Baru-baru ini semasa menghantar anak ke sekolah, saya sempat berbual dengan seorang bapa pelajar. Dalam perbualan ini beliau sempat memberikan komen2 yang amat pedas tentang sikap sesetengah guru yang pada pendapatnya "negatif" . Rasanya "beliau", tidak mengetahui bahawa tempatnya melempiaskan ketidakpuasan hati ini adalah seorang guru juga. Tetapi hikmahnya ialah,"beliau" dapat meluahkan isi hatinya dengan lebih bebas tanpa rasa segan atau takut. Pada saya, pendapat orang tua ini telah menjadi pelengkap pada tulisan saya sebelum ini tentang pengaruh keluarga terhadap kegagalan anak-anak di sekolah.Justeru melalui ruangan ini saya cuba memaparkan "luahan hati" orang tua berkenaan agar kita sebagai pendidik dapat sama-sama menghayatinya.
Sebenarnya maha pentingnya tanggungjawab seorang guru dapat dilihat melaui kenyataan seorang tokoh agama yang berbunyi "saya lebih menghargai guru kerana ibubapa menyediakan makanan sahaja manakala guru pula memberikan ilmu".Ini menunjukkan betapa besar tanggungjawab seseorang guru dalam memberi dan membimbing pelajar dari aspek ilmu pengetahuan. Sumbangan guru terhadap kecemerlangan, kejayaan mahupun kegagalan pelajar dalam peperiksaan juga adalah sangat penting. Kegagalan dan kejayaan pelajar bukan sekadar harus diletakkan pada bahu ibubapa dan persekitaran rumah tangga , malah ia juga wajar diletakkan pada kebolehan dan sikap guru-guru.Pendek kata guru-guru juga ada "saham" terhadapnya.

Menurut orang tua ini terdapat sesetengah guru yang kurang berkeupayaan mengubahsuai pendekatan atau kaedah pengajaran pada suasana yang berbeza ataupun pada pelajar yang berbeza tahap kebolehannya. Menurutnya lagi seseorang guru yang baik haruslah mampu melihat keperluan seseorang pelajar dan juga dapat menganalisis infrastruktur sekolah. Mungkin apa yang dimaksudkan oleh orang tua ini ialah keperluan membuat analisis SWOT (analisis kekuatan, kelemahan,peluang dan ancaman). Menurutnya lagi pengajaran dan pembelajaran bukan sekadar menyampaikan ilmu dengan menggunakan kaedah "Chalk and Talk", bukan sekadar meminta para pelajar menyalin nota, membaca buku teks tetapi sebenarnya ialah dengan merangsang minat dan minda pelajar terhadap apa yang dipelajari.Guru merupakan fasilitator pembelajaran pelajar. Apabila pelajar sudah terangsang minatnya terhadap pengajaran dan pembelajaran maka lebih mudah bagi guru-guru menyampaikan ilmu pengetahuan berkenaan. Minat yang tinggi terhadap pelajaran jika ditambah dengan kaedah yang sesuai maka hasilnya pasti membanggakan.
Perkara kedua yang disentuhnya ialah "kebiasaan negatif" sesetengah guru (orang tua ini gunakan istilah budaya). Kadangkala sikap guru itu sendiri tidak membantu para pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam akademik mereka. Guru yang baik adalah guru yang mampu memberi inspirasi kepada para pelajarnya. Namun sikap sesetengah guru "mematahkan semangat" itu. Contohnya, ada guru yang kurang bertanggungjawab terhadap tugas, lewat masuk ke kelas, keluar awal, tidak membuat persediaan yang sewajarnya, tidak memberi latihan ataupun jarang memeriksa latihan yang diberikan. Pendek kata ada guru yang ambil mudah terhadap amanah yang diberikan untuk mendidik para pelajar.Perbuatan ini telah mencacatkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap sesetengah gurunya. Terdapat juga guru-guru yang lebih banyak terlibat dengan "aktiviti luar"sehingga tugas utama sebagai pendidik di kelas terabai. Guru-guru yang yang "kurang bertanggungjawab" ini pastinya akan menghasilkan produk yang kurang membanggakan.
Apabila mendengar rungutan dan komen si beliau ini, saya mula berfikir,benarkah masih ada guru yang bersikap sedemikian rupa...? Jika ada pun, saya yakin bilangannya amat sedikit berbanding para pendidik yang hebat, bertanggungjawab dan amanah menjalankan tugas mereka.Sebagai pendidik, kita harus akui ketidakpuasan hati orang tua berkenaan ada juga kebenarannya.Ini kerana isu ketidaklenturan mengubahsuai dan mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan keperluan serta sikap negatif sesetengah guru tidak akan membantu sekolah merealisasikan hasrat murni untuk melahirkan para pelajar yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan kepimpinan.Perlu diingat bahawa, apabila kita telah menjadi seorang guru, seharusnya kita melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh komitmen.
Salam dan tahniah kepada semua guru yang dedikasi dan bertanggungjawab melaksanakan tugasnya...

4 ulasan:
ketika "beliau" menyatakan kekesalannya bagi sikap sesetengah guru,sebagai guru saya telah cuba menerangkannya bahawa apa2 profesionpun bukan semua stafnya sempurna. Malah jikapun ada guru yg sedemikian rupa bilangannya terlalu sedikit berbanding dengan guru2 yang dedikasi.Oleh yang demikian tidak adil untuk menyalahkan semua hanya dengan kelemahan seorang dua guru.
salam
mindaguru, kalau benar ada guru2 seperti ini tindakan tegas wajar diambil..
Mindaguru, kalau benar masih ada guru-guru seperti ini maka tindakan tegas wajar diambil..
Betul!!, pihak Jabatan Pendidikan wajar ambil tindakan tegas..
Catat Ulasan