Selamat bertemu kembali , sudah lama saya tidak berkesempatan untuk menulis dan membaca entri tuan-tuan ekoran komitmen tugas, kuliah serta tugasan lain yang menimbun baru-baru ini.Walau bagaimanapun pada kesempatan ini saya akan membicarakan tentang satu budaya mulia yang semakin dipinggirkan yakni kata-kata penghargaan dan pengiktirafan iaitu ucapan terima kasih dan tahniah.
Melafazkan ucapan terima kasih kepada seseorang sebagai penghargaan serta ucapan tahniah kepada mereka sebagai pengiktirafan sering kali diabaikan.Walaupun perbuatan ini kelihatan amat mudah tetapi amat payah untuk dilakukan. Melafazkan kata-kata ini sebenarnya tidak memerlukan modal kewangan. Oleh yang demikian kata-kata seperti ini wajar diterapkan dalam kehidupan seharian kita serta dibudayakan setiap waktu. Semasa di sekolah apabila guru telah selesai memberikan ilmu kepada anak muridnya, murid-murid akan berdiri dan memberikan ucapan terima kasih,.. terima kasih cikgu. Adakah pelajar-pelajar ini melakukan hal yang sama di luar kelas? Adakah kita juga menjadikan budaya berterima kasih ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita?
Penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada rakan sekerja seperti merakamkan ucapan terima .kasih dan tahniah sebenarnya satu keperluan untuk menjaga dan meningkatkan hubungan kemanusiaan dalam organisasi dan komuniti kita. Perbuatan yang sekecil ini memberi impak besar kepada pembangunan jiwa kepada kedua belah pihak. Malah dalam organisasi tempat kerja, budaya memberi penghargaan dalam bentuk kata-kata adalah penyumbang kepada peningkatan kualiti peribadi modal insan. Justeru itu budaya ini perlu "mendarahdaging" dalam masyarakat kita.
Penghargaan dan pengiktirafan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi memberikan banyak ruang dan pilihan bagi kita untuk menunjukkan penghargaan dan pengiktirafan yang kita berikan pada orang yang sememangnya "layak"..Tetapi salah satu cara yang paling murah dan asas ialah secara lisan..Ia percuma tetapi amat berkesan. Apabila kita tidak berpeluang untuk melakukannya secara lisan, kita boleh praktikkannya melalui SMS. Pada saya cara ini juga amat ampuh kerana ia lebih bersifat peribadi.
Selamat mempraktikkan budaya mulia ini.
2 ulasan:
MG,
harap-harap ini dipraktikkan oleh masyarakat ..
Mari saling mengingat dan menasihati..mari kita belajar berterima kasih dan juga belajar memuji yang positif..
thks...
Catat Ulasan