihan berdasarkan keutamaan atau prioritas. Saya sendiri sering mengalami situasi yang sama. Misalnya baru-baru ini terdapat dua peristiwa sedih yang berlaku serentak. Iaitu kematian makcik saya dan kematian ayah kepada salah seorang staf saya. Pada masa yang sama anak kepada seorang teman rapat saya juga menikah. Dalam situasi begini, saya tak mungkin dapat hadir di tiga tempat serentak. Akhirnya saya terpaksa membuat pilihan iaitu menghadiri kebaktian penghiburan bagi keluarga makcik saya. Ya ...kadang kala kita terpaksa membuat pilihan apabila diperhadapkan dalam situasi tertentu..dan pastinya pilihan yng kita ambil adalah yang terbaik dan tepat berdasarkan situasi dan kebijaksanaan kita.
Ketika memulakan tugas di sekolah baru kira-kira tiga bulan yang lalu, salah satu tekad saya ialah akan bersama rakan guru dan kakitangan yang menghadapi situasi yang sukar (kematian keluarga terdekat mereka) dengan cara melawat mereka.. begitu juga dengan ibubapa pelajar di sekitar sekolah. Apa lagi sekolah saya adalah sebuah sekolah kecil dan terletak di pedalaman. Namun adakalanya tekad ini gagal dipenuhi terutamanya apabila sesuatu peristiwa itu berlaku serentak.
Baru-baru ini seorang rakan berkongsi pengalamannya berhadapan dengan sesetengah kontraktor yang pelbagai ragam. Ada yang sanggup hingga.. meletakkan wang dalam keretanya yang bukan sedikit nilainya demi mencapai hajat tertentu. Jika rakan ini bukan seorang yang "kuat jati dirinya dan kepercayaannya kepada Tuhan pastinya ia akan buta hati untuk menerimanya..syukurlah dia membuat pilihan yang tepat untuk Tuhannya". Ya rakan saya telah membuat keputusan dan pilihan yang tepat..syabas