Rabu, 17 Disember 2008

PENGALAMAN BERHARGA SEMASA DI INDONESIA

Hidup ini amat berharga untuk disia-siakan. Begitu juga isteri dan anak-anak merupakan permata yang tidak ternilai harganya yang diberikan oleh Tuhan kepada kita. Tiada satupun benda hidup atau mati yang mampu menandingi nilai mereka. Begitu juga orang tua yang membuat kita bisa melihat keindahan alam dan menikmati hidup ini, tidak dapat disukat pengorbanan mereka. Itulah kira-kira pelajaran yang saya dapati ketika membaca buku yang berjudul "Dari Hati ke Hati ",yang dibeli oleh isteri saya semasa mengunjungi sebuah toko buku di Yogjakarta pada 1/12/2008. Sememangnya kita insan yang sering alpa dan lalai akan semua pemberian Tuhan terhadap kita, tetapi Tuhan tidak pernah keletihan untuk memaafkan kita atas kealpaan kita di alam ini.

Selain itu terdapat juga beberapa pengalaman yang amat menarik yang akan saya kongsikan pada catatan-catatan yang berikutnya. Namun pada kesempatan ini saya ingin kongsikan kegembiraan saya bersama isteri dan anak-anak kerana amat bertuah dapat melihat, menyentuh bahkan bersama-sama mengabadikan kenangan di puncak candi Borobodur, salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Terdapat pelbagai versi pembinaan candi berkenaan yang memungkinkan bongkah-bongkah batu yang besar dapat di bawa ke puncak, namun yang jelas kehebatan dan kebijaksanaan perancang dan pembinanya adalah amat mengkagumkan. Ini juga membuktikan tentang keunikan manusia ciptaan Tuhan yang mampu mengatasi sebarang halangan . Ya..ini juga membuktikan manusia dilengkapi dengan banyak kelebihan tinggal saja kita mampu menggunakan kelebihan itu semaksimanya ataupun tidak.

Salam dan selamat membaca

PRINSIP KEHIDUPAN BERDASARKAN UCAPAN YBHG DATUK NORMAH GAGOH.

Salam, selamat berjumpa semula, ini catatan lama iaitu kira2 sembilan tahun yang lalu namun masih berbentuk draf, saya mengambil peluang  u...