Cerita binatang ini disampaikan oleh Pegawai PPD Kota Kinabalu ketika merasmikan Majlis Perjumpaan antara para Pengerusi PIBG dengan Penolong Kanan Hem beberapa minggu yang lalu. Moral daripada cerita ini sangat menarik dan boleh dijadikan ingatan
Diceritakan bahawa pada zaman dahulu terdapat perkampungan yang didiami oleh binatang. Di kampung itu juga terdapat seekor kalajengking dan kura-kura yang bersahabat. Pada suatu hari keluarga dan sahabat handai kalajengking berkenaan mengadakan satu pesta di sebuah kampung yang terletak di seberang sungai, keluarganya turut menjemput kalajengking untuk menghadiri pesta berkenaan. Namun agak malang kerana sungai itu tidak ada jambatan dan kalajengking itu pula tidak tahu berenang. Kalajengking berkenaan memerlukan seseorang untuk membawanya ke seberang sungai. Kalajengking itu meminta pertolongan sahabatnya sang kura-kura. Sang kura-kura yang baik hati itu pun memberikan persetujuannya membantu sang kalajengking berkenaan untuk menyeberangi sungai tersebut supaya dapat menghadiri pesta berkenaan. Kura-kura yang baik hati itupun meminta sang kalajengking naik ke bahagian lehernya yang tidak diliputi cengkerang agar dapat memautnya dengan selesa. Sang kura-kura itupun berenang membawa kalajengking berkenaan menyeberangi sungai tersebut. Tiba-tiba semasa berada di pertengahan sungai, Sang kalajengking yang terkenal busuk hati, pentingkan diri dan tidak tahu menghargai kebaikan binatang lain mula menyepit dan meracuni leher kura-kura berkenaan, akibatnya kura-kura tersebut mula kesakitan dan ia pun mati sebelum sampai di seberang sungai. Kalajengking yang bodoh itu juga turut tenggelam dan seterusnya mati lemas.
Akibatnya kalajengking tersebut bukan sahaja gagal sampai ke destinasinya yang penuh KEMERIAHAN iaitu ke PESTA,malah ia juga mati lemas disebabkan kebodohan, sikap busuk hati dan kejahatannya.Bayangkan kalau sang kalajengking tahu menghargai kebaikan dan pertolongan sang kura-kura, sudah pasti ia berjaya menyeberangi sungai berkenaan.
Moral daripada cerita ini menurut tuan PPDKK ialah, kegagalan sesuatu institusi mencapai misi dan visinya kerap kali disebabkan ketiadaan kerjasama dan lagi teruk apabila wujudnya manusia-manusia yang mempunyai hati dan sikap seperti KALAJENGKING. Mungkinkah ini juga penyebab kepada kegagalan lain-lain organisasi, pertubuhan dan sebagainya ?
Salam perpaduan
4 ulasan:
YA BENAR, SEMUA HAL TIDAK AKAN PERNAH TERWUJUD TANPA ADANYA KERJASAMA. SEPERTI JARI, TIDAK AKAN BISA MEMEGANG BENDA DENGAN SEMPURNA KALAU JUMLAH JARI KITA CUMA SATU. KEBUSUKAN HATI, SELAIN DAPAT MERUGIKAN ORANG LAIN, PADA AKHIRNYA JUGA MERUGIKAN DIRI SENDIRI, SEPERTI YANG TERJADI PADA KALAJENGKING TADI.
thks..ada kata2 yang berbunyi lakukanlah pada orang lain apa yang kita ingin mereka lakukan pada kita..
Harap-harap dijauhkan sifat kalajengking dalam diri kita..Kita patut berhati-hati dan tidak terlalu percaya secara membabi buta seperti kura-kura..
Hati-hati..
Ngam itu TN..Sifat kalajengking harus dihindari..
salam
Catat Ulasan