Hii kawan2 selamat berjumpa kembali..dan kepada rakan2 muslim saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.
Ya.. bulan Ogos dan September dianggap antara bulan yang amat istimewa kerana pada bulan ini, negara kita sedang dan akan merayakan Hari Kemerdekaan serta Hari Malaysia. Secara peribadi Malaysia amat istimewa, kerana nama keramat ini merupakan tanah tumpah darah, tanah air dan tanah ibu pertiwi saya.Tegasnya "saya tidak memiliki negara lain selain negara ini dan juga tidak memiliki negeri lain selain nageri Sabah".Saya percaya semua rakyat negara ini juga berkongsi perasaan yang sama. Tidak kira apa suku, etnik, bahasa, agama, bangsa, keturunan dan warna kulit anda,jika anda adalah rakyat negara mengikut Peruntukan Perlembagaan Undang2 yang ada, maka pastinya anda adalah rakyat yang bertuah kerana menjadi "Orang Malaysia".Lahir di Sabah, negeri di bawah bayu yang terkenal dengan kepelbagaian etnik dan agama, namun mampu hidup dalam keadaan bersatu padu merupakan suatu yang membanggakan.Inilah yang membuatkan Sabah (dan juga Sarawak) sering dianggap sebagai negeri contoh dan bukti kewujudan semangat perpaduan yang sebenar di negara ini. Justeru kita berharap agar "tali persaudaraan" ini tidak akan terurai dan seterusnya terputus hanya disebabkan oleh perbezaan fahaman politik, anutan agama, bahasa dan bangsa.
Baru-baru ini kita dikejutkan oleh paparan beberapa akhbar arus perdana tentang ucapan seorang penjawat awam di Johor yang kononnya meminta saudara kita dari kaum Cina agar kembali ke negara China dan menyamakan rantai keagamaan Hindu yang dipakai oleh rakan seMalaysia kita dari kaum India sama seperti rantai anjing sememangnya amat menjijikkan.Jika benarlah laporan ini, maka jelaslah bahawa semangat "kekitaan" sebagai rakyat Malaysia belum benar2 jitu dan tertanam pada minda atau amalan sesetengah warga kita. Sebagai rakyat Malaysia mari kita sama-sama menghargai, menerima dan mengakui kepelbagaian bangsa serta agama kita malah mempraktikkan perpaduan ini sesuai dengan semangat Satu Malaysia.Tidak kiralah apa profesion kita, mungkin sebagai penjawat awam, politikus, agamawan dan sebagainya tanggungjawab kita adalah sama iaitu untuk merealisasikan semangat "bersatu"ini bukan sekadar teori semata-mata tetapi juga pada praktiknya.
Salam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan