Sabtu, 19 November 2011
SELESAI DAH KURSUS NPQEL...TERIMA KASIH...TERIMA KASIH IAB
Selepas lima bulan bertungkus lumus untuk mengikuti kuliah, bengkel, menyiapkan tugasan e-learning, forum, jurnal, projek penanadaarasan, sandaran dan tugasan akhirnya kami berjaya menyelesaikan kursus ini. Rasanya beban yang berat selama lima bulan sudah tertanggal di bahu ini..Difahamkan pada pengambilan yang berikutnya tugasan yang perlu disiapkan agak sedikit berbanding hampir 100 tugasan, jurnal, forum dan laporan yang kohort kami perlu siapkan. Dari satu segi kami merasa sangat tertekan untuk menyiapkan pelbagai tugasan yang diberikan oleh pihak IAB disamping melaksanakan kerja-kerja sekolah yang masih menjadi tanggungjawab utama kami. Walau bagaimanapun dari segi positifnya kami diajar untuk lebih bertanggungjawab, lebih bijak mengurus masa, lebih jujur dan ikhlas (tidak menciplak atau mengupah orang lain menyiapkannya) dan lebih banyak membuat rujukan ilmiah. Pendek kata tugasan yang banyak telah mendidik kami untuk menjadi seseorang yang mampu mengurus masa dan memberikan prioritas terhadap sesuatu yang lebih utama. Walaupun secara jujurnya "terdetik" dalam sanubari kami rungutan-rungutan kecil, kerana tugasan yang terlalu banyak, namun kemampuan untuk melihatnya dari aspek positif membuatkan kami merasa beruntung. Pada awal kursus, saya terfikir samada kami berkemampuan untuk menyiapkan tugasan yang begitu banyak?, namun selepas melaluinya dan menyelesaikannya timbul rasa puas kerana berjaya mengharunginya dan seterusnya menyiapkan segala jenis tugasan yang diberikan. Sebagai penghargaan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka2 yang banyak telah mengajar kami dan juga membantu kami... para pensyarah IAB yang diketuai oleh Dr. Kamaruzzaman (ketua Jabatan) dan pn Sathiaya (pengurus SM4), penyelia saya En. Lew Yeok Leng dan En. Kunalan Kuriaya, pembimbing saya Pengetua Cemerlang Jusa C, Pn. Julia Jok dan En. Che Rose bin Bakar, rakan-rakan penolong kanan dan para guru di sekolah saya dan seterusnya kepada pihak JPN negeri yang memberi peluang kepada saya untuk mengikuti kursus ini. Terima Kasih TUHAN... terima kasih semua..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PRINSIP KEHIDUPAN BERDASARKAN UCAPAN YBHG DATUK NORMAH GAGOH.
Salam, selamat berjumpa semula, ini catatan lama iaitu kira2 sembilan tahun yang lalu namun masih berbentuk draf, saya mengambil peluang u...
-
Sabah should have a dream to build an economic empire respected by all, say world renowned Blue Ocean Strategy guru, Professor W Chan Kim. &...
-
Salam dan selamat menjalani ibadah puasa kepada keluaraga saya yang beragama Islam, rakan-rakan dan juga semua pembaca yang beragama Islam....
-
Bahagian Pertama.. Baru-baru ini keputusan UPSR dan peperiksaan PMR telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kepada para ibuba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan