Selamat tinggal tahun 2009.. Tirai penutup 2009 telah hampir dilabuhkan dan kita akan beralih ke tahun 2010 dengan impian dan harapan yang membara untuk memburu kecemerlangan.Kadangkala kita ditipu oleh nostalgia lampau sehingga ia mengikat kita daripada melangkah ke tahap yang lebih hebat. Jika memori lalu itu indah dan manis kita berfikir ia akan sentiasa seperti itu sehingga kita "terlelap" dibuai mimpi. Namun jika ia pahit dan mengecewakan emosi dan minda kita pula "dipenjarakan" oleh kekecewaan sehingga tidak mampu melihat jalan keluar daripada permasalahan itu.Kita melihat tiada harapan lagi dan ini melumpuhkan jiwa kita. Nah sama ada memori itu manis atau sakit mari kita keluar dan melangkah dengan penuh keyakinan bahawa tahun 2010 merupakan tahun yang penuh dengan pengharapan dan menjanjikan kejayaan yang lebih baik dari tahun 2009. Sebagai pendidik (sebagai insan) mari kita mulakan dengan azam yang betul untuk mengapai kecemerlangan peribadi dan institusi sekolah. Berikut adalah antara beberapa prinsip atau resepi kejayaan
1.BINA DAN CATATKAN MATLAMAT ATAU VISI ANDA
1.BINA DAN CATATKAN MATLAMAT ATAU VISI ANDA
Matlamat adalah sangat penting, siapapun kita jika ingin kejayaan bina dan catat matlamat anda. Mungkin matlamat dalam kerjaya, matlamat dalam keluarga, matlamat dalam pengurusan kewangan yang baik, matlamat dengan pasangan kita dan sebagainya. Tidak kira matlamat kita besar atau kecil ia masih perlu dicatat.Matlamat itu haruslah bersifat realistik, boleh dicapai tetapi bukan mudah dan ada jangka masanya. Pendek kata bervisilah kerana anda tidak akan rugi untuk melakukannya. Malah ia akan menjadi "motivasi dalaman" bagi kita untuk berusaha mencapainya kejayaan.
2.SENARAIKAN PELAN STRATEGI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT ANDA
2.SENARAIKAN PELAN STRATEGI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT ANDA
Bagaimanakah anda dapat mencapai matlamat itu, persoalannya ialah "strategi". Jadilah perancang yang bijak. Langkah demi langkah sehingga matlamat yang digariskan itu dapat menjadi realiti. Dalam merancang kaedah kita memerlukan sumber samada manusia ataupun bukan, majikan kita ataupun rakan sekerja kita ataupun dengan siapapun. So..jalinkan perhubungan yang bijak dan baik dengan semua orang, kerana semua itu akan dapat membantu kita untuk mencapai impian kita.
3. BERUSAHA UNTUK MEMPRAKTIKKAN STRATEGI ANDA
3. BERUSAHA UNTUK MEMPRAKTIKKAN STRATEGI ANDA
Matlamat dan strategi tidak akan membawa apa-apa kejayaan, kecuali ada pelaksanaan strategi. Kombinasi tiga perkara ini amat penting dalam usaha mencapai kejayaan.Jika hanya sekadar matlamat, ia lebih berbentuk mimpi di siang hari ataupun seperti "angan-angan mat jenin" sahaja. Oleh yang demikian laksanakan strategi tersebut dengan sabar dan jangan biarkan kemalasan atau ketidaktahuan membelenggu kita.
4. SENTIASA MEMBUAT REFLEKSI DAN PENAMBAHBAIKAN
Dalam proses untuk mencapai visi yang telah ditetapkan kemungkinan ada hal-hal yang kurang memuaskan ataupun isu-isu yang menghambat anda untuk mencapai kejayaan. Dalam hal ini amat perlu bagi anda untuk berhenti sebentar, merenung,memantau,menilai,dan seterusnya membuat penambahbaikan terhadap kekurangan yang ada. Dengan adanya penilaian dan penambahbaikan ini secara berterusan maka peluang untuk merealisasikan matlamat anda akan lebih mudah.
5. KUASAI ILMU SEBANYAK MUNGKIN
4. SENTIASA MEMBUAT REFLEKSI DAN PENAMBAHBAIKAN
Dalam proses untuk mencapai visi yang telah ditetapkan kemungkinan ada hal-hal yang kurang memuaskan ataupun isu-isu yang menghambat anda untuk mencapai kejayaan. Dalam hal ini amat perlu bagi anda untuk berhenti sebentar, merenung,memantau,menilai,dan seterusnya membuat penambahbaikan terhadap kekurangan yang ada. Dengan adanya penilaian dan penambahbaikan ini secara berterusan maka peluang untuk merealisasikan matlamat anda akan lebih mudah.
