Guru adalah ejen kepada keberkesanan pendidikan sesebuah negara. Betapa baik sistem pendidikan dan moleknya falsafah pendidikan, jika ejen yang menyampaikannya tidak efektif, ia tidak akan mencapai matlamat pembangunan dan kesempurnaan insan. Peribahasa Melayu seperti "berguru dahulu sebelum bergurau", "guru kencing berdiri murid kencing berlari" ataupun "berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi" merupakan satu pengesahan terhadap mahabesarnya tanggungjawab guru sebagai golongan pembawa perubahan kepada sikap dan minda pelajar. Justeru itu antara nilai-nilai sejagat yang mampu memantapkan profesionalisme keguruan ialah:
- BERDISIPLIN - Sebagai guru, disiplin diri adalah amat penting. Guru haruslah berkeupayaan mendahulukan yang lebih penting dalam tugasnya. Ini dapat dilakukan dengan mengutamakan perkara yang lebih penting dalam pekerjaannya. Selain itu guru juga perlu mengamalkan cara kerja yang kemas dan terancang disamping menghargai setiap detik masa dalam pekerjaannya. Ini bermakna pembaziran masa bukan menjadi amalan guru yang cemerlang.
- AMANAH - Pendidik juga harus sedar tugas mendidik adalah amanah yang perlu dilaksanakan. Memandangkan ia satu amanah, maka guru haruslah memiliki nilai amanah seperti yang digariskan oleh agama masing-masing. Ia harus menentukan tidak ada penyelewengan dalam tugasnya samada penyelewengan dari segi masa, kuasa, kewangan, peralatan dan sebagainya.
- IKHLAS - Pendidik yang ikhlas adalah mereka yang melaksanakan tugas tanpa mengharapkan imbuhan.Ia mempunyai niat bertugas kerana Tuhan dan mencari rezeki yang halal. Ia bermakna tugas mengajar tidak dibatasi oleh faktor agama, bangsa,budaya dan warna kulit. Malah ia mengikis sebarang unsur kepentingan diri dalam melaksanakan tugas sebagai asas mengisi amanah yang diberikan.
- BENAR - Pendidik juga perlu jujur dalam melaksanakan tugas. Ia haruslah seorang yang dipercayai bukan sahaja pada kata-katanya tetapi pada tindakannya. Pendidik juga harus cermat dan berhemah ketika memutuskan sesuatu yang berkaitan dengan pendidikan demi kebaikan anak muridnya.
- BEKERJASAMA - Pendidik yang bijak, sedar bahawa mereka berada dalam satu institusi pendidikan yang ada struktur organisasinya. Untuk menjadikan institusi itu cemerlang memerlukan kerjasama semua pihak. Justeru itu sikap tolong-menolong, hormat menghormati dan saling mempedulikan menjadi prasyarat terhadap kejayaan organisasi. Guru juga memiliki hati yang rela menyertai aktiviti di sekolah sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan permuafakatan, disamping mengelakkan konflik peribadi.
- BERTANGGUNGJAWAB - Sebagai pendidik, guru harus menerima hakikat yang akauntabiliti akhirnya adalah terhadap Tuhan, disamping pekerjaan itu sendiri dan majikan. Ia juga melakukan tanggunjawab dengan kesedaran terhadap implikasi setiap perlakuan ataupun tindakannya sebagai pendidik. Bukan sahaja perbuatan dan usahanya dinilai oleh para pelajar, rakan setugas, masyarakat, majikan tetapi juga oleh Tuhan.
Pendek kata, sebagai seorang guru, kita haruslah menyedari bahawa pekerjaan yang ada pada kita merupakan satu amanah mulia yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Para pelajar berhak mendapat
didikan yang terbaik kerana tanpa pelajar tidak mungkin ada guru. Pendidik dan pendidikan itu sebenarnya akan menentukan pembanguanan modal insan yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa akan datang. Kepada para pendidik, selamat melaksanakan amanah. Salam.
didikan yang terbaik kerana tanpa pelajar tidak mungkin ada guru. Pendidik dan pendidikan itu sebenarnya akan menentukan pembanguanan modal insan yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa akan datang. Kepada para pendidik, selamat melaksanakan amanah. Salam.
4 ulasan:
harapan menggunung kitaorang agar guru-guru mampu melaksanakan tanggungjawab yg diberikan dgn 'ke enam2' point di atas.
yeep..itulah hasrat kita bersama agar kehendak Falasafah Pendidikan menjadi realiti.
Thnks Gaaman
Tuan MGS..tahniah, satu perkongsian yang baik dan patut dihayati oleh semua yang bergelar cikgu..
Syabas tuaan..
sama-sama anonalu, harap-harap selalu menyinggah..
Catat Ulasan