Menurut Utusan Pengguna (Sept-Okt 2009), Malaysia merupakan negara kesepuluh terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia dan ia semakin meningkat setiap tahun. Rakyat Malaysia dikatakan berbelanja lebih daripada RM2 bilion ke atas alkohol dalam bentuk bir dan arak murah(samsu). Mungkin data ini tidak mengambilkira arak buatan tradisi seperti bahar, kinomol, gantangon, lihing, tapai dan sebagainnya. Menurut akhbar ini lagi meminum alkohol sehingga mabuk memudaratkan masyarakat kita terutama diri dan kelurga pemabuk.
Bahaya yang berkaitan dengan mabuk ini sudah lama diketahui. Antaranya ia berpotensi menjejaskan kesihatan peminum secara peribadi, dikaitkan dengan insiden kemalangan jalan raya, penderaan dan pengabaian kanak-kanak, keganasan rumah tangga, pembunuhan, kemiskinan, tidak hadir bekerja, keruntuhan rumah tangga, produktiviti yang rendah dan seribu satu macam lagi keburukannya.
Saya masih ingat beberapa kejadian ketika berada di bangku sekolah. Pernah terjadi semasa musim perayaan pesta menuai, dan terdapat beberapa orang yang mabuk kerana aramaiti. berlaku perselisihan faham suami mabuk memukul isterinya (sungguh memalukan) ending daripada aramaiti ialah si suami menabrak dinding rumah mereka (dibuat daripada bambu). Setelah sedar dari mabuk, dia membaiki semula rumahnya.., nasib juga rumahnya diperbuat daripada bambu sahaja dan tidak susah untuk membaikinya. Menurut orang-orang kampung kejadian seumpama itu sudah berulang beberapa kali akibat kemabukan tapai yang tidak berkesudahan..
Kejadian yang kedua ialah pada hari pertama para pelabur dibenar mengeluarkan bonus ASN, ramai pelabur kecil2an dari kampung yang mengeluarkan wang mereka di Pejabat Pos KM. Setelah penat berbaris dan menunggu merekapun "menabur wang" mereka dengan membeli minuman keras di kedai Km....(tak perlu sebut nama kedai berkenaan), beberapa di antara mereka yang terlalu mabuk kepayang tidur bergelimpangan di kaki lima kedai berkenaan..Sungguh menyedihkan dan memalukan apalagi kesemua mereka adalah orang kita (istilah Ampal)...kasihan
Persoalannya, setelah berpuluh atau berbelas tahun adakah kejadian seumpama ini masih berlaku?. Masih adakah yang tidur bergelimpangan di kaki lima kedai, tidur di tepi jalan, memukul anak bini, merosakkan rumah sendiri dan menjadikan anaknya gelandangan tidak menentu di kota2 kerana melarikan diri dari seorang bergelar bapa yang pemabuk?..ya..kesannya negatifnya terlalu banyak..mungkin kata aramaiti diganti dengan kata arahmati...kerana "mungkin" kemabukan itu membawa kehancuran bangsa..
Saya Mencintai Malaysia, Saya Mencintai Sabah dan Saya Mencintai Kota Marudu..
Jumaat, 11 September 2009
Isnin, 7 September 2009
Si Tukang Mimpi Yang Hanya Berangan-angan
Saya teringat satu cerita yang tentang Mat Jenin. Saya percaya kawan2 pun pernah mendengarnya. Mat Jenin seorang pemuda kampung yang miskin dan hanya bekerja sebagai pengutip buah kelapa namun berangan-angan untuk berkahwin dengan puteri raja yang kononnya sangat cantik. Kemudian diceritakan Mat Jenin ini mula berimaginasi, mungkin "proses interior monolog dan monolog" berlaku dalam jiwanya yang sedang bergelora dengan rindu dendam pada puteri berkenaan. Sebenarnya angan-angan si tukang mimpi ini tidak diketahui oleh orang lain apalagi oleh tuan puteri.
Ketika Mat Jenin berangan-angan, dia sebenarnya berada di atas pokok kelapa. Diapun membuat perancangan (dalam khayalannya saja) yang cukup tersusun untuk mendapatkan wang bagi tujuan mengawini puteri tersebut. Rancangannya ialah dia akan memetik banyak buah kelapa kemudian menjualnya,hasil jualan itu akan digunakan untuk membeli ayam yang akan diternaknya., kemudian dia akan menjualnya dan menternak kambing pula. Selepas itu, kambing-kambing itu akan dijual dan mula menternak lembu. Selepas lembu bertambah banyak dia akan menjualnya dan daripada hasil jualan itu dia akan mampu menghawini puteri berkenaan. ...kemudian mereka berkahwin. Dalam kegembiraan palsu berkenaan dia melepaskan pelukan pada batang pokok kelapa lalu terjatuh dan meninggal dunia., kerana semasa dia berangan-angan dia telah alpa bahawa dia masih berada di atas pokok kelapa berkenaan, masih miskin dan masih pengutip buah kelapa...pendek kata Mat Jenin benar-benar mati dalam kerana khayalannya.
Moral cerita jenaka berikut ialah angan-angan sahaja tanpa perancangan dan tindakan tidak membawa apa-apa perubahan. Perancangan yang hanya ada dalam fikiran hanya bersifat teori dan tidak berfaedah sebelum ia direalisasikan dalam bentuk tindakan. Impian tanpa perancangan dan tindakan sekadar dianggap angan-angan di siang hari. Walaupun keinginannya hebat (berkahwin dengan puteri raja),tetapi malangnya dia bukanlah seorang pejuang sebenar, kerana hanya berupaya untuk bermain-main dengan imaginasinya tanpa tindakan untuk merealisasikannya. .
Tapi kalaulah perancangan khayalannya itu diusahakan dalam bentuk nyata, mungkin penghujung ceritanya berubah. Bukan kematian tetapi kejayaan, bukan kegagalan tetapi kecemerlangan, dia bukan lagi digelar si Tukang Mimpi , tetapi si Penakluk Impian. Kalaupun mungkin dia masih gagal berkahwin dengan puteri raja, tapi tidak mustahil dia akan menjadi usahawan kaya-raya yang menjadi rebutan gadis-gadis kampung pada zamannya, ataupun menjadi seorang pemimpin muda yang membantu bangsanya bagaimana merealisasikan sebuah impian. Selamat berimpian dan selamat merealisasikannya melalui tindakan kita.

Jumaat, 4 September 2009
NASIHAT ORANG-ORANG TUA
Nasihat orang-orang tua biasanya mujarab. Ini kerana mereka dianggap lebih berpengetahuan, berilmu atau sekurang-kurangnya lebih berpengalaman daripada golongan yang lebih muda. Itulah sebabnya ada ungkapan seperti "lebih dahulu makan garam, lebih dahulu melihat bumi" dan sebagainya. Maksudnya paling tidakpun mereka lebih dahulu berada di bumi ini daripada golongan muda. Saya percaya kita banyak kali mendengar nasihat daripada mereka.. Di sini saya kongsikan beberapa nasihat yang pernah diberikan oleh orang-orang tua kepada saya untuk tatapan kita semua;
- Semasa melaporkan diri untuk bertugas kepada pengetua, beliau telah memberikan nasihat kepada saya agar berhati-hati agar tidak terperangkap dan diperangkapkan oleh tiga perkara iaitu wanita, judi dan arak. Menurut tuan pengetua berkenaan ramai yang hidup dan keluarganya berantakan kerana pengaruh tiga perkara berkenaan.
- Semasa saya dikejutkan oleh budaya penyakit rasuah (lama-lama dulu semasa bekerja di salah satu jabatan...), saya telah meminta nasihat daripada seorang pemimpin gereja..nasihatnya ialah jangan sekali-kali menerimanya kerana ia akan mengikat kita hingga kita akan terhutang budi. Akibatnya kita akan terperangkap dan rantaian perbuatan rasuah itu akan berterusan hingga sukar bagi kita untuk melepaskan diri. Nasihat beliau menjadi pegangan saya hingga kini.
- Dalam satu seminar, seorang pemimpin sebuah organisasi memberi nasihat tentang sikap pekerja dan pengikut yang baik. Selagi kita berada dalam sesebuah organisasi, jangan sesekali memburukkan nama organisasi kepada orang luar, kerana kita adalah sebahagian daripada organisasi berkenaan. Sebagai pengikut, jangan perkecilkan dan jejaskan nama baik pemimpin kita kerana satu masa nanti kita juga mungkin akan menjadi pemimpin dalam organisasi berkenaan.Biasanya pemimpin melihat ke bawah dalam ruang yang lebih luas, manakala pekerja/pengikut hanya melihat dalam ruang yang lebih sempit.
- Semasa pertunangan saudara saya, nasihat daripada orang tua ialah menjaga tertib pertunangan. Pertunangan tidak bererti sudah boleh hidup seperti suami isteri. Perlu berhati-hati, kerana walau sekuat mana pendirian untuk menjaga kesucian diri tetapi jika tidak menjaga tertibnya akan kecundang juga.Umpamanya" batang pisang walaupun basah, namun jika dibakar lama kelamaan ia akan hangus juga"(Ini macam peribahasa, tetapi tiada pula dalam buku..di mana agaknya orang tua mengaji..)
Khamis, 3 September 2009
TITIPAN BUAT BAKAL PEMENANG
Setiap orang ingin berjaya dalam hidup mereka. Samada sebagai seorang pelajar, pentadbir, guru, peniaga, pemimpin dan sebagainya. Walau bagaimanapun untuk berjaya memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Ini kerana untuk mencapai kejayaan kita akan berhadapan dengan kegagalan.
Kegagalan sebenarnya merupakan kejayaan yang tertunda. Kejayaan lahir dari kegagalan. Orang-orang berjaya seperti kolonel Sanders (pendiri KFC) tidak takut terhadap kegagalan, kerana setiap kegagalan membawanya menghampiri kejayaan. Orang berjaya tidak hidup dalam kegagalan tetapi mereka akan menguburnya dalam-dalam.
Di depan setiap harapan pasti ada cabaran. Jika anda hanya melihat pada masalahnya, anda akan kehilangan harapan. Para Pemenang melihat pada apa yang mereka impikan( destinasi), tetapi golongan gagal hanya melihat apa yang mereka alami. Setiap orang harus berhadapan dengan banyak hal, tetapi mampu mengatasinya merupakan perbezaan antara mereka yang mencapai keunggulan dengan mereka yang berkubang dalam kegagalan.
Hal terburuk dalam hidup ini bukanlah kegagalan itu, tetapi keputusasaan apabila berhadapan dengan kegagalan berkenaan. Para juara, bukanlah orang yang tidak pernah mengalami kegagalan, melainkan orang yang tidak pernah menyerah pada kegagalan. Jadi bertahanlah dan berusaha sehingga anda menang.
Rabu, 2 September 2009
RENUNG-RENUNGKAN....DAN FIKIR-FIKIRKAN
Setiap kali kempen pilihan raya kita dipertontonkan oleh "perbuatan mulia" calon. Calon sanggup duduk bersimpuh di lantai usang para warga emas yang daif, calon memeluk kanak-kanak istimewa, calon meredah lumpur dan selut untuk sampai di rumah para balu yang melarat, dan bermacam-macam perbuatan baik mereka. Semua perbuatan baik ini dirakam yang kemudiannya akan dijadikan berita utama dalam media massa. Bahkan semasa bantuan dihulurkan, "tukang gambar" berebut-rebut untuk mengambil gambar pada posisi yang paling mengujakan. Kadang2, kita berfikir adakah ia benar2 ikhlas atau dibuat-buat sahaja?, tetapi apabila ia terlalu dipublisitikan semacam ia lebih melucukan dan membuatkan para khalayak yang pandai berfikir merasa muak...yakkk..
Persoalannya adakah amalan mulia dan "sepatutnya" ini seperti melawat dan memberi bantuan kepada yang kurang bernasib baik tetapi berhak untuk mendapatkannya akan berterusan selepas pilihan raya...Ramai "bekas calon" yang tidak mengamalkan amalan2 mulia ini selepas pilihanraya...
Sebagai warga biasa, kita mengharapkan agar amalan ini benar-benar ikhlas dan bukan sekadar wayang kulit sahaja. Saya ada seorang bekas murid yang setiap minggu menderma makanan dan barang keperluan di salah satu rumah kebajikan di Likas (rumah orang cacat), tetapi tidak pernah mewar-warkannya..,ada juga yang memberi derma yang agak banyak kepada rumah-rumah ibadat tetapi meminta agar nama mereka dirahsiakan. Selain itu, ada kawan saya (bukan Islam, guru ja) yang setiap hari raya akan memberi angpau kepada tukang sapu dan pengawal keselamatan sekolah (tentunya mka beragama Islam) tetapi orang lain tidak tahu. Apabila direnung....mungkin golongan ini lebih ikhlas sumbangannya..kepada orang yang memerlukan..

Ahad, 30 Ogos 2009
SELAMAT HARIJADI BUAT ISTERI TERSAYANG
Isteriku,selamat menyambut harijadimu yang ke- 38 tahun pada 30 ogos ini. Sebagai seorang suami saya bangga kerana kita telah berjaya mengemudikan rumah tangga kita selama ini. Kau telah berjaya mengharungi semuanya malah berjaya menjadi pendamping dan penolong saya serta ibu kepada anak-anak yang manis. Kau jadi pelengkap terhadap kekurangan saya dalam banyak keadaan.
Benarlah kata-kata yang berbunyi "rumah dibina dari batu dan bata tetapi rumah tangga dibina dari 2 hati yang menjadi satu".Anda tetap menjadi kebanggaan saya dengan anak-anak. Walaupun mungkin saya tidak sempurna tetapi yang pasti saya mencintaimu dan mengasihimu dengan sepenuh hati. Sebenarnya tiada seorangpun manusia di alam iniyang benar-benar sempurna, juga tidak ada seorangpun yang tiada cacat celanya, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti memahami, mengasihi dan mencintaimu.
Itulah sebabnya saya berani menyatakan; isteriku, saya mencintaimu dan mengasihimu. Sungguh kasih itu menutupi banyak kelemahan. Ikatan cinta sebagai suami isteri telah dimeteraikan semasa ikrar perkahwinan kita, "walaupun dalam keadaan susah dan senang, kaya atau miskin serta sakit dan sihat saya akan tetap bersamamu kerana kita sudah menjadi satu darah dan satu daging". Jika ada kekurangan, Tuhanlah yang akan mencukupinya.
Sekali lagi, selamat harijadi. Tuhan memberkati dan mengasihimu serta memagari dan menyelimutimu dengan kasihNya yang begitu besar. Selamat harijadi..selamat harijadi..

Khamis, 27 Ogos 2009
SEKADAR RENUNGAN
Hanya tinggal empat hari saja lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan. Malaysia yang kita sayangi dan cintai akan mencapai umur 52 tahun, kira satu tahap umur yang dianggap sudah matang dan mantap. Sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah, pastinya semua rakyatnya berbangga bernegarakan Malaysia yang bukan sahaja aman, makmur tetapi juga kaya dengan sumber kekayaan yang mungkin tidak dimiliki oleh sesetengah negara lain.
Namun setiap kali kita menyambut hari keramat ini saya terfikir-fikir adakah kemakmuran dan keamanan ini akan kekal buat selama-lamanya. Keadaan ini perlu kita renungkan, lantaran laporan-laporan yang dimomokkan oleh media massa. Misalnya;

- .Banyaknya laporan akhbar tentang penangkapan mereka yang guna maykad orang lain.Terdapat juga laporan yang PTI beli dokumen pengenalan diri dari mereka yang tidak bertanggungjawab..
- .Kelantangan beberapa NGO, termasuk beberapa pemimpin parti pembangkang serta parti pemerintah tentang kewujudan dan bahaya kebanjiran PTI seolah-olah masalah ini benar-benar wujud. Malah mereka juga seolah-olah mengesahkan mungkin berlakunya keciciran atau ketirisan sikap amanah rakyat Malaysia sehingga ada yang mendapat dokumen kerakyatan seperti maykad dan sijil kelahiran tulin. Ini sangat membahayakan kerana melibatkan keselamatan negara untuk jangka panjang.
Langgan:
Catatan (Atom)
PRINSIP KEHIDUPAN BERDASARKAN UCAPAN YBHG DATUK NORMAH GAGOH.
Salam, selamat berjumpa semula, ini catatan lama iaitu kira2 sembilan tahun yang lalu namun masih berbentuk draf, saya mengambil peluang u...
-
Seorang tokoh Islam yang tersohor iaitu, Sheikh Al-Azhar pernah menyatakan 70 % daripada kecemerlangan pelajar dipengaruhi oleh faktor ruma...
-
Seminar Integriti Perkhidmatan Pendidikan yang telah diadakan pada 28.01.2010 di Kota Kinabalu telah memberikan banyak maklumat yang boleh...
-
Sejak di bangku sekolah saya sudah berimpian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dengan menjadikan mereka yang sudah berjaya d...