5. KUASAI ILMU SEBANYAK MUNGKIN
Dalam zaman di mana ilmu dianggap sebagai "kuasa penting" bagi tamadun manusia, maka persoalan menguasai ilmu dianggap satu kemestian. Kekuatan dan kekayaan ilmu dianggap satu nilai tambah seseoang. Ilmu boleh terdiri daripada pelbagai misalnya pengetahuan, kemahiran berbahasa, kemahiran ICT, kemahiran mengurus dan sebagainya tidak dapat dipinggirkan. Oleh itu mari kita kejar ilmu itu, samada secara formal, tidak formal ataupun bukan formal.
6. KEMBANGKAN KEBOLEHAN DAN KEKUATAN ANDA
6. KEMBANGKAN KEBOLEHAN DAN KEKUATAN ANDA
Setiap kita ada kekuatan dan kebolehan yang lebih menonjol. Justeru itu carilah, gilapkan dan kembangkan kekuatan itu. Kekuatan dan kebolehan yang anda ada merupakan satu aset yang penting untuk perkembangan peribadi kita. Kekuatan dan kebolehan yang anda anggap kecil itu mampu menjadi "bintang" atau "tarikan" pada personaliti anda.
7. MILIKI MORAL YANG TINGGI
7. MILIKI MORAL YANG TINGGI
Nilai-nilai murni perlu dimiliki untuk menjadi warganegara yang baik. Nilai-nilai murni apabila ditanam dan dipraktik akan memberikan kekuatan kepada kita untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam usaha untuk mencapai kejayaan.Selain itu apabila kita memiliki moral yang mantap kita akan dapat memiliki jati diri dan mampu menangkis pengaruh-pengaruh yang kurang baik dan "tidak berkualiti" seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya.Seseorang yang memiliki moral yang tinggi tidak angkuh dengan jawatan yang dimilikinya. Ia juga tidak mementingkan diri sendiri.
8.JADILAH ORANG YANG BOLEH DIPERCAYAI DAN BOLEH MEMPERCAYAI
8.JADILAH ORANG YANG BOLEH DIPERCAYAI DAN BOLEH MEMPERCAYAI
Jadilah seseorang yang boleh dipercayakan dan dipercayai. Biarlah bos kita meyakini kemampuan dan kebolehan kita. Malah biarlah mereka mempercayai kekuatan moral yang ada pada kita.Kita tidak akan berjaya dengan hanya bersandarkan pada kebolehan kita sendiri. Kita tidak dapat hidup sebatang kara, kita memerlukan orang lain. Dalam dunia ini kita harus saling melengkapi dan saling memerlukan. Apabila kita mempraktikkan "pendelegasian" tugas bukan kerana kita memperkuda atau mepergunakannya tetapi kerana kita mempercayai kemampuannya.Dalam hal ini hormati dan "hargailah bos" anda sama seperti kita ingin dihargai dan dihormati oleh rakan sejawatan kita atau yang lebih rendah dari kita.
9. MILIKILAH PRESTASI KERJA YANG HANDAL
9. MILIKILAH PRESTASI KERJA YANG HANDAL
Jadilah pengusaha atau pekerja yang handal. Bukan sahaja handal dari segi kerajinan, kebolehan dan hasil akhirnya tetapi juga dari segi ketelusan, kebolehpercayaan dan moral. Kombinasi semua itu akan menghasilkan apa yang dipanggil "kecemerlangan peribadi" yang akan membezakan anda dengan orang lain.
Langkah2 sederhana ini jika dipraktik, akan membuatkan kita berbeza dengan orang lain. Mungkin anda akan lebih terampil dan menonjol berbanding tahun sebelumnya ataupun daripada rakan-rakan yang lain. Sesuatu kejayaan itu akan ditandai dengan pencapaian visi atau matlamat yang anda telah tetapkan. Walau bagaimanapun satu hal yang tidak wajar diabaikan ialah mengikut sertakan Tuhan dalam segala perencanaan anda. Siapalah kita ini tanpa DIA.
Kepada Semua Selamat Menyambut Tahun Baru 2010.
4 ulasan:
Terima kasih entri ini MGS...sya sgt senada dgn anda dlm hal2 pengurusan spt ini.
Note: Mirip2 pula entri kita ni...impian vs visi...hehe...baru saya perasaan persamaan tarikh entri ini dgn entri visi sya di SAM :D
Happy New Year 2010! Tuhan memberkati kita semua.
Jmimie terima kasih kerana menyinggah di blog ini..
iya saya baru perasaan tentang tarikh entri ini sama dengan tarikh entri visi Jmimie, idenya pun mrip2 mungkin ada kaitan dengan kecenderungan, minat dan tema yang diminati pada awal tahun.
Thks JMimie..Selamat tahun baru 2010 GBU.
Saya baru cuba-cuba membaca tulisan dalam beberapa blog..saya rasa inti tulisan guru baik..teruskan.
thks tuan..
Catat Ulasan