Ahad, 30 Ogos 2009

SELAMAT HARIJADI BUAT ISTERI TERSAYANG

Isteriku,selamat menyambut harijadimu yang ke- 38 tahun pada 30 ogos ini. Sebagai seorang suami saya bangga kerana kita telah berjaya mengemudikan rumah tangga kita selama ini. Kau telah berjaya mengharungi semuanya malah berjaya menjadi pendamping dan penolong saya serta ibu kepada anak-anak yang manis. Kau jadi pelengkap terhadap kekurangan saya dalam banyak keadaan.
Benarlah kata-kata yang berbunyi "rumah dibina dari batu dan bata tetapi rumah tangga dibina dari 2 hati yang menjadi satu".Anda tetap menjadi kebanggaan saya dengan anak-anak. Walaupun mungkin saya tidak sempurna tetapi yang pasti saya mencintaimu dan mengasihimu dengan sepenuh hati. Sebenarnya tiada seorangpun manusia di alam iniyang benar-benar sempurna, juga tidak ada seorangpun yang tiada cacat celanya, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti memahami, mengasihi dan mencintaimu.
Itulah sebabnya saya berani menyatakan; isteriku, saya mencintaimu dan mengasihimu. Sungguh kasih itu menutupi banyak kelemahan. Ikatan cinta sebagai suami isteri telah dimeteraikan semasa ikrar perkahwinan kita, "walaupun dalam keadaan susah dan senang, kaya atau miskin serta sakit dan sihat saya akan tetap bersamamu kerana kita sudah menjadi satu darah dan satu daging". Jika ada kekurangan, Tuhanlah yang akan mencukupinya.
Sekali lagi, selamat harijadi. Tuhan memberkati dan mengasihimu serta memagari dan menyelimutimu dengan kasihNya yang begitu besar. Selamat harijadi..selamat harijadi..

Khamis, 27 Ogos 2009

SEKADAR RENUNGAN


Hanya tinggal empat hari saja lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan. Malaysia yang kita sayangi dan cintai akan mencapai umur 52 tahun, kira satu tahap umur yang dianggap sudah matang dan mantap. Sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah, pastinya semua rakyatnya berbangga bernegarakan Malaysia yang bukan sahaja aman, makmur tetapi juga kaya dengan sumber kekayaan yang mungkin tidak dimiliki oleh sesetengah negara lain.
Namun setiap kali kita menyambut hari keramat ini saya terfikir-fikir adakah kemakmuran dan keamanan ini akan kekal buat selama-lamanya. Keadaan ini perlu kita renungkan, lantaran laporan-laporan yang dimomokkan oleh media massa. Misalnya;
  • .Banyaknya laporan akhbar tentang penangkapan mereka yang guna maykad orang lain.Terdapat juga laporan yang PTI beli dokumen pengenalan diri dari mereka yang tidak bertanggungjawab..
  • .Kelantangan beberapa NGO, termasuk beberapa pemimpin parti pembangkang serta parti pemerintah tentang kewujudan dan bahaya kebanjiran PTI seolah-olah masalah ini benar-benar wujud. Malah mereka juga seolah-olah mengesahkan mungkin berlakunya keciciran atau ketirisan sikap amanah rakyat Malaysia sehingga ada yang mendapat dokumen kerakyatan seperti maykad dan sijil kelahiran tulin. Ini sangat membahayakan kerana melibatkan keselamatan negara untuk jangka panjang.
Kita mengharapkan ini hanya khabar-khabar angin sahaja, sebab jika ia benar-benar berlaku ia menjadi satu bencana yang lebih menggerikan daripada Tsunami atau Greg, kerana ia akan menghancurkan serta melumpuhkan bangsa dan negara secara jangka panjang. Malah ia akan merugikan negara kerana mampu mengubah lanskap sosial, ekonomi dan politik negara buat selama-lamanya. Mungkin ada yang untung untuk jangka pendek tetapi jangkapanjangnya semua akan rugi, apa yang ada mungkin sekadar catatan sejarah ataupun pertunjukan kebudayaan semata-mata. Selamat hari merdeka untuk seluruh warga malaysia tercinta.

Khamis, 30 Julai 2009

HARGAILAH APA YANG ANDA MILIKI

Sudah hampir genap ke-100 hari ayah yang kami sayangi telah meninggalkan kami. Pastinya kami tidak akan dapat menemuinya lagi di alam ini(kecuali di sorga nanti). Walaupun demikian kenangan dan ingatan kami terhadapnya sentiasa kekal. Saya akui saya merasa kehilangannya, kenanagan lalu kadangkala bermain diingatan saya ketika hidup bersama misalnya ketika bersama pergi menoreh getah,ke sawah padi bersama, berborak ketika bersama, menjaganya semasa di hospital dan pelbagai perkara lain. Kenangan ini membuatkan saya teringat kata-kata yang berbunyi hargailah apa dan siapapun yang ada dalam hidup kita atau apa yang kita miliki selagi ada kesempatan ataupun peluang kerana mungkin bukan selama-lamanya kita akan bersama dengan mereka. Isteri, ibubapa, anak-anak, keluarga, kesihatan dan sebagainya merupakan sesuatu yang kita perlu hargai. Jika tidak, ia mugkin akan tercicir,terpinggir ataupun kita mungkin akan kehilangannya. Tuhan, sebagai insan beri saya kekuatan untuk dapat terus mengasihi dan mencintai ibu, isteri, anak, keluarga, kesihatan, jiwa saya dan terlebih mengasihi sesama kami juga.Amin

Khamis, 16 April 2009

ANAKKU, ISTERIKU KALIAN ISTIMEWA DALAM HIDUPKU

Sepanjang minggu ini saya mendapat banyak pengalaman yang menarik, saya menjadi bapa dan sekaligus bertindak sebagai ibu kepada putera dan puteri yang masih setahun jagung. Ini kerana isteri sedang berkursus bersama pengetua-pengetua lain di negeri Sarawak.Ketiadaannya memaksa saya melayani karenah anak-anak yang pelbagai. Menangis, berkelahi, gembira,ingin perhatian, manja, merindui mama mereka, komplen terhadap rakan-rakan di sekolah dan sebagainya. Kadang2 menyakitkan hati dan menjelekkan lantaran saya perlukan kesabaran. Syukurlah isteri hanya seminggu berada di luar.Walaupun demikian, mereka adalah permata hatiku yang tidak ada bandingan nilainya. Mereka istimewa,comel,handsome,cantik dan saya sangat menghargai pemberian Tuhan ini.

Anak-anak ku, saya mencintai kalian dan berbangga memiliki kalian.Dalam pada itu selama seminggu menjadi ibu sementara saya dapati tugas seorang ibu berkerjaya untuk mendidik anak-anak sangat mencabar.Bukan mudah dan memerlukan pengorbanan besar. Justeru itu saya tabik pada isteri saya kerana mampu menjaga serta mendidik anak-anak kami. Saya tabik juga pada para isteri2 yang berusaha mendidik anak-anak di rumah tanpa memikirkan penat lelah.

Mari, wahai lelaki kita hargai usaha yang para isteri kita lakukan. Mereka ada hati dan perasaan bukan untuk disakiti atau dimusuhi tetapi disayangi dan dihargai.Tanpa mereka amat sukar bagi kita untuk mengurus anak-anak kita.Isteriku kau adalah jantung hatiku. Walaupun banyak wanita di muka bumi ini, namun kaulah yang terbaik antara yang terbaik.Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkannya kepada saya.

Sabtu, 11 April 2009

Naik pangkat..Tahniah

Selamat bertemu, sudah lama saya tidak menemui rakan-rakan dalam blog ini. Ini disebabkan oleh kesibukan tugas dan kuliah yang menjadi keutamaan saya, baru-baru ini ramai di kalangan guru yang merasa lega kerana mendapat surat kenaikan pangkat. Ada yang menjadi penolong kanan, ketua bidang, guru cemerlang ataupun menjadi pengetua. Apapun grednya, samada DG44 ataupun DG48 ini merupakan pengiktirafan yang ditunggu-tunggu. Sebagai rakan seperjuangan saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah pada mereka yang terlibat.

Bagi mereka teruskan perjuangan mendidik anak-anak agar tercapai visi memanusiakan insan, manakala mereka yang rezekinya belum sampai jangan putus asa sebab akan tiba masanya giliran cikgu-cikgu. Berkaitan dengan kenaikan pangkat ini ada banyak andaian. Andaian yang bersifat negatif ini kadangkala menjadi buah mulut di kalangan pendidik. Tetapi sebagai pendidik kita harus berfikiran positif dan belajar untuk berprasangka baik. Saya  memyakini  tawaran kenaikan pangkat yang melibatkan penempatan itu lebih disebabkan oleh faktor  prestasi kerja.

Saya percaya mitos negatif tentang kenaikan pangkat tidak semestinya betul. Seorang pegawai pelajaran daerah yang baru (PPD yang termuda gred DG52) ada memberikan tips/nasihat kepada kami iaitu kesungguhan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di sekolah, lulus peperiksaan PTK dan merebut peluang dengan cara memohon kenaikan pangkat juga amat penting dilakukan oleh para pendidik. Justeru, sebagai pendidik beragama saya percaya ketekunan dan dedikasi para pendidik dalam tugasan seharian akan mendapat imbalanNya  pada masa yang ditetapkanNya kerana  Dia mampu melihat jerih payah cikgu-cikgu. Sudah pastinya, Dia akan membalas usaha cikgu-cikgu dengan sebaik-baiknya. Mari kita bertugas dengan penuh dedikasi.

