Khamis, 28 Januari 2010

HUMOR YANG MENYAKITKAN ...HENTIKANNYA..

Humor atau jenaka amat penting dalam kehidupan manusia. Humor satu kaedah berkomunikasi yang boleh digunakan dalam mengurangkan stres serta tekanan  di tempat kerja. Malah berkomunikasi dengan berjenaka juga dapat berperanan mengeratkan tali persahabatan antara individu mahupun kumpulan.Walau bagaimanapun kadang kala ada juga humor yang kurang manis dan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.Misalnya humor yang mempersendakan kelemahan ataupun kekurangan seseorang atau kumpulan tertentu yang walaupun mungkin tujuannya hanya sekadar gurauan ataupun bahan untuk ketawa, namun implikasinya agak buruk. 


Menurut Ameen Nashruddin, seorang pensyarah universiti, "humor ialah kaedah yang menarik untuk mengeratkan hubungan kerja tetapi ia juga ada batasannya". Itulah sebabnya  kita perlu mengelakkan humor yang berciri memperkecilkan, mempersendakan kekurangan ataupun yang mewar-warkan kelemahan orang lain, perbezaan jantina, keturunan, agama dan sebagainya. Menurut seorang aktivis sosial iaitu  Fatimah Mansur, "agak malang kerana kita hidup dalam satu budaya di mana sempadan menghormati perasaan orang lain serta nilai tata susila sudah semakin kabur.."Semasa membuat humor contoh atau  perkataan yang dikemukakan memiliki double meaning (maksud lain) dan kenapa gurauan itu perlu dituju kepada seseorang tertentu?. Dalam situasi seperti ini siapa pula yang harus dipersalahkan, orang yang memulakan gurauan ataupun mereka yang ketawa mendengar gurauan itu?, bagi aktivis sosial ini kedua-duanya adalah bersalah. 


Sejauh mana penderitaan jiwa mangsa gurauan ini dapat  kita fahami dengan lebih mudah apabila kita dapat meletakkan diri pada mangsa bahan jenaka berkenaan. Apa yang pasti ialah jiwa orang yang mengalaminya mudah tertekan lantaran selalu menjadi bahan sindiran dan ketawa orang yang cuba mempersendakannya. Jika situasi ini berterusan ia akan menimbulkan pelbagai konflik perhubungan manusia dan penyakit kepada organisasi. Akhirnya produktiviti institusi akan menjadi lemah.Tegasnya cara berkomunikasi yang tidak sihat ini juga meninggalkan kesan yang amat buruk dalam mana-mana organisasi.Ini dapat dibuktikan melalui satu kajian oleh Kris Cole (1993), "dapatan beliau menjelaskan bahawa 75% masalah di tempat kerja disebabkan oleh faktor komunikasi".Jadi bayangkan betapa buruknya sumbangan humor dan jenaka yang tidak beretika ini dalam perhubungan manusia di tempat kerja.


Salam

8 ulasan:

mkajunai berkata...

betul tuan hentikan gurauan yg pedih..

Tanpa Nama berkata...

Posting yang baik..gurauan yang tidak baik perlu disifarkan..

Umar Safri berkata...

Perkongsian yg amat baik tuan MGS. Marilah kita kembali kpd matlamat asal gurauan. Iaitu untuk mewujudkan suasana ceria, menghiburkan seterusnya mengeratkan hubungan kekitaan. Teruskan!

MINDAGURU berkata...

mka,anon dan Umar, thks dan setuju degan saranan tuan..

anon berkata...

Ada jenaka yang baik dan ada yang bertujuan tidak baik..Yang tidak baik harus dihentikan.

MINDAGURU berkata...

thks Anon..

anon berkata...

kadang-kadang kita tersilap..

MINDAGURU berkata...

ya..kadangkala kita tersilap kerana kita manusia tetapi menyedari kesilapan merupakan sesuatu tindakan yang hebat dan mulia..thks anon

PRINSIP KEHIDUPAN BERDASARKAN UCAPAN YBHG DATUK NORMAH GAGOH.

Salam, selamat berjumpa semula, ini catatan lama iaitu kira2 sembilan tahun yang lalu namun masih berbentuk draf, saya mengambil peluang  u...