Rabu, 16 Disember 2009

ANAK - ANAK MARI KITA MENGHARGAI DAN MENGHORMATI IBUBAPA KITA

Baru-baru ini saya menonton satu rancangan TV bertajuk The Dim Sum Funeral. Ia menceritakan sikap anak-anak yang mengabaikan ibu mereka, namun mereka mula berubah sikap di penghujung cerita setelah mengetahui ibu mereka didapati mengidap kanser dan boleh meninggal dunia pada bila-bila masa. Mereka mula menunjukkan kasih sayang pada ibu mereka. Kata-kata sang ibu sungguh memberikan kesan kepada saya. Antaranya "apabila kita hampir pada kematian, kita akan merasakan betapa bernilainya hidup ini", "sementara orang yang kita miliki masih ada (hidup) hargai, kasihi dan jagailah mereka dengan baik-baik". Cerita ini menggerakkan hati saya untuk mencoret sedikit pandangan yang diharap dapat memberikan manfaat pada kita semua.


Sebenarnya banyak ibubapa (orang tua) yang kecewa kerana sikap anak-anaknya yang tidak "mengenang budi". Anaknya yang dulunya dibelai, disayangi, dimanja, dididik, dibesarkan, dan dijaga makan minumnya  bagai "ditatang bagai minyak yang penuh",  malangnya apabila dewasa, sudah  berkerjaya, ada keluarga sendiri mereka sanggup meminggir dan mengabaikan orang tua mereka. Sungguh malang kerana reputasi, kereta dan wang ringgit seolah-olah lebih bernilai daripada menghargai dan mengasihi orang tua.Ya..kita semua adalah anak daripada ibu dan bapa kita, sama ada kita sudah jadi "orang besar", berkerjaya, masih bersekolah ataupun masih kanak-kanak taraf kita masih sama iaitu" kita anak-anak kepada orang tua kita".Ada banyak alasan mengapa kita perlu menghormati dan menghargai orang tua kita, antaranya ialah;
  1. Menghormati orang tua kita adalah satu perintah daripada Pencipta. Semua agama di dunia mengajar agar anak-anak menghormati orang tua kita. Perbuatan tidak taat  tidak menghormati dan menghargai orang tua dianggap sebagai satu kesalahan serius. Malah ia  dianggap sebagai satu dosa besar.Sebenarnya taat dan menghormati orang tua adalah salah satu bukti bahawa seseorang itu mengamalkan ajaran agamanya.Inilah sebabnya ada kata-kata yang menyatakan kepercayaan tanpa perbuatan buahnya kosong, ya..beragama  perlu dipraktikan dan dibuktikan dengan amalan iaitu menghargai orang tua kita.
  2. Menghormati orang tua sumber kebahagian. Malah terdapat juga kepercayaan bahawa perbuatan ini juga memberikan umur panjang kepada anak-anaknya. Apakah kita ingin berbahagia di dunia..salah satu prinsipnya hargailah dan taatlah pada orang tua kita. Ada kata-kata yang sungguh indah tentang ini, iaitu "sorga di bawah telapak kaki ibu".Ibu adalah orang tua kita. Jika ibubapa kita masih ada inilah peluang terbaik kita iaitu mengasihi mereka.
  3. Melalui orang tua, kita berpeluang dilahirkan dan menjadi seperti sekarang ini. Justeru itu kerana merekalah kita dapat melihat ciptaan Tuhan yang indah ini. Tanpa perantaran mereka, kita tidak akan dapat menikmati kehidupan baik yang kita kecapi selama ini. Kita bukan sahaja dilahirkan, tetapi kita telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Pada waktu itu atau pun pada masa ini, orang tua kita tidak kaya harta, tetapi mereka kaya kasih sayang. Mereka banyak berkorban demi kita anak-anaknya dengan satu impian agar kita berjaya dan menjadi anak yang dibanggakan. Mungkin orang tua kita bukanlah orang yang sempurna, banyak kekurangan dan kelemahan serta tidak sempurna. Namun siapakan manusia yang benar-benar sempurna di dunia ini?.Rasanya tidak ada..
  4. Orang tua kita lebih mendambakan kasih sayang dan penghargaan daripada anak-anak dan bukan harta bendanya. Kadang-kadang kita tersilap, sehingga memikirkan ibubapa kita lebih memerlukan wang ringgit daripada kasih sayang anak-anaknya. Sebenarnya mereka lebih memerlukan "kita".Wang ringgit itu hanya sekadar tempelan sahaja, ada atau tidak, banyak atau sedikit bukan ukuran yang muktamad, kerana realitinya orang tua lebih inginkan kasih sayang dan penghargaan anak-anaknya. Jadi jangan khuatir jika adakalanya kita tidak dapat memberi wang ringgit kepada mereka, kerana dengan kehadiran kasih sayang kita itupun akan membuatkan orang tua kita bahagia.
Mahukah kita menjadi bencana buat orang tua yang telah membesarkan kita atau menjadi sumber kebahagian bagi mereka. Ingat kita juga ada anak atau bakal memiliki anak satu masa nanti  dan ini bererti kita juga adalah orang tua. Setiap orang tua memerlukan hal yang sama iaitu ingin dihormati, dihargai, disayangi dan ditaati oleh anak-anaknya. Kita tidak ingin kealpaan kita terhadap orang tua kita akan menjadi satu kitaran yang menyedihkan yang akan kita lalui juga, sehingga kita juga diabaikan dan dipinggirkan oleh anak-anak kita. Ya..selagi orang tua kita masih ada, marilah kita mengasihi dan menghargai mereka. Ada ketikanya, kita terpaksa terima hakikat yang kita tidak dapat berjumpa dengan orang tua kita di alam ini.


Salam





4 ulasan:

JMimie berkata...

Sangat setuju dgn artikel ini...tetapi kadang2 berlaku konflik antara ibubapa dan anak2 kerana percanggahan kehendak/pilihan antara ibubapa dan anak2. Dalam situasi seperti ini anak2 ingin mempertahankan kehendaknya tetapi takut dianggap sebagai anak derhaka dan tidak mahu melukakan hati ibubapanya. Sementara ibubapa pula tidak mahu berkompromi dengan kehendak/pilihan anak-anak hingga menyebabkan anak2 jadi serba salah dan akhirnya terpaksa akur demi menyenangkan hati ibubapa. Dalam hal ini, wajarkah anak2 dikatakan tdk menghormati ibubapa jika terpaksa menidakkan permintaan orang tuanya demi mempertahankan pilihan yg dikehendakinya?

Note: pilihan2 yg dimaksudkan bukannya pilihan yg jahat cuma tidak ngam menurut kaca mata org tua saja.

MINDAGURU berkata...

JMimie, saya sgt gembira membaca postingmu dlm SAM dan komen dlm blog ini.

Ya..kadangkala ada percanggahan antara orang tua dan anak-anak dalam dalam sesetengah keadaan. Mungkin faktor pengalaman, umur, pergaulan, persekitaran, kepercayaan dan juga pendidikan yang yang menjadi faktor pembeza. Dalam situasi ini kebijaksanan "berkomunikasi"untuk menerangkannya pada ibubapa adalah sangat penting..kadangkala ia memerlukan kesabaran pada anak-anak
untuk memujuk kerana mungkin ia akan mengambil masa yang lama.

Tidak sependapat dengan ibubapa tidak bererti tidak menghormati, apa yang penting ialah cara kita berkomunikasi pada mereka.Ada ketikanya kita tidak bersetuju dengan mereka tetapi "harus menyampaikanya dengan baik" dan penuh pengertian terhadap mereka. Kita tetap mengasihi dan menghormati mereka.

Selain itu, kita juga harus terus meminta kekuatan dan kebijaksanan daripadaNya agar dapat menyampaikan kehendak kita pada orang tua kita agar mereka memahaminya.

Tq.Jmimie

Tanpa Nama berkata...

Entri yang harus dibaca oleh semua yang mengasihi keluarga.
Syabas3...

MINDAGURU berkata...

Thks..mari kita terus mengasihi ..

salam

PRINSIP KEHIDUPAN BERDASARKAN UCAPAN YBHG DATUK NORMAH GAGOH.

Salam, selamat berjumpa semula, ini catatan lama iaitu kira2 sembilan tahun yang lalu namun masih berbentuk draf, saya mengambil peluang  u...