Selamat bertugas buat guru-guru yang dedikasi

Rabu, 17 Disember 2008

PENGALAMAN BERHARGA SEMASA DI INDONESIA

Hidup ini amat berharga untuk disia-siakan. Begitu juga isteri dan anak-anak merupakan permata yang tidak ternilai harganya yang diberikan oleh Tuhan kepada kita. Tiada satupun benda hidup atau mati yang mampu menandingi nilai mereka. Begitu juga orang tua yang membuat kita bisa melihat keindahan alam dan menikmati hidup ini, tidak dapat disukat pengorbanan mereka. Itulah kira-kira pelajaran yang saya dapati ketika membaca buku yang berjudul "Dari Hati ke Hati ",yang dibeli oleh isteri saya semasa mengunjungi sebuah toko buku di Yogjakarta pada 1/12/2008. Sememangnya kita insan yang sering alpa dan lalai akan semua pemberian Tuhan terhadap kita, tetapi Tuhan tidak pernah keletihan untuk memaafkan kita atas kealpaan kita di alam ini.

Selain itu terdapat juga beberapa pengalaman yang amat menarik yang akan saya kongsikan pada catatan-catatan yang berikutnya. Namun pada kesempatan ini saya ingin kongsikan kegembiraan saya bersama isteri dan anak-anak kerana amat bertuah dapat melihat, menyentuh bahkan bersama-sama mengabadikan kenangan di puncak candi Borobodur, salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Terdapat pelbagai versi pembinaan candi berkenaan yang memungkinkan bongkah-bongkah batu yang besar dapat di bawa ke puncak, namun yang jelas kehebatan dan kebijaksanaan perancang dan pembinanya adalah amat mengkagumkan. Ini juga membuktikan tentang keunikan manusia ciptaan Tuhan yang mampu mengatasi sebarang halangan . Ya..ini juga membuktikan manusia dilengkapi dengan banyak kelebihan tinggal saja kita mampu menggunakan kelebihan itu semaksimanya ataupun tidak.

Salam dan selamat membaca

Isnin, 20 Oktober 2008

KECEMERLANGAN SEORANG PENDIDIK



Berikut merupakan prinsip-prinsip kecemerlangan pendidik seperti yang disampaikan oleh en. Burhan Abd. Aziz ketua Unit Khidmat Pengurusan Institiut Perguruan Keningau.


  1. Sahkan diri dengan imej yang positif (self affirmation with a positive self- imej)
  2. Percaya pada setiap tindakan yang anda lakukan (Belive in yourself everthing you do
  3. Kawal emosi (control your emotions) Kembangkan potensi anda(develop your potential)
  4. Nikmati keagungan setiap saat yang dilalui (enjoy the greatness of each moment)
  5. Fokuskan atau kembangkan pengaruh anda (Focus and expand your area of influance)
  6. Matlamat memandu kehidupan anda (Goal give you direction in life)
  7. Kejujuran adalah dasar terbaik (Honesty is the best policy)
  8. Abaikan individu negatif atau perkara negatif di sekitar anda (Ignore the negative people events around you)
  9. Lakukan sekarang, jangan tunggu masa yang terbaik (just do it, dont wait for the percfect time)
  10. Tindakan bercirikan pengetahuan memberikan anda kuasa (knowledge in action gives you power)
  11. Hidup dengan kemungkinan tanpa batas (live with limitless possibilities).
  12. Lakukan perubahan (make a differences)
  13. Suburkan minda dengan positif yang memberangsangkan(Nurrrture your mind with positive / inspiring thoughts)
  14. Optimumkan penggunaan sumber anda (optimize the use of your resources)
  15. Rancangkan kerja anda dan laksanakan apa yang dirancang (plan your work and work your plan)
  16. Orang berputus asa tidak akan menang, pemenang tidak akan berputus asa (quitters never win, and winners never quit)
  17. Fikir semula, fokus semula, belajar semula dan tambah tenaga kepada peranan dan prestasi anda(re-think, re-focus, re-learn, re-energize you role and performance)
  18. Hentikan sikap bertangguh, lakukan sekarang (stop pro-crastinating. do it now)
  19. Masa itu adalah kehidupan, gunakan semaksimum mungkin (time is life, so maximize it use)
  20. Tingkatkan peranan anda melalui pembelajaran (upgrade your role through learning)
  21. Buat gambaran apa yang anda inginkan (visualize what your want in life)
  22. Awasi dan teliti tabiat anda (watch and observe your habits)
  23. Gandakan usaha anda sehingga 110% (exccelerate your success)
  24. Anda adalah unik, jangan buat perbandingan dengan orang lain (you are originally unique dont compare)
  25. Zoomkan matlamat anda dan jayakannya(zoom in your goals and go for.

Selamat Membaca



PRINSIP KEHIDUPAN BERDASARKAN UCAPAN YBHG DATUK NORMAH GAGOH.

Salam, selamat berjumpa semula, ini catatan lama iaitu kira2 sembilan tahun yang lalu namun masih berbentuk draf, saya mengambil peluang  